Kuih cara (Jawi: کؤيه چارا) merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan. Doh tersebut kemudiannya dicampurkan dengan santan dan dikacau agar tidak berketul. Kemudian ia dimasukkan kedalam acuan dan dimasak.

Kuih cara
كؤيه چارا
Kuih cara.
Tempat asal Malaysia
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamaTepung gandum
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
56 kcal (234 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Terdapat dua jenis kuih cara iaitu kuih cara manis dan kuih cara berlauk. Kuih cara manis berintikan gula yang dimasukkan semasa sedang memasak kuih tersebut. Kuih cara ini lebih sedap rasanya apabila dimasak dengan sedikit garing. Manakala, kuih cara berlauk pula dimasak dengan intinya diletakkan selepas kuih cara masak. Inti kuih cara berlauk diletakkan diatas kuih cara. Kebiasaannya, kuih cara manis berwarna hijau dan kuih cara berlauk berwarna kuning.

Untuk memasak kuih cara, acuan atau bekas yang khusus diperlukan. Bekas berbunga cenderong untuk memasak kuih cara manis manakala bekas bujur bagi kuih cara berlauk.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting