Bloodshed
pengurus - Zailan
Bloodshed | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Blackshed |
Berasal dari | Kajang, Selangor, Malaysia |
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik |
Instrumen | Vokal / Band |
Tahun aktif | 1985 - 1990 2008 - sekarang |
Syarikat rakaman | EMI |
Pengkarya berkait | M. Nasir, |
Laman sesawang | [Bloodshed] |
Ahli | Hatta Junction - vokal
Aminurrashid - vokal Hamdan Yusof - gitar utama Zanaruddin - keyboard Said - bass Hamdan Triumph - dram |
Bekas ahli | Rosdan - vokal Moolah - vokal Farid - vokal Zaha - keyboard Opie - gitar utama & irama Hamdan Ahmad - dram Rawita - bass Muzam - vokal (2006-2015) Joe - bass Judy - keyboard Zack - dram |
Kumpulan Bloodshed merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock 80-an[1] yang telah diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia. Mereka berasal dari Kajang, Selangor.
Era Battle of the Bands dan album pertama
suntingKumpulan Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella & The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal. [2]
Album Kedua : Samarkand
suntingKerjaya kumpulan Bloodshed diteruskan pada tahun 1988 menerusi album kedua yang diterbitkan oleh M. Nasir dengan judul Samarkand. Dalam album ini, kumpulan ini mengalami perubahan anggota di mana pemain gitar utamanya, Hamdan Yusof menarik diri dari Bloodshed dan digantikan oleh Mohd Saufi Ghazalie, seorang pemain gitar tangan kiri yang lebih dikenali sebagai Opie. Opie merupakan bekas anggota kumpulan Scandals yang juga dianggotai oleh Joe (juga gitaris kidal) yang kemudiannya menganggotai kumpulan Wings.
Kemasukan Opie menambahkan lagi sengat dalam Bloodshed apabila album yang memuatkan lagu berhantu Srikandi Cintaku ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani meletup di pasaran apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Lagu ini juga berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu. Lagu-lagu lain dalam album ini yang mendapat sambutan ialah Samarkand, Tangisan Salju Di Khatulistiwa dan Tanah, Air, Api Dan Angin.
Pertukaran Vokalis, Penggunaan Nama Blackshed Dan Album Villa Misteri
suntingSetelah penerbitan album tersebut, vokalis Bloodshed, Rosdan berhasrat untuk melangkah ke irama yang lebih keras lagi dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia. Selepas itu Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali (Farid) sebagai penyanyi baru, seterusnya menukar nama kumpulan tersebut kepada Blackshed. Pada masa yang sama, Judy juga keluar dari kumpulan tersebut dan tempatnya sebagai pemain keyboard telah digantikan oleh Zaha. Maka, anggota asal Bloodshed dari album pertama hanya tinggal dua orang sahaja iaitu Rawita (bass) dan Hamdan Ahmad (dram).
Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album terakhir mereka yang berjudul Villa Misteri bersama vokalis baru yang mempunyai suara yang seiras dengan suara vokalis asalnya, Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu Menggenggam Bara juga ciptaan M. Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanah air, mereka sering menggunakan karya ciptaan mereka sendiri. Mereka juga sering menggunakan khidmat M. Nasir, Man Boron, Usop, Siso dan juga Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI).
Walau bagaimanapun, selepas penerbitan album Villa Misteri, anggota Kumpulan Bloodshed/Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Kehadiran mereka dalam bidang seni suara berjaya mewarnakan dunia muzik tanah air dengan genre muzik yang mereka persembahkan pada waktu itu.
Reunion
suntingAkan tetapi pada penghujung 2008, kumpulan Bloodshed telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan mereka dalam arena muzik rock di Malaysia dengan line-up asal dan juga baru, serta telah menerbitkan single pertama: Manifestasi Cinta, lagu ciptaan Hamdan Yusof selaku pemain gitar utama mereka. Bermula dari 2009, Bloodshed telah kembali membuat persembahan, bermula di Auditorium LigaMas, Batang Kali yang telah mendapat sambutan yang begitu meriah daripada penonton yang hadir. Dan bermulalah kembali era Bloodshed!
