Black Fire (kumpulan muzik)

(Dilencongkan dari Kumpulan Black Fire)

Kumpulan Black Fire merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Perlis, dan aktif di Malaysia.[1] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Black Metal/Thrash Metal, dalam Bahasa Melayu.

Black Fire
Blackfire
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Perlis, Malaysia
GenreRock/Black Metal/Thrash Metal
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1982 - Sekarang
Syarikat rakaman
Nebiula Productions Black Label Productions
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliMaster Subri - Gitar

Din Pendita Gila - Gitar

Hakim Internal - Bass

Asri Speed Fire - Drum

Lord Eekram - Vokal

Kumpulan Black Fire sebuah kumpulan Black Metal/Thrash Metal yang terawal di Malaysia[2] atau di asia tenggara pada ketika itu. Pada mulanya ia ditubuhkan sebagai kumpulan Metal Ghost pada tahun 1982, sebelum menukar nama kepada Black Fire pada tahun 1984. Ia semakin dikenali ramai pada tahun 1988, setelah terbabit dengan konsert thrash metal yang diadakan di Stadium Negara..

Hadi -drummer, Subri - bass ,Yazid -guitar ,Aidi -guitar ,Azmi rambut vocal.(Line up asal founder 1992)

Kumpulan Black Fire yang berasal dari Perlis ini lebih selesa mengekalkan konsep Black Metal/Thrash Metal,, serta mempersembahkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Kumpulan Black Fire yang ditubuh pada tahun 1984 dianggap ‘Godfather’ untuk genre metal kerana mereka antara kumpulan yang paling awal memperkenalkan konsep Black Metal pada tahun 1982(Metal Ghost). Banyak band-band underground metal tempatan yang menjadikan mereka sebagai hero, rujukan dan kajian muzik, antara salah-satunya kumpulan Sil Khannaz yang diketuai oleh penyanyinya, Jaie. Menggambil nama sempena dari salah-satu tajuk lagu BlackFire ia itu Sil Kannas, di pahat menjadi sebagai nama kumpulan.[3]

Kemudian BlackFire telah menghilang tanpa sebarang jejak. Tetapi nama BlackFire sentiasa di sebut-sebut dan di ceritakan dari mulut ke mulut oleh peminat2 muzik keras terutamanya peminat2 Muzik Metal dan pemuzik2 otai2. BlackFire seolah-olah telah menjadi seperti Mitos atau lagenda, yang entah betul atau tidak tentang kewujudan mereka. Ramai yang hanya menggenali dan mendengar namanya dan kisahnya sahaja. Kerana tiada sebarang gambar atau video yang di rekodkan pada ketika itu, yang di keluarkan atau di tunjukkan bagi mengesahkan kewujudan mereka. Hanya logo BlackFire sahaja yang dapat di lihat, itu pun hanya pada jaket2 dan baju2 peminat2 tegar Muzik Black Metal/Thrash Metal sahaja.

Info: Pada tahun 2005 terjadi satu isu besar pada ketika itu, apabila isu Black Metal telah dimainkan secara serius dan diberi liputan negatif yang meluas di dada akhbar-akhbar dan majalah-majalah utama. Kesannya sedikit demi sedikit pengaruh muzik metal semakin menguncup dan tidak semeriah sebelumnya.

2006 - Kisah Mitos atau si lagenda itu rupa-rupanya benar-benar wujud. Album pertama Black Fire "Lahir dari Api" telah di keluarkan di pasaran. Lagu-lagu di dalam album itu adalah ciptaan Black Fire dari tahun 1983. Di bantu oleh Jaie Jokkhannaz sebagai penerbit di bawah Nebiula Productions.

2010 - Atas pemintaan penganjur yang berkehendak serta berhajat untuk melihat BlackFire kembali ke pentas. BlackFire telah muncul di Vokill Fest. Memgemparkan dunia muzik dan peminat2 Black Metal/Thrash Metal ketika itu. Juga telah di war-warkan, bahawa itu adalah konsert BlackFire yang terakhir.

  • Azmi Bahari - Vokal
  • Hadi - Dram
  • Rammy - Bass
  • Joe Slaughter - Gitar
  • Jadam - Gitar

2017 - BlackFire kembali di Mamatfest 2018, yang dipimpin oleh Din Pendita Gila atas kebenaran Azmi Rambut, untuk menggerakan kembali BlackFire, serta membuat kutipan untuk di serahkan pada Azmi Rambut yang ada masalah kesihatan. Mereka muncul dengan line up:

Din Pendita Gila -bass, Subri - gitar, Hadi - Drum , Zam Vocal dan di bantu syed - gitar .Tetapi line up ini tak bertahan lama.

2018 - Blackies Black - kembali dengan line up baru Din pendita - gitar/vocal, Subri - gitar, Hadi - drum, dan Hakim - bass.

Azmi Bahari ( Azmi Rambut ) - Rest in peace 2019. .

Line up 2019

Din Pendita Gila - Gitar/vokal.

Subri - gitar ,

Hakim - bass ,

Asri - drum

2020 - BlackFire " South East Asia Tour"

- Bangkok - Philippines - Malaysia - Singapore - Japan

2023 - Black Fire mengeluarkan album kedua mereka "The Enormous Warth" dalam bahasa English, terdapat cuma satu sahaja lagu dalam Bahasa Melayu "Lahirnya dari api 2" dengan vokalis baharu mereka Lord Eekram yang mempunyai vokal yang agak luar biasa, menggunakan dua gaya vokal yang berbeza-beza yang di kawal dengan baik dan jelas, serta gaya penampilannya amat bagus di pentas-pentas. Didalam Album itu juga terdapat sebuah lagu gandingan vokal Eekram dan Sam Cromok.

Line up 2023 - kini:

Master Subri - Gitar

Din Pendita Gila - Gitar

Lord Eekram - Vokal

Asri Speed Fire - Drum

Hakim Internal - Bass

Edit by: Raynox

Bekas Ahli sunting

  • Aidy (gitaris pertama)
  • Yazid
  • Shidi Sil Khannaz
  • Din Pendita Gila
  • Stone Silent Death
  • Dik Wan Kiara
  • Zam Samartary
  • Rammy(menggerakan penghasilkan album pertama BlackFire)
  • Core
  • Subri ( founder )

Diskografi sunting

Album Studio

Rujukan sunting

Pautan luar sunting