Dragon Red

(Dilencongkan dari Kumpulan Dragon Red)

Dragon Red merupakan sebuah kumpulan rap rock Malaysia yang ditubuhkan pada 2001. Chandrakumar Balakrishnan (Landslyde) menubuhkan kumpulan ini selepas beliau meninggalkan Poetic Ammo.[1][2][3] Sepanjang bergiat aktif dalam industri muzik selama 10 tahun, kumpulan ini telah mengeluarkan sebanyak puluhan single serta telah menerbitkan 2 album studio.

Dragon Red
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreHip hop, rock, rap rock, nu metal
Tahun aktif2001–2011
Syarikat rakaman
Fat Boys Records
Bekas ahli

Sejarah sunting

Dragon Red diasaskan pada penghujung 2001 oleh Landslyde selepas beliau meninggalkan Poetic Ammo bersama pemain gitar Amil Khan dan vokalis Adam Lobo. Pemain dram, Manshaan Singh dan pemain meja pusing, Nas-T kemudian melengkapkan barisan ahli kumpulan ini. Nama kumpulan ini dipilih kerana mengikut kitab Cina, naga melambangkan kekuatan dan keberanian dan warna merah melambangkan kuasa dan semangat yang merupakan elemen yang diperlukan untuk berjaya dalam industri muzik tempatan. Logo kumpulan ini diperolehi daripada ukiran naga laut Bali.[4]

Kumpulan itu mula bergiat aktif dalam arena bawah tanah dan komersial yang mana mereka beraksi di beberapa gig berprofil tinggi termasuk jelajah Asia X-Games serta ESPNSTAR KL XTOUR dan Peter Stuyvesant Breakaway Party.[5] Pada lewat 2003, mereka bersama Nick Lee dari Sonique Productions telah mengeluarkan single pertama kumpulan ini yang terdiri daripada lagu "Fade Away" dan "Terpedaya". Album sulung mereka, Holocaust dikeluarkan pada Disember 2005 dengan beberapa lagu lain yang dikeluarkan sebagai single termasuk "Child's Play" dan "Holocaust".[6] Lagu "Kehendak Naluri" yang dimuatkan dalam Holocaust, dipilih sebagai runut bunyi filem Impak Maksima (2007) arahan Ahmad Idham.

Pada tahun 2008, mereka menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem KAMI The Movie yang bertajuk "K.A.M.I (Kerana Aku Masih Ingat)". Nas-T bagaimanapun, meninggalkan Dragon Red untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan dan DJ. Pada tahun 2010, kumpulan ini muncul dengan album kedua, Resureksi dengan lagu "Dimanakah Rindu" dan "No Turning Back" dikeluarkan sebagai single utama.[7] Ahli kumpulan itu mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Vokalis kumpulan ini, Adam Lobo berkhidmat di Rocketfuel Entertainment.

Ahli kumpulan sunting

  • Landslyde (vokal)
  • Adam Lobo (vokal)[8][9]
  • Amil Khan (gitar)
  • Brandon Gomez (gitar)
  • Camero (gitar bes)
  • Man Shaan (dram)
  • Nas-T (turntable)

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Holocaust
Resureksi
  • Dikeluarkan: November 2010
  • Label: Fat Boys Records
  • Format: CD, muat turun digital

Single sunting

Tajuk Tahun
"Fade Away" 2003
"Terpedaya" 2004
"Child's Play" 2005
"Rudolf Red"
"Holocaust" 2006
"Kehendak Naluri" 2007
"Wicked Queen" 2008
"K.A.M.I (Kerana Aku Masih Ingat)"
"Dimanakah Rindu" 2009
"No Turning Back" 2010

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2007 Anugerah Industri Muzik ke-14 Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik Dragon Red Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Haniff Nidzam (3 Oktober 2003). "Dragon Red breathes hot music" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  2. ^ Adlin Rosli (13 November 2005). "Dragon Red unleashed" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  3. ^ Subhadra Devan (17 November 2010). "Dragon Red burns bright" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  4. ^ "Panglobal rocks! with Dragon Red" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 4 Oktober 2004. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  5. ^ Hezeri Samsuri (7 Mac 2004). "Dragon Red love the X-stuff" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  6. ^ Adlin Rosli (18 Disember 2005). "Holocaust unleashed" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  7. ^ Grace Chen (19 September 2010). "Riding high with Dragon Red" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  8. ^ Zeeneeshri Ramadass (22 Mei 2005). "Adam a-Fire" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 17 Disember 2020.
  9. ^ Anita Anandarajah (5 Jun 2005). "10 things you didn't know... Adam Lobo" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 17 Disember 2020.

Pautan luar sunting