Dendang Perindu (kumpulan muzik)

(Dilencongkan dari Kumpulan Dendang Perindu)

Kumpulan Dendang Perindu merupakan sebuah kugiran yang aktif pada era 1960-an. Ia pernah merakamkan lagu pada piring hitam dengan penyanyi utamanya Ahmad Jais.[1]

Dendang Perindu
Tina-EGEP-681.jpg
Kulit piring hitam rakaman kumpulan Dendang Perindu bersama Kartina Dahari.
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPemuzik
Tahun aktif1960-an
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Pada ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Diantara kumpulan yang pernah diiringi oleh Dendang Perindu adalah Ahmad Jais, dan penyanyi lain di bawah naungan EMI seperti Rafeah Buang, Sanisah Huri, Kartina Dahari, S. Latifah dan M. Bakri (untuk album terakhir arwah).


RujukanSunting

Pautan luarSunting