Anggota Kumpulan
suntingPada awal penubuhannya, Bloodshed terdiri daripada lima orang anak muda yang kemudiannya mengikat kontrak dengan syarikat rakaman antarabangsa, EMI seterusnya menghasilkan album pertama yang berjudul Ilusi Sebuah Mimpi.
Line-up dalam album Ilusi Sebuah Mimpi :
- Rosdan Baharom (Rosdan) - Vokal
- Mohd Hamdan Mohd Yusof (Hamdan Yusof) - Gitar Utama
- Azizul Azman Abd Aziz (Judy) - Keyboard
- Rawita Mohd Shah (Rawita) - Bass
- Hamdan Ahmad - Dram
Selepas album pertama keluar di pasaran, Hamdan Yusof telah meninggalkan Bloodshed dan digantikan oleh gitaris kidal yang berbakat besar iaitu Opie. Mereka kemudiannya merakamkan album kedua yang diberi judul Samarkand yang meletup di pasaran dengan lagu hitnya, Srikandi Cintaku.
Line-up dalam album Samarkand :
- Rosdan Baharom (Rosdan) - Vokal
- Mohd Saufi Ghazalie (Opie) - Gitar Utama & Irama
- Azizul Azman Abd Aziz (Judy) - Keyboard
- Rawita Mohd Shah (Rawita) - Bass
- Hamdan Ahmad - Dram
Dalam album ketiga berjudul Villa Misteri, dua daripada lima anggotanya iaitu Rosdan (vokal) dan Judy (keyboard) telah keluar dan hal ini menyebabkan kumpulan ini menukar namanya kepada Blackshed. Tempat Rosdan dan Judy telah digantikan oleh Farid (vokal) dan Zaha (keyboard).
Line-up dalam album Villa Misteri :
- Mohd Farid Ali (Farid) - Vokal
- Mohd Saufi Ghazalie (Opie) - Gitar Utama & Irama
- Zaharudin Ujang (Ujang) - Keyboard
- Rawita Mohd Shah (Rawita) - Bass
- Hamdan Ahmad - Dram
Anggota lain yang pernah menyertai Bloodshed/Blackshed :
- Azman Sagaf (Moolah) - vokal
- A. Badly Muzam (Muzam) - vokal
- Mohd Nurhakeem - vokalis untuk single Manifestasi Cinta 2008
Diskografi
suntingAlbum kompilasi
sunting1986 - Battle of The Bands 1 (Warnada Records)
sunting1986 - Battle of The Bands 2 (Warnada Records)
suntingAlbum studio
sunting1987 - Illusi Sebuah Mimpi (EMI Records)
suntingPenerbit : M Shariff
- Ilusi Sebuah Mimpi
- Fesyen
- Nostalgia Rindu
- Waspada
- Manusia Dan Janji
- Pertumpahan Darah
- Jangan Terpedaya
- Restu
- Peristiwa
- Memori Biru
1988 - Samarkand (EMI Records)
suntingPenerbit : M Nasir
- Samarkand
- Srikandi Cintaku
- Carilah Wajahmu
- Tangisan Salju Di Khatulistiwa
- Tanah Air Api Dan Angin
- Marilah Berjuang
- Kota Itu Ilusi
- Satria Mega
- Dibendong Kasih
- Panah Arjuna
1989 - Villa Misteri (EMI Records) - Menggunakan nama Blackshed
suntingPenerbit : Bloodshed
- Fillo Bercandi
- Villa Misteri
- Mata Cinta
- Ensaiklopedia Siswa
- Harimau
- 1 & 1000
- Kota Itu
- Bermuda
- Missi
- Menggenggam Bara
Rujukan
sunting- BLOODSHED (Rock) Diarkibkan 2015-11-08 di Wayback Machine
Pautan luar
sunting- ^ "Usaha jejaki rockers 80-an, ARKIB : 15/03/2013". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 2014-07-02.
- ^ No finer time to be alive?: voices of Singapore's English music