Kuliah Cinta

Filem 2004 oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen

Kuliah Cinta ialah sebuah filem komedi romantis Malaysia yang ditayangkan pada 29 Jan 2004. Filem ini dibintangi oleh Erra Fazira dan Yusry KRU sebagai watak utama.

Kuliah Cinta
Kuliah cinta 01.jpg
PengarahProf. Madya A. Razak Mohaideen
PenerbitDavid Teo
PenulisAzhari Zain
Lakon layar olehProf. Madya A. Razak Mohaideen
Dibintangi oleh
Muzik olehEdry KRU
SinematografiHj. Zainal Abidin Othman
Disunting olehMariam Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
29 Januari 2004
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
PerbelanjaanRM1.5 Juta

PlotSunting

Filem ini mengisahkan kehidupan remaja di alam kampus yang dilalui Jojo (Johana) dan Faramy. Mereka berkawan baik, namun, segalanya berubah apabila tibanya sesi kemasukan pelajar junior di Universiti tempat mereka belajar. Sebagai senior, mereka dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program induksi untuk pelajar-pelajar baru dan dalam diam Faramy telah terpikat kepada pelajar junior bernama Ayu. Kehadiran Ayu menjejaskan keakraban Jojo dan Faramy sedangkan mereka berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Jojo yang berasa tersisih mengambil keputusan untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Australia bagi melupakan Faramy.

PelakonSunting

Pautan luarSunting