Buah rotan

kuih tradisional
(Dilencongkan dari Kuih buah rotan)

Buah rotan atau juga dikenali sebagai kuih redan atau keciputan ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada tepung pulut dan telur. Ia kemudian dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan. Kuih ini popular di negeri Terengganu, Malaysia dan Jawa, Indonesia.

Kuih buah rotan

Nama sunting

Kuih buah rotan digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat dan bersisik seperti buah rotan. Warnanya yang kuning keemasan juga menyerupai buah rotan. Kuih buah rotan agak keras dan tahan lama. Kuih ini tidak mempunyai inti, berbeza dengan kuih bom.

Penyebaran sunting

Buah rotan banyak dibuat dan dijual di Malaysia. Ia biasanya banyak pada musim perayaan dan tidak dijual secara harian. Pada musim perayaan, buah rotan tidak perlu ditempah lebih awal.

Buah rotan kurang diminati kecuali pada hari perayaan.

Resipi sunting

Bahan-bahan sunting

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • 50 sen bijan

Cara penyediaan sunting

Gaulkan tepung pulut dengan telur dan gula. Masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam adunan sambil diuli hingga lembut. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke dalam dulang berisi bijan. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana perlahan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai "kembang minyak".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting