Buka menu utama
Rencana ini ialah mengenai kumpulan penyanyi Carefree. Untuk kegunaan lain, sila lihat Carefree.
Carefree
Album Kumpulan Carefree.jpg
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRetro pop
Tahun aktif1979 - 1982

Band mula aktif semula 2011

Di bawah naungan Dream Music Sdn Bhd
Syarikat rakaman
Dream Music Sdn Bhd EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
AhliHadi Hassan (Vokalis)
Simon Justin Leo
Zack
Reeyan
Hizey
Bekas ahliJay Jay
Nana Pawan Chik
Lokman
Rahim Othman
Raja Rashid
Raja Rahman
Charlie Paiva

Isi kandungan

SejarahSunting

Kumpulan Carefree merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang sangat popular pada akhir tahun 1970-an. Kumpulan Carefree muncul dengan album sulung berjudul Kebebasan yang memuatkan lagu Rindu Bayangan pada tahun 1979. Kumpulan Carefree mengikat kontrak sebagai artis rakaman antarabangsa EMI. Mereka sempat merakamkan tiga album iaitu Kebebasan, Kebebasan II dan Kebebasan III.

Selain Jay Jay, lagu dalam kumpulan ini turut dinyanyikan oleh Wan dan Simon. Misalnya, dalam album Kebebasan, Wan menyanyikan lagu Aku Terpesona dan berduet dengan Simon menerusi lagu Hanya Kita Berdua. Simon pula menyanyi secara solo melalui lagu Rayuan Kasih dan berduet bersama Jay Jay dalam lagu Ke Disko. Jay Jay pula menyanyi secara solo untuk lagu Rindu Bayangan, Joget Mak Enon, Dendangan Laguku, Anak, Menari, Kenanganku dan Perkelahan.

Dalam album kedua mereka iaitu Kebebasan II, Jay Jay menyanyikan lagu Kini Baru Kau Sedar, Tiada Lagi Air Mata, Joget Teruna Dara, Baju Hijau dan Tahniah Dan Ucap Selamat. Lagu lain dinyanyikan oleh Simon dan Wan. Lagu Belaian Jiwa yang menggunakan vokal Simon antara lagu popular selain lagu nyanyian Jay Jay. Lagu lain adalah Esok Masih Ada, Sahabat Pena, Pejamkan Matamu (Mimpikan Wajahku), Bayangan Mesra dan Petang Sabtu (Kau Jadi Temanku). Lagu Esok Masih Ada menjadi lagu tema filem Esok Masih Ada arahan Datuk Jins Shamsudin.

Dalam album pertama mereka, Omar Taib bertindak sebagai penerbit manakala album ketiga pula, S. Atan. Album ketiga Carefree, Kebebasan III diterbitkan pada tahun 1980 yang memuatkan lagu Menyesal Tak Berguna, Hentikan Fitnahmu, Joget Anak Gembala yang dinyanyikan oleh Jay Jay. Lagu-lagu lain pula dinyanyikan oleh Wan dan Simon seperti Sinaga Naga, Ku Bercinta dan Lagu Rindu.

Disebabkan memiliki tiga penyanyi, lagu Carefree mempunyai pelbagai rentak dan lenggok seperti Joget Anak Gembala, Joget Mak Enon dan Joget Teruna Dara. Bibit perpecahan dalam kumpulan Carefree sudah bermula dalam album ketiga mereka. Ia mula diperkatakan apabila Nana dan Lokman keluar daripada kumpulan ini yang akhirnya menyebabkan album Kebebasan III tanpa mereka. Akhirnya pada 31 Disember 1982, Carefree terpaksa akur dengan perpecahan secara rasmi.

Kini selepas tiga dekad berlalu, akhirnya Carefree membuat keputusan untuk membuat kemunculan semula. Tetapi mereka telah kehilangan Jay Jay dan mereka telah memilih Hadi Hassan, adik kepada artis veteran terkenal iaitu Salamiah Hassan sebagai vokalis baru.

Kumpulan itu menceriakan peminat dan wakil media yang hadir dengan beberapa lagu hit dan Raya Retro. Majlis itu dibawakan Dream Music Sdn Bhd, anak syarikat Dream Chorus Sdn Bhd dan turut dihadiri Pengarah Urusan Dream Music, Datuk Mohd Fauzi Zakaria serta pemain piano dan pengarah muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail

Anggota terkiniSunting

  1. Simon Justin Leo (Gitar / Vokalis)
  2. Hadi Hassan ( Vokalis /Bass)
  3. Zack( Keybod/ Vokalis)
  4. Reeyan( Dram/ Vokalis)
  5. Hizey( Keybod/ Vokalis)

Bekas anggotaSunting

  1. Jay Jay
  2. Nana Pawan Chik
  3. Lokman
  4. Rahim Othman
  5. Raja Rashid(Wan)
  6. Raja Rahman ( Boy)
  7. Charlie Paiva

DiskografiSunting

Album StudioSunting

  1. Kebebasan (1979)
  2. Kebebasan II (1979)
  3. Kebebasan III (1980)

Album KompilasiSunting

  1. The Best Of Carefree (1993)

Album Terbaru "Bersama Carefree" (2013)

Di bawah naungan DREAM MUSIC SDN BHD Dan Kerjasama EightTones Studio Album Bersama Carefree (2013)

# Bersama Carefree

# Hanya Aku

# Biarkan Aku Sendiri

# Blues Isteri Lari

# Find It In Your Heart

# Hati Batu

# Hey DJ

# Bersama Carefree ( Reprise) Sila layari Facebook Carefree. http://www.facebook.com/pages/Carefree/153601734740999

Lagu-lagu popularSunting

  1. Rindu Bayangan
  2. Dendangan Laguku
  3. Belaian Jiwa (pernah dirakam semula dalam versi acapella oleh kumpulan Innuendo pada tahun 1997)
  4. Jogat Anak Gembala
  5. Kini Baru Kau Sedar
  6. Kenanganku
  7. Si Baju Hijau
  8. Joget Mak Enon
  9. Hentikan Fitnahmu
  10. Anak
  11. Menyesal Tak Berguna
  12. Dengarlah