Kuil Arulmigu Sri Bathrakaliaman

Kuil Arulmigu Sri Bathrakaliaman terletak di Jalan Masjid India, berdekatan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat banyak bangunan lama dan jalan yang sempit dibina semasa zaman British dahulu. Tidak ada kawasan meletak kereta yang teratur dan ini menambah kesesakan jalan raya pada waktu puncak.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu membesarkan jalan di kawasan ini bagi kemudahan orang ramai yang semakin sesak ketika membeli-belah terutama pada musim perayaan. Notis pembesaran telah dihantar kepada semua pihak termasuk pihak kuil ini.

SMS palsu sunting

Pada 3 November 2008, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M Saravanan menggesa penganut Hindu tidak percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak liar dalam meruntuhkan sebuah kuil Hindu berhampiran Masjid India. DBKL sudah beberapa kali menyerahkan notis kepada pengurusan kuil itu, untuk memaklumkan bahawa kerja-kerja merobohkan struktur itu akan dijalankan bagi memberi laluan kepada projek melebarkan jalan, di Jalan Masjid India. Kuil baru terletak hanya bersebelahan dengan kuil lama. Semua patung-patung dewa sudah dipindahkan ke kuil baru. DBKL hanya runtuhkan struktur kosong kuil lama yang tidak digunakan lagi oleh pihak berkuasa kuil.

Pengerusi pengurusan kuil Kanmani Undalam menghantar surat kepada DBKL meminta supaya DBKL tidak memusnahkan kuil lama itu sebelum 31 Oktober 2008 dan berjanji akan mengosongkan kuil berkenaan sebelum 31 Oktober. Pengarah keselamatan dan penguatkuasaan DBKL Rolan Abd Rahman setuju dengan syarat itu dan menyatakan bahawa kerja-kerja meruntuhkan struktur itu akan dijalankan pada hari Isnin, 3 November 2008.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "aravanan Nasihat Kaum Hindu Supaya Jangan Percaya Sms Kononnya Dbkl Bertindak Liar Runtuh Kuil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-11-03.