Black Rose

Kumpulan Rock Malaysia
(Dilencongkan daripada Kumpulan Blackrose)

Kumpulan Black Rose adalah sebuah kumpulan rock Malaysia yang pernah aktif pada awal tahun 90-an[1] dan menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Berbeza dengan kumpulan lain yang terarah kepada muzik rock yang keras dan berat, Black Rose lebih berpaksikan muzik American Glamrock yang masih baharu dalam industri muzik tanah air pada ketika itu.

Black Rose
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Blackrose
Berasal dari Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1988 - 1994
2014 (reunion)
Syarikat rakaman
1990-1991: BMG Music
1994 : Megalife Productions/Life Records
2014: Happy Campers Productions
Pengkarya berkait
Saari Amri, Headwind
Laman sesawang
Blackrose 2014
AhliBard - Vokal & Gitar
Jepp - Gitar
Mario - Bass
Bekas ahliAjin - Vokal
Sha'arin - Dram
Man - Gitar
Amir - Vokal
Lan - Gitar

Single daripada album pertama mereka yang menggunakan nama kumpulan sebagai judul album, Penantian ciptaan komposer terkenal Saari Amri dan lirik oleh Mario Blackrose telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tempatan. Lagu Penantian juga telah membawa kumpulan ini ke peringkat akhir Juara Lagu '91 setelah menjadi juara bulanan pada April 1991.

Sejarah

sunting

Kumpulan Black Rose telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh empat sahabat iaitu Mario (bass & vokal), Jepp (gitar), Bard (gitar) dan Sha'arin (dram) yang ketika itu merupakan pelajar di Kolej Damansara Utama (KDU). Pada awalnya, mereka hanya bermain muzik secara suka-suka sahaja kerana rasa cinta mereka dengan muzik. Tidak seperti kebanyakan kumpulan rock lain yang cenderung kepada muzik rock yang keras dan berat bawaan beberapa kumpulan seperti Iron Maiden, Deep Purple, Loudness dan seangkatannya, Black Rose pebih cenderung ke arah muzik glam rock bawaan beberapa kumpulan rock seperti Skid Row, Guns n' Roses, Whitesnake dan Bon Jovi. Namun disebabkan faktor kesesuaian vokal, Bard mengambil posisi vokal & gitar manakala Mario pula menggalas posisi bass sepenuhnya. Pada tahun 1990, mereka mengambil keputusan untuk menghantar demo tape mereka kepada beberapa syarikat rakaman dan terus sahaja ditawarkan rakaman album. Setelah memgambil kira beberapa faktor, Black Rose sepakat untuk memilih BMG Pacific sebagai penaung mereka dengan pengurus A&R di BMG pada ketika itu, Aziz Bakar mengarahkan Zulkif dari kumpulan Headwind untuk menerbitkan album pertama Black Rose.

Keputusan Black Rose untuk menandatangani kontrak bersama BMG Pacific ternyata menjerumuskan mereka kepada sisi positif dan negatif. Dari sisi positif, Black Rose mendapat segala kemewahan berikutan kewangan syarikat tersebut yang sangat stabil. Namun dari sisi negatifnya, pihak pengurusan mula campur tangan dalam penerbitan album. Beberapa lagu ciptaan Black Rose ditolak oleh pihak pengurusan dan digantikan dengan lagu-lagu ciptaan komposer terkenal seperti M. Nasir dan Saari Amri tanpa berbincang dengan ahli Black Rose sendiri, kononnya untuk tujuan komersil. Malah, Bard juga terpaksa melepaskan posisi vokalnya apabila BMG mula mengadakan uji bakat untuk mencari vokalis baharu Black Rose. Akhirnya, seorang pemuda bernama Ajin dipilih sebagai vokalis Black Rose biarpun pada ketika itu, Ajin hanya menghadiri uji bakat tersebut secara suka-suka sahaja. Pada masa yang sama, sesi rakaman album juga dilakukan oleh pemuzik-pemuzik undangan yang majoritinya terdiri daripada anggota kumpulan Headwind. Tidak berpuas hati dengan campur tangan pihak pengurusan, Bard memilih untuk meninggalkan Black Rose, meninggalkan Black Rose hanya berempat sewaktu rakaman album.

Setelah mengharungi pelbagai dugaan, album pertama Black Rose berjaya dikeluarkan pada penghujung tahun 1990 dengan menggunakan nama kumpulan sebagai judul album. Album pertama Black Rose ternyata mendapat sambutan di luar jangkaan apabila album tersebut mencatatkan jualan yang sangat membanggakan. Berbekalkan single Penantian dan Cinta Abadi, kumpulan ini tidak mengambil masa yang lama untuk meraih populariti. Bukan itu sahaja, penampilan mereka yang ranggi turut menjadi ikutan peminat rock pada ketika itu. Lagu Penantian ciptaan Saari Amri dan lirik oleh pemain bass Black Rose, Mario juga mara ke pertandingan akhir Juara Lagu 1991.

3 tahun selepas itu, mereka menghasilkan album kedua yang berjudul Rock 'N' Roll di bawah label Life Records melalui syarikat produksi Megalife. Pada waktu ini, Amir (vokal) dan Lan (gitar) dari kumpulan Cinema masuk menggantikan Ajin dan Man yang keluar selepas membuat persembahan di AJL 1991. Dalam album ini, mereka turut menggunakan dua pemuzik undangan di posisi dram iaitu Leman (Black Skull/Dinamik) dan Zan (Rusty Blade) setelah pemain dram asalnya, Sha'arin keluar untuk menyambung pengajiannya di luar negara. Selepas album tersebut dipasarkan, anggota Black Rose telah membawa haluan masing-masing.

