Aura (kumpulan nasyid)

(Dilencongkan dari Kumpulan Aura)

Kumpulan Aura merupakan sebuah kumpulan penyanyi kanak-kanak yang berbakat dari segi suara dan gaya persembahan dan aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid kanak-kanak yang membawakan lagu kisah-kisah nabi.

Aura
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Kumpulan ini telah menghasilkan album Kisah Kisah Nabi yang merupakan sebuah album kreatif dengan pendekatan yang menarik dan memberi bimbingan bagi kanak-kanak. Album ini juga bertujuan untuk memudahkan kanak-kanak mengetahui cerita nabi menerusi lagu yang diperdengarkan.

Menerusi album yang dinyanyikan oleh Hariz dan Haniz Mohd. Radzi, Mohamad Anif Adenan, Raja Shah Hanis Raja Shaidi , kanak-kanak berpeluang mendengar kisah nabi melalui lirik. Konsep yang berbeza ini bertujuan memberi nafas baru kepada konsep persembahan nasyid yang lebih kreatif dan sesuai dengan peredaran zaman.

Dalam album ini, para pendengar terutamanya kanak-kanak dapat mengikuti kisah Nabi Yusuf a.s (Sebelas Bintang), Nabi Nuh a.s (Bahtera Nuh), Nabi Musa a.s & Firaun (Peti Bayi Kecil), Nabi Ibrahim a.s (Namrud Lawan Nyamuk), Nabi Yunus a.s (Ditelan Ikan Nun) dan nabi Muhammad s.a.w serta cerita-cerita menarik lain. Kebanyakan lagu-lagu dalam album ini lebih menjurus kepada irama pop tapi masih lagi mengekalkan elemen muzik nasyid. Penyampaian cerita menerusi lagu diyakini dapat memudahkan kanak-kanak mengingati cerita bersejarah dengan pantas.

Diskografi sunting

Album sunting

  • Kisah Kisah Nabi

Lagu-lagu sunting

-Bahtera Nuh AS
-Ditelan Ikan Nun
-Sebelas bintang
-Namrud Lawan Nyamuk
-Rumahku Syurgaku
-Al Anbiya
-Nabi Muhammad Yang Terpuji
-Dengarlah Kisah Nabi
-Peti Bayi Kecil
-Si Kaya Yang Ingkar


Pautan luar sunting