De Fam merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia, yang ditubuhkan pada 2015. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

De Fam
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, Rap, Hip-hop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
AhliSophia Liana
Cik Manggis
Azira Shafinaz

Mereka merupakan antara kumpulan wanita yang popular di Malaysia pada masa kini, meneruskan legasi yang pernah diwarnai oleh kumpulan ikonik seperti Feminin, Elite dan Freshies.[1] Dikenali kerana menggabungkan tarian dan vokal dalam muzik mereka, De Fam meraih kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "#Supergirls", sekaligus menaikkan nama De Fam sebagai kumpulan wanita yang berjaya di Malaysia.[2][3]

Kerjaya sunting

Sebelum bergelar penyanyi, De Fam merupakan penari bersama Funky Fresh Family. Mereka pernah menjadi penari latar untuk beberapa artis terkenal tanah air seperti Dato’Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Stacy, Altimet dan SonaOne.

Mereka juga pernah terlibat secara langsung dalam penghasilan lirik video lagu popular nyanyian Caprice – Xde Hal Bro dan Jangan Kasi Muka.

Pada tahun 2014, De Fam telah memuat naik video lagu saduran mereka yang pertama, "Black Widow" (penyanyi asal Iggy Azalea dan Rita Ora) yang berjaya mencapai ½ juta tontonan di Facebook dan 100 ribu tontonan di YouTube dalam tempoh satu minggu.

Menerusi lagu “Black Widow”, De Fam berjaya menarik perhatian Adib Khalid yang juga anak tiri kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza bagi menyunting mereka sebagai artis di bawah naungan syarikatnya, Tune Studios.

Pada tahun 2015, De Fam akhirnya mengeluarkan single pertama mereka berjudul "#Supergirls" dan berjaya mencapai 2 juta tontonan selepas 3 bulan dilancarkan. 

Pada April 2021, Azira yang merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam menyatakan bahawa De Fam sekarang sibuk dengan aktiviti solo masing - masing dan akan kembali semula secara berkumpulan dengan lagu terbaru pada masa akan datang. [4]

Ahli kumpulan sunting

Semua ahli kumpulan De Fam berasal dari Kuala Lumpur kecuali Sophia Liana yang berasal dari Ipoh.

Diskografi sunting

Single sunting

Sebagai artis utama sunting

Tahun Tajuk Durasi Catatan
2015 "#Supergirls" 4:14
"With You" (menampilkan Brandon Beal) 4:30
2017 "Bila Ada Kamu" (menampilkan Alif & Aman RA) 3:45 "With You" versi remix Bahasa Melayu
2019 "Panas" 3:17
2022 "Berubah" 3:10
2024 "Mula" 3:00
"Alamak Raya Lagi!" 2:47

Lagu cover sunting

Tahun Tajuk Penyanyi Asal Catatan
2014 "Black Widow" Iggy Azalea featuring Rita Ora
2015 "I'm Not The Only One" Sam Smith
"KL Love" Fergie Tajuk asal: "LA Love"
2016 "How Deep Is Your Love" Calvin Harris & Disciples
"You Know You Like It (DJ Turn It Up / BBHMM Mash Up)" DJ Snake & AlunaGeorge (You Know You Like It)
Yellow Claw (DJ Turn It Up)
Rihanna (BBHMM)
"Don't Let Me Down" The Chainsmokers featuring Daya
2018 "Selamat Hari Raya" Saloma


Videografi sunting

Sebagai artis utama sunting

Tahun Tajuk Durasi Pengarah
2015 "#Supergirls" 4:14 Kelvin Anthony
"With You" (feat. Brandon Beal) 4:30 Edmund Anand
2017 "Bila Ada Kamu" (feat. Alif & Aman RA) 3:45
2019 "Panas" 3:17 Hasif Hamid
2022 "Berubah" 3:10

Sebagai Penari sunting

Tahun Tajuk Penyanyi Durasi Catatan
2014 "100% Cintaku" Mas Idayu feat. Juzzthin & W.A.R.I.S 4:49 Sophia & Azira
"Gilalah" Stacy 3:45 Sophia, Azira & Manggis
2015 "#AwakKatMane"

(Exclusive Malaysia Release)

Taufik Batisah 2:53 Sophia & Azira
2018 "Girl" Dafi 3:42 Manggis

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Ahli Catatan
2015 Eksperimen Cinta Amelisha TV3 Cik Manggis Slot Dahlia
B.I.B Ezzaura Hypp TV
Dalam Pelukan Ramadhan Astro Ria telefilem
Mimpi Mira Mira
-
Azira Shafinaz @ Official Nanowhite : Web Series
Stella Tasya TV9 Slot Aurora
2016 Married Tapi Benci Rina TV3 Slot Lestary dan berlakon bersama Syafiq Kyle
Mr. Donat Karamel Anggun Qairah (Azira)

Murni (Sophia)

Azira Shafinaz & Sophia Liana berlakon bersama Hafidz Roshdi
Jejak Karmila Aniza Cik Manggis
2017 Nur 3 Pagi Nur Jannah Azira Shafinaz telefilem
Syawal yang Kuinginkan Hani
Kisah Dari Mekah (Pintu No.9) Wani Astro Oasis Cik Manggis
Kisah Dari Mekah (Kotorkah Taubatku) Sara
Kisah Dari Mekah (Jemputan Umrah oleh Izrail) Mila
Saka Sisters Suri Astro Warna
2018 Simpang Sejenak Manis TV3 Azira Shafinaz telefilem DFKL
Doa Ku Mohon Puan Karmila
Vila Ghazara Ariana (Azira)

Mastura (Manggis)

Hani (Sophia)

Azira Shafinaz

Cik Manggis

Sophia Liana

Belum ditayangkan
Papa Nak Menantu Fatimah/Tim Cik Manggis Slot Dahlia
Pengantin Musim Salju Nana Astro Ria
Din Sardin Beraya Riana TV3 Azira Shafinaz
Alamatnya Cinta Emma Harith Astro Ria Cik Manggis
Seribu Rindu Maisara TV3 Azira Shafinaz

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Ahli Catatan
2015 Super Spontan All Stars Artis Jemputan Astro Warna Semua Final
2016 Dangdut Star Pengacara Astro Maya HD (Astro NJOI 135) mengacara bersama Tauke Raja Lawak.
Bonda Bonding Artis Jemputan Astro Prima & Astro Maya HD Azira Shafinaz & Cik Manggis
Meletop Raya Astro Ria
Motif Viral
2017 Bas Ria Astro Ria Semua
Motif Viral
2018 Gara Gara Nurul & Shahril Suria Azira Shafinaz & Sophia Liana Singapura
Break and Burn Astro Bella Semua
Kata Serasi NTV7
Drop The Beat Peserta (Azira Shafinaz)

Artis Jemputan (Sophia Liana & Cik Manggis)

Sophia Liana & Cik Manggis sebagai artis jemputan Azira Shafinaz bagi membantunya di final
Opera Zero Astro Warna
1,2 Bakar Raya TV3
Feel Good Show NTV7 Topik: Perbezaan Raya Sebelum Kawin daan Selepas Kawin
Pop TV Raya Azira sebagai pengacara, Sophia dan Manggis sebagai artis jemputan
I Can See Your Voice Malaysia Artis jemputan
Family Showdown
2019 Anugerah Juara Lagu Finalis TV3 Menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga
Muzik - Muzik
Trek Selebriti Astro Ria

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Industri Muzik (AIM)
Tahun Kategori Karya Keputusan
2016 Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu #Supergirls Menang
Malaysia English Top 10 Awards

(MET 10)

Tahun Kategori Keputusan
2016 Song of The Year Menang
Best Breakthrough Artist
Anugerah Meletop Era (AME 2016)
Tahun Kategori Keputusan
2016 Grup/Duo MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun Kategori Keputusan
2016 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ De Fam Kembalikan Legasi Penyanyi Wanita Berkumpulan
  2. ^ "De Fam impi Spice Girl Asia.
    OLEH AMIRAH AMALY SYAFAAT AMIRAH.AMALY@UTUSAN"
    . Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-04. Dicapai pada 2015-11-16.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 2016-05-05.
  4. ^ De Fam jarang keluar lagu, ini penjelasan Azira Shafinaz. astroawani.
  5. ^ Berkenalan dengan Azira Shafinaz heroin Dalam Drama Mr Donat Karamel. EncikShino

Pautan luar sunting