Kumpulan Boboi

Kumpulan Boboi ialah kumpulan lawak yang menjadi naib juara dalam ujibakat Maharaja Lawak Mega. Kumpulan ini diganding oleh Harun Salim Bachik dan Chief Kodok. Kumpulan ini menggeletek penonton di Astro Warna dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober- 30 Disember 2011 . Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami.

Pengganding kumpulan ini (Harun Salim Bachik/Chief Kodok) cukup menggelikan kerana mereka dua beradik tetapi berlainan ibu. Dua beradik ini berkongsi bapa yang sama perangai dan datuk yang sama melucukan. Kumpulan ini dijangkakan akan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Akhirnya Kumpulan Boboi membawa hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi. Manakala kumpulan Osbon mendapat RM350,000 dan trofi Astro. Ketiga pula ialah kumpulan Saehu memenangi RM150,000 dan trofi. Keempat ialah kumpulan Syok membawa pulang RM50,000 berserta trofi.

PenggandingSunting