D'Adza Sister's

(Dilencongkan dari Kumpulan D'Adza Sister's)

D'Adza Sister's ialah sebuah kumpulan gadis yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Ia ditubuhkan pada 1992 sebelum bertukar nama kepada Kumpulan D’Adza pada 1999.

D'Adza
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal
AhliAdza Adzriyanti Adenan
Adza Irdawati Adenan
Adza Tutyrianti Adenan
(Rina) Adza Rinawati Adenan

D’Adza adalah sebuah kumpulan vokalis gabungan empat beradik iaitu Adza Adriyati Bt Adenan, Adza Irdawati Bt Adenan, Adza Tutyrianti Bt Adenan dan Adza Rinawati Bt Adenan bersama Amri (pemain gitar) yang diundang bersama didalam setiap persembahan mereka.

Kumpulan ini pernah menghasilkan satua album single berjudul Apa Kau Rasa. Ia merupakan sabuah lagu yang digubah oleh Hadi Hassan saudara Salamiah Hassan dan liriknya ditulis oleh Adza Irda (Mak Dara).[1]

Yang sulung, Iyanie pernah merakamkan lagu secara solo di bawah lebel NAR record sekitar 90'-an, dan albumnya dihasilkan oleh Fauzi Marzuki. Adza Irdawati pula pernah menjadi penulis layar bagi industri filem dan tv. Adza Tutyrianti pula pernah menjadi artis rakaman sejak berusia 18 tahun. Dia menjadi ahli Kumpulan G.I.M. ("Girls In Music") bersama Diana Rafar, Ate, Shazlin. Tutyrianti juga pernah turut berlakon dalam filem Idola dan filem Lang Buana. Adza Rinawati mula menyanyi bersama Iyanie, dan turut berlakon dalam beberapa drama dan filem.

Sejarah sunting

Nama D’Adza diambil daripada nama keluarga iaitu ADZA. Huruf ‘D’ ditambah menggantikan perkataan ‘The’. Kumpulan ini diasaskan oleh bapa mereka (seorang bekas guru muzik dan vokal) pada pertengahan tahun 1990-an. Setiap ahli anggota D'Adza telah bergiat dalam bidang muzik, nyanyian dan tarian sejak kecil lagi. Mereka menghasilkan album sulung yang akan diberi judul ‘D’Adza’.

Kumpulan D'Adza pernah mengadakan persembahan di D'Pub Shangri La Hotel Kuala Lumpur sehingga bulan Dec 2007.

Pernah menjadi artis di bawah naungan Gitu-Gitu Production yang diterajui oleh Saiful Apek pada tahun 2002. Di bawah Gitu-Gitu Production, D'Adza telah merakamkan sebuah lagu berjudul "Saat Ku Idamkan" untuk dimuatkan ke dalam album runut bunyi vcd OK. D'Adza juga berpeluang berlakon bersama Saiful dan pelakon komedi popular yang lain seperti Yasin dan Bob Ku2 didalam vcd OK.

Ahli-ahli sunting

Kumpulan D'Adza sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang dianggotai oleh satu keluarga. Anggotanya termasuk :-

  1. Adza Adzriyanti Adenan (sulong)
  2. Adza Irdawati Adenan (kedua)
  3. Adza Tutyrianti Adenan (ketiga)
  4. (Rina) Adza Rinawati Adenan (keempat)

Pada masa kini kumpulan Kumpulan D'Adza melakukan persembahan di kelab-kelab di Kuala Lumpur.

Syarikat penerbit sunting

Pada masa kini, Kumpulan D’Adza bernaung di bawah syarikat Gitu-Gitu Production Sdn Bhd.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting