Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.


Kuih tepung kapur merujuk kepada jenis kuih yang dimasak dalam loyang sebelum dihiris nipis-nipis dan dihidangkan dengan digaul bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup). Kuih tepung kapur merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di sebelah pantai timur.

Kuih tepung kapur.
Kuih tepung kapur.

Asal sunting

Tiada maklumat mengenai asalnya.

Nama sunting

 
Kapur makan atau juga dikenali sebagai kapur sirih.

Nama kuih tepung kapur datangnya dari satu bahan bagi menghasilkan kuih ini, iaitu kapur sirih.

Penyebaran sunting

Kuih tepung kapur biasanya agak tahan lama kerana kuahnya yang manis bertindak sebagai bahan pengawet, tetapi kerana kelapa/nyiur yang digunakan mungkin cepat masam. Oleh itu bagi memastikan kuahnya tahan lama, kelapa hanya dicampurkan ketika ia hendak dihidangkan. Selain itu, Kuih tepung kapur tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.

Dalam budaya popular sunting

Kuih tepung kapur biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih tepung kapur biasanya mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak berkuah. Oleh itu Kuih tepung kapur ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Lihat juga sunting

Antara jenis-jenis kuih lain yang menyerupai kuih tepung kapur adalah Kuih kasui, tetapi kuih tepung kapur menggunakan lebih banyak kapur yang menjadikannya rasanya lebih kenyal sedikit berbanding kuih kasui.


Rujukan sunting

Pautan luar sunting