D'Febians

Kumpulan Rock Malaysia
(Dilencongkan dari Kumpulan D'Febians)

Kumpulan Febians, juga dikenali dengan nama D'Febians atau The Febians ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bahru, Johor. Kumpulan ini dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Abdul Rahman (Man Burger), Kemat Hassan (Kemat), Samsuri Hj. Tahir (Sham), Jasmin Zainal (Hana).

Febians
Nama lahirKumpulan D'Febians
Juga dikenali sebagai
Kumpulan Febians
The Febians
D'Febians
Berasal dariJohor Bahru, Johor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1981–1994
AhliNasha (Vokal)
Aziz (Gitar)
Yan (Gitar)
Din (Bes)
Bekas ahliHana
Man Burger
Kemat
Harun
Seth
Sham
Samad

Sejarah sunting

Kumpulan ini mula menempa nama dalam arena muzik tempatan pada tahun 1981[1] bermula dengan pentas pesta ria ke majlis-majlis kahwin sehinggalah ke pentas yang lebih besar iaitu pentas juara kugiran 1982 yang diadakan di dewan Balai Raya Tampoi. Antara kugiran yang bertanding ketika itu ialah Febians, the Win, Cave Inn, d.machinery, the Hygienic, Arab, Blood Stone, Sara, Purple Grass, Black Butterfly, Captain 42, Not Fragile, X-Cos, Blood Sucker, the Searcher dan Laz Zephyr. Dalam pertandingan itu, Febians telah menjadi juara dengan persembahan lagu "PERJALANAN", "HIGHWAY STAR" dan "GYPSY". Ketika itu, Febians diketuai dan dipimpin oleh Aziz bersama anggota yang lain seperti Kemat, Jasmin, Nasha dan Sham.

Kemudian, Febians beralih kepada pentas yang lebih besar lagi iaitu pentas juara-juara rock yang diadakan di Beer Garden Ampang Park, Kuala Lumpur. Kumpulan yang menyertai juara-juara rock ketika itu ialah Febians, May, Scandal, Burnmark dan Metallian. Sewaktu pertandingan itu, barisan anggota Febians dianggotai oleh Aziz, Kemat, Tahar, Nasha, Hana (vokal) dan Sham. Febians menaruhkan lagu Penunggu (Sweet Charity), Blackout (Scorpion), rock 'n' roll (Led Zeppelin) dan Bila Aku Berkuasa (Sweet Charity) lalu menduduki tempat kedua dalam pertandingan itu. Selepas itu, Febians telah menerima tawaran untuk membuat album kompilasi juara-juara rock pada tahun 1986.

Album kompilasi Juara-juara rock 1 1986,ketika album ini febians dianggotai oleh nasha (vokal), maulud (vokal), aziz (gitar utama), yan (gitar kedua), zaini (bes), sham (dram) dan mencipta lagu "PEPERANGAN" dan "CINTA PERTAMA"

Album juara-juara rock 2 1987,febians masih dengan lineup yang same dan mencipta lagu "RODA PENGHIDUPAN" dan "KEHILANGAN"

Album juara-juara rock 3 1988,febians bersama dengan seorang ahli baru iaitu nasha (vokal), aziz (gitar utama), yan (gitar kedua), harun (bes), sham (dram) masih orang yang sama iaitu nasha, aziz, yan, harun dan sham dan cipta lagu "BUKAN UNTUK SELAMANYA" dan "KENANGAN ABADI"

Habis album kompilasi juara-juara rock, febians menerima tawaran dari "ASP RECORD" pada tahun 1989 untuk membuat album sulung yang berjudul "FEBIANS" album ini diterbitkan oleh kesuma booty dan dirakamkan oleh booty boys.lagu yang beserta dalam albun ini adalah PESAN IHKLAS (lagu:nasha & aziz lirik:nasha), UNTUKMU SAYANG (lagu:nasha&febians. Lirik:sham&harun), SATU PENENTUAN (lagu:yan&febians lirik:yan), RENUNGAN MATAMU (lagu:nasha&aziz lirik:nasha), KEINSAFAN (lagu:aziz&febians lirik:aziz), SANDIWARA CINTA (lagu:yan&febians lirik:yan&atan rockers), PERPISAHAN TAMPA RELA (lagu:nasha&febians lirik:nasha), KESETIAAN (lagu:nasha&febians lirik:nasha), HIDUP SATU PERJUANGAN (lagu:nasha&febians lirik:jamil) dan KESEPIAN (lagu:nasha&febians lirik:jamil) ketika album ini febians masih bersama dengan anggota dari album kompilasi juara-juara rock 3 iaitu nasha (vokal), aziz (gitar utama), yan (gitar kedua), harun (bes) dan sham (dram).

Kemudian keluar pula album kedua febians yang berjudul "1001 MALAM" yang masih dibarisi anggota yang sama.album ini memuat lagu seperti 1001 MALAM (lagu:aziz lirik:aziz), RUMIE DAN JULIE (lagu:aziz&nasha lirik:aziz), BAKTERIA (lagu:aziz&nasha lirik:ozon ann), DISEBALIK LANGSIR BIRU (lagu:nasha&aziz lirik:nasha), ROCK 'N' ROLL (lagu:nasha&febians lirik:nasha),DEMI CINTA INI (lagu:nasha&febians lirik:nasha), KEINGINAN (lagu:kesuma booty lirik:juwie), RANJAU HIDUP (lagu:nasha&febians lirik:nasha) dan KEHANCURAN SEBUAH CINTA (lagu:nasha&febians lirik:nasha)

Kemudian keluar pula album ketiga febians yang berjudul "SATU ANTARA SEJUTA".ketika album ini harun sudah menarik diri dari kumpulan febians yang tinggal hanya nasha (vokal), aziz (gitar utama), yan (gitar kedua) dan sham (dram) dan bass pula di isi oleh din.

Album "SATU ANTARA SEJUTA" ini memuatkan lagu seperti PERJALANAN SEGITIGA (lagu:aziz&febians lirik:aziz), BAYANGAN CINTA (lagu:nasha lirik:nasha), PENANTIAN (lagu:aziz lirik:aziz), MASIH (lagu:nasha lirik:nasha), HOBI & TABIAT (lagu:nasha lirik:shila), KESAN (lagu:nasha lirik:nasha), CAHAYA CINTA (lagu:nasha lirik:nasha&bahar), SENJATA ZAMAN (lagu:nasha lirik:nasha), DEMOKRASI SONGSANG (instrumental aziz) dan SATU ANTARA SEJUTA (lagu:nasha lirik:aziz)

Kemudian keluar pula album "LANG BUANA" tapi kali ini febians bersama dengan "EMI RECORD" bersama dua anggota baru iaitu samad (drum) dan seth (bass) yang lama hanya nasha (vocal) dan aziz (guitar).album ini memuatkan RUTIN OH RUTIN (lagu:man keedal&nasha lirik:aris ariwatan), EVA NATASHA (lagu:aziz lirik:nasha), RIBUT KECEWA (lagu:aziz&nasha lirik:bob lokman), RACUN ASMARA (lagu:man keedal&nasha lirik:arab), SANG SIBAR-SIBAR (lagu:aziz&nasha lirik:loloq), LANG BUANA (lagu:aziz&nasha lirik:usop), SEABAD BERLARI (lagu:aziz&nasha lirik:sani sudin), RESAH (lagu:nasha lirik:arab), AWAN DAN KABUS (lagu:man keedal lirik:nasha&arab) dan IRAMA IMPIAN (lagu:aziz lirik:arab&nasha).ini adalah album terakhir febians dan selepas itu tiada sebarang aktiviti melainkan nasha (vokal) & aziz (gitar utama) bergerak sendiri dengan lagu-lagu yang sedia ada,mereka berdua tidak pernah mengumumkan yang febians telah pun berpecah atau pun menutup bukucuma sepi seketikanasha (vokal) telah membina projek khas dan aziz (gitar utama) tetap terus mencipta lagu-lagu baru untuk febians akan datang.

setelah sekian lama febians menyepi pada awal 2018 nasha (vokal), aziz (gitar utama), yan (gitar kedua) dan sham (dram) kesemua mereka telah menerima panggilan dari lan metallian yang berhasrat untuk mengembalikan sejarah juara-juara rock untuk peminat-peminat yang dahagakan lagu-lagu mereka.pihak pengurusan, penganjur dan juga pihak penaja ingin anggota "ASAL SAHAJA" yang boleh terbabit dalam acara ini.maka 8 februari 2018 yang lalu berlangsunglah sidang media "JUARA -JUARA ROCK SELEPAS 3 DEKAD" bertempat di "THE HOUSE G-TOWER" kuala lumpur.

nasha (vokal), aziz (gitar utama) dan yan (gitar kedua) bersetuju untuk kembali demi peminat yang merindui lagu-lagu febians dengan suara yang asal.harun tidak dapat serta atas dasar kesihatan dan juga pendiriannya yang lebih kearah keagamaan. sham (dram) juga setuju tapi bersyarat, sham (dram) mahukan adiknya dan group barunya sertai sekali dalam acara itu.sedangkan pihak penganjur dan penaja mahukan yang "ORIGINAL LINE UP SAHAJA" nasha (vokal), aziz (gitar utama) dan yan (gitar kedua) tidak bersetuju dengan sham,sebab ini permintaan penganjur dan penaja.nasha (vokal), aziz (gitar utama) dan yan (gitar kedua) terpaksa menangguh urusan drum sebab sham (drum) dengan pendiriannya.beralih kepada pemain bass. nasha (vokal), aziz (gitar utama) dan yan (gitar kedua) bersepakat untuk memanggil din (bass). din (bes) pernah bersama seketika waktu album "SATU ANTARA SEJUTA" lagu "PENANTIAN" adalah sentuhan bes dari beliau.

din (bass) juga bersetuju untuk menjayakan acara ini,maka bersatulah "ANGGOTA ASAL" ini untuk menjayakan showcase "JUARA-JUARA ROCK SELEPAS 3 DEKAD" pada 8 April 2018 ini bertempat di "THE HOUSE G-TOWER" kuala lumpur,tiket bermula dari harga RM98 - RM338.boleh like dan follow page "JJR SELEPAS 3 DEKAD" di facebook

febians yang terdiri dari nasha (vokal), aziz (gitar utama), yan (gitar kedua) dan din (bes) bakal beraksi kembali disatu pentas setelah sekian lama. sham (dram) tetap dengan pendirianya maka nasha (vokal), aziz (guitar utama),yan (guitar kedua) dan din (bes) terpaksa mencari drammer untuk mengisi posisi dram. febians masih ada samad (dram) dalam album "LANG BUANA" berkemungkinan besar samad bakal mengisi posisi drum. NANTIKAN!!!

Ahli-ahli sunting

  1. Nasha - Penyanyi
  2. Aziz - Pemain gitar
  3. Yan - Pemain gitar
  4. Din - Pemain bes
  5. Sham - Pemain dram

Diskografi sunting

Album studio

Pautan luar sunting