Kumin KU2

(Dilencongkan dari Kumin Ku2)

Khuzami Bin Ismail (1971 – 3 September 2020) atau lebih dikenali sebagai Kumin Ku2 merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi Malaysia. Nama beliau terlebih dahulu pernah dikenali menerusi kumpulan KU2 yang ketika itu ditubuhkan pada 1995 sebelum beralih sebagai pelakon dan pelawak terkenal dalam hiburan dunia seni. Berbanding dengan Bob Kuman yang lebih kerap berlakon, Kumin pula lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Kumin Ku2
Kelahiran
Khuzami Bin Ismail

1971
Meninggal dunia3 September 2020
Taman Lembah Maju, Ampang, Selangor
Sebab kematianSesak nafas, angin pasang, obesiti dan air berlebihan dalam badan
DikebumikanSeri Menanti, Negeri Sembilan
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif1995–2020

Diskografi sunting

Album bersama KU2
  • Motivasi (1996)
  • Evolusi (1997)
  • Album Baru Aku! (1999)
  • The Best Of KU2 (2001)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
1995 Sama Tak Serupa Kumin
1996 Suami, Isteri dan .....?
2005 Gila-Gila Pengantin Popular Tauke Warung

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Tanah Kubur (Musim 2) Kumin Astro Oasis Episod: "Penangan Judi"

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Ayam Goreng Comel Jamal TV3 Pelakon undangan

Kesihatan sunting

Pada bulan Ogos 2020, beliau dibenarkan keluar dari Hospital Ampang. Beliau juga dilaporkan stabil selepas menerima rawatan kerana mengalami sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.[1]

Kematian sunting

Pada 3 September 2020, beliau meninggal dunia di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang pada usia 49 tahun sekitar pukul 12.30 tengah hari. Berita pemergian Kumin disahkan oleh rakannya, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Allahyarham. Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting