Kukusan (kawasan negeri)

Kukusan ialah sebuah kawasan negeri di Sabah, Malaysia yang diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sabah. Kawasan pilihan raya negeri ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Bahagian Tawau dalam Daerah Tawau. Kukusan juga merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah yang terletak dalam zon kawasan parlimen Kalabakan, iaitu kawasan parlimen yang terletak di tengara negeri Sabah.[2][3] Kod bagi kawasan pilihan raya ini ialah N70. Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak.

Kukusan
Kawasan pilihan raya  Sabah
Tapak asal Lapangan Terbang Tawau terletak dalam kawasan DUN Kukusan.
Koordinat:4°16′04″N 117°53′02″E / 4.267833°N 117.883863°E / 4.267833; 117.883863Koordinat: 4°16′04″N 117°53′02″E / 4.267833°N 117.883863°E / 4.267833; 117.883863
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Sabah
ADUN
 
 
 
Rina Jainal
PHRS-GRS
Kawasan pilihan raya diwujudkan2019
Kali pertama dipertandingkan2020
Kali terakhir dipertandingkan2020
Demografi
Pemilih (2020)[1]12,640
Luas (km²)[2]8

Sejarah sunting

Kawasan ini juga salah satu daripada tiga belas bahagian pilihan raya negeri baru akibat persetujuan daripada Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Rakyat pada 17 Julai 2019 dan mewakili buat kali pertama untuk pilihan raya kilat.[4]

Sejarah perwakilan sunting

Penggal Tahun Ahli Parti
Kukusan
Kawasan baru dicipta
ke-16  2020–kini     Rina Hj Jainal Parti Harapan Rakyat Sabah(HR)

Daerah mengundi sunting

Kawasan pilihan raya Kukusan merangkumi lima daerah mengundi iaitu Muhibbah Raya, Senotsa, Kukusan, Padang Terbang dan Banyan.[2][5]

Kedudukan daerah mengundi dalam kawasan DUN Kukusan adalah seperti berikut.[2]

  • Daerah mengundi Muhibbah Raya (dinamakan sempena Kampung Muhibbah Raya) terletak di utara Kukusan
  • Daerah mengundi Sentosa (dinamakan sempena Taman Sentosa) terletak di timur Kukusan
  • Daerah mengundi Padang Terbang (dinamakan sempena Padang Terbang Tawau yang lama) terletak di tenggara Kukusan
  • Daerah mengundi Banyan (dinamakan sempena Jalan Banyan di pusat bandar Tawau) terletak di barat daya Kukusan
  • Daerah mengundi Kukusan terletak di barat Kukusan dekat sempadan DUN Tanjung Batu.

Pusat mengundi sunting

Daerah mengundi Nombor kod Pusat mengundi[5] Bilangan pemilih (2016)[2]
Nama pusat mengundi Lokasi pusat mengundi
Muhibbah Raya 191/70/01 Sekolah Kebangsaan Muhibbah Raya Peti Surat 61524, 91025 Tawau 2,675
Sekolah Kebangsaan Bahagia WDT 183, 91007 Tawau
Sentosa 191/70/02 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin Peti Surat 84, 91007 Tawau 2,418
Kukusan 191/70/03 Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Peti Surat 843, 91008 Tawau 3,374
Padang Terbang 191/70/04 Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Peti Surat 214, 91007 Tawau 1,454
Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau II Peti Surat 61364, 91023 Tawau
Banyan 191/70/05 Sekolah Agama Islamiah Tawau Jalan Utara, 91000 Tawau 2,017
Jumlah 11,938

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya negeri Sabah 2020
Parti Calon Undian %
WARISAN Rina Hj Zainal 2,834 42.53
BN Chaya binti Sulaiman 2,824 42.38
PHRS Wong Jin Soon 796 11.94
USNO Ismail Idris @ Pakcik El 80 1.20
PCS Taufik bin Muin 75 1.13
PHRS Rosdiansa bin Mohd Noor 34 0.51
PGRS Lee Boon King 21 0.32
Jumlah undi sah 6,664 100.00
Pemilih berdaftar 12,640
Majoriti 10 0.15
Ini ialah kawasan baharu ditubuhkan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Keputusan Terkini DUN N.70". Dashboard SPR. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 13 September 2020.
  2. ^ a b c d e Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri Sabah Kali Keenam Tahun 2017 (PDF) (Laporan). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-09-13. Dicapai pada 2019-10-02.
  3. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  4. ^ Daim, Nuradzimmah; Pei Ying, Teoh. "Sabah gets 13 more state seats" [Sabah mendapat 13 kerusi negeri lagi]. News Straits Times (dalam bahasa Inggeris). NSTP publisher. Dicapai pada 23 September 2020.
  5. ^ a b "Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri Sabah" (PDF). Warta Kerajaan Persekutuan Malaysia. 24 September 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2019-10-11. Dicapai pada 13 September 2020.

Pautan luar sunting