Alif Ila Ya

(Dilencongkan dari Kumpulan Alif Ila Ya)


Kumpulan Alif Ila Ya merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berentak irama nashid Melayu.

Alif Ila Ya
Album Alif Ila Ya keluaran Wayang Tinggi Entertainment
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1990-an
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Kumpulan Alif Ila Ya bernaung di bawah syarikat Wayang Tinggi Entertainment. Syarikat rakaman Wayang Tinggi Entertainment (WTE) juga sentiasa bersikap positif dan terbuka terhadap saluran seni yang menjurus kepada pendidikan.

Ditubuhkan pada tahun 1996, Alif Ila Ya telah banyak menerima jemputan ke majlis persembahan nyanyian, teater, konsert, program tv dan sebagainya. Beberapa anggota kumpulan ini juga pernah terbabit dengan penghasilan klip video dan album beberapa artis tempatan lain sebelum ini.

Kumpulan ini dianggotai oleh Syawal Paino, Khairul Nizam Rahim, Afezan Ponijan dan Meor Ahmad Shahid Meor Ahmad. Album pertama mereka 10 Sahabat Dijamin Syurga telah di pasarkan dan mendapat sambutan yang hangat.

Sebelum ini, beberapa konsert yang pernah mereka sertai ialah Konsert Malam Mencari Kekasih, Malam Kesenian Islam UiTM, Konsert Bakis bersama Raihan, Majlis Makan Malam GPMS Bersama Perdana Menteri dan terbaru Malam Kembara Sirah.

Antara teater yang pernah mereka berlakon ialah Al-Amin', Malam Haram dan persembahan khas sempena maulidur-Rasul di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ahli-ahli sunting

Kumpulan Alif Ila Ya Ia mempunyai 4 orang anggota yang kesemuanya lelaki. Senarai anggotanya adalah :-

  1. (Meor) Meor Ahmad Shahid Meor Ahmad
  2. (Nizam) Khairul Nizam Rahim
  3. (Syawal) Syawal Paino
  4. (Fizan) Afezan Ponijan

Diskografi sunting

Album sunting

  • 10 Sahabat Dijamin Syurga

Lagu-lagu sunting

Pautan luar sunting