Anggota Kumpulan

sunting

Black Rose 1988-1989 :

  • Bard - Vokal & Gitar Utama
  • Jepp - Gitar Kedua
  • Mario - Bass
  • Sha'arin - Dram


Black Rose 1990 :

  • Ajin - Vokal
  • Bard - Gitar Utama
  • Jepp - Gitar Kedua
  • Mario - Bass
  • Sha'arin - Dram[2]


Black Rose AJL 1991 :

  • Ajin - Vokal
  • Man - Gitar Utama (dari Kumpulan Etika)
  • Jepp - Gitar Kedua
  • Mario - Bass
  • Sha'arin - Dram


Black Rose 1994 :

  • Amir - Vokal (dari Kumpulan Cinema)
  • Lan - Gitar Utama (dari Kumpulan Cinema)
  • Jepp - Gitar Kedua
  • Mario - Bass
  • Leman & Zan - Dram (sessionist)


Black Rose 2014 :

  • Bard - Vokal
  • Jepp - Gitar
  • Mario - Bass
  • Luigi - Keyboard
  • Hady - Drum

Black Rose 2020 (present)

  • Ogy - Vokal
  • Ann - Gitar
  • Mario - Bass
  • Man - gitar
  • Pirun - Keyboard
  • Azad - Drum

Diskografi

sunting

Blackrose (1990)

sunting
  1. Penantian
  2. Arca
  3. Perdaya
  4. Simfoni 14/2
  5. Aku Mercedes Rock n' Roll
  6. Mawar Hitam
  7. Hanya Mimpi
  8. Remaja
  9. Tetap Menanti
  10. Cinta Abadi

Rock N' Roll (1994)

sunting
  1. Cover girl
  2. memori
  3. mona
  4. rock n roll
  5. mengejar mimpi
  6. sakit perut live
  7. rock n roll romeo
  8. mr jack daniel
  9. black rose 
  10. cinta abadi

Single

sunting

Cinta Abadi 2014 (2014)

sunting

Anugerah & Pencapaian

sunting
Tahun Judul Komposer Penulis Lirik Keputusan
1991 Penantian Saari Amri Mario Tercalon

Reunion

sunting

Bard, Mario dan Jepp telah memulakan projek penggabungan semula (reunion) pada tahun 2014. Mereka merakamkan semula lagu Cinta Abadi dalam versi baru dan telah menerima lebih daripada 23,000 tontonan di Youtube.

Trivia

sunting
  • Pada awal kemunculan mereka dalam industri muzik tanah air, mereka telah menjadi kegilaan para peminat disebabkan penampilan mereka yang lebih terkini (up-to-date) dan rupa paras mereka yang tampan terutamanya Ajin (vokal) dan Sha'arin (dram).
  • Ajin merupakan adik kepada kartunis Cabai yang terkenal dengan siri Tiga Dara Pingitan. Sepertimana kakaknya, Ajin juga berbakat besar dalam seni lukis. Kulit album pertama kumpulan rap, 4U2C pada tahun 1992 adalah rekaan Ajin.
  • Sebelum menganggotai Black Rose, Ajin pernah menjadi pemain dram untuk kumpulan Wizards.
  • Bard merupakan vokalis asal Black Rose merangkap gitaris.
  • Sha'arin yang berdarah kacukan Melayu-Cina pernah mendirikan rumahtangga sebanyak tiga kali, antaranya dengan aktres Ida Nerina[3] dan Yasmin Hani Richardson yang juga seorang pelakon dan pengacara[4]. Namun begitu, ketiga-tiga perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian.
  • Sha'arin merupakan abang kandung kepada Qushairi Razali atau Qi/Chi yang juga bekas pemain dram kumpulan OAG.
  • Keempat-empat anggota asal Black Rose iaitu Bad, Mario, Jepp dan Shaarin adalah graduan Kolej Damansara Utama sewaktu kumpulan ini mula ditubuhkan.
  • Kontra dengan kepercayaan ramai bahawasanya ahli kumpulan ini tidak pandai bermain muzik, mereka sebenarnya bagus bermain muzik tetapi label pada waktu itu memberi tempoh yang singkat untuk merakamkan album oleh itu sessionist diupah untuk menjalankan tugas semasa sesi rakaman. Perkara ini lumrah dalam penerbitan muzik kumpulan rock tempatan pada waktu itu kerana syarikat rakaman lebih mementingkan jualan album dari membangunkan skill dan teknik artis dibawah kontrak mereka.
  • Tatkala kumpulan rock tempatan era itu berpaksikan Heavy Metal, BR pula lebih terarah kepada Glam Rock yang sedang meningkat naik di Amerika Syarikat. Mereka bermain muzik keras dan bertenaga. Lagu 'Remaja' itu mencerminkan identiti sebenar muzik Black Rose jika nak dibandingkan dengan Penantian dan Cinta Abadi yang lebih sentimental dan power ballad.

Rujukan

sunting
  1. ^ Bubar ketika di puncak
  2. ^ "Jangan Kaitkan Sha'arin Dengan Black Rose". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-03. Dicapai pada 2018-08-19.
  3. ^ Sha'ari, Salwa (14 Disember 2010). "Ida Nerina & Shahrin Bercerai Talak Satu". MStar. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 27 Julai 2019. 2 Jun 2006 merupakan perkahwinan kedua bagi Ida dan Shahrin
  4. ^ "Yasmin Hani Akhirnya Menjadi Milik Sha'arin". MStar. Star Media Group Berhad. 20 Oktober 2011. Dicapai pada 27 Julai 2019. Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas pemain dram kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali

Pautan luar

sunting