Buka menu utama

Kumpulan Ekamatra merupakan salah sebuah kumpulan rock yang berasal dari Johor dan mula ditubuhkan pada tahun 1986. Kumpulan ini pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga awal dekad 90-an dan mereka menyampaikan lagu-lagu rock Melayu yang kebanyakannya berirama rock leleh.[3]

Ekamatra
Ekamatra1.jpg
Kumpulan Ekamatra
Depan : Pacai dan Rahmat
Belakang (dari kiri) : Rashib, Eddie, Nurul dan Shahrul
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Diamond Head
Berasal dariKota Tinggi, Johor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock , Balada
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1989-1992, 2004
Syarikat rakaman
1989 - 1990 : EMI
Kegiatan berkaitan
M. Nasir, Rahmat (Ekamatra)
Bekas ahliRahmat - vokal
Shahrul - gitar utama
Nurul - gitar kedua
Eddie - keyboard
Pacai - bass
Rashib - dram[1]
Halim - vokal[2]

SejarahSunting

Kumpulan Ekamatra telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh 6 orang anak muda yang tinggal di daerah Kota Tinggi, Johor. Ketika itu, Diamond Head digunapakai sebagai nama asal kumpulan tersebut di mana Shahrul (gitar utama), Nurul (gitar kedua), Eddie (keyboard) dan Pacai (bass) masih belajar di sekolah menengah lagi. Sementara itu, dua lagi anggotanya iaitu Rahmat (vokal) dan Rashib (dram) pula sudah berumur dalam lingkungan 20-an pada ketika itu.

Atas inisiatif daripada Cikgu Salilholdin, mereka kemudiannya disatukan untuk membentuk sebuah kugiran yang aktif membuat persembahan di daerah Kota Tinggi. Pada awalnya, mereka hanya bergiat aktif secara kecil-kecilan sahaja di majlis perkahwinan, di konsert mini dan di sekolah.

Tidak lama selepas itu, mereka menyertai dua pertandingan rock yang dianjurkan di Johor iaitu Juara Rock Johor Tengah & Juara Rock Johor, setiap satunya diadakan pada tahun 1986 & 1988. Berbekalkan bakat dan kemahiran yang ada, mereka kemudiannya dinobatkan sebagai juara dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Sebagai juara pertandingan Juara Rock Johor, mereka telah mendapat hadiah yang lumayan dan antaranya ialah kontrak rakaman daripada salah satu syarikat rakaman antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia iaitu EMI.

Namun disebabkan kebanyakan anggotanya masih bersekolah lagi, proses rakaman album pertama memakan masa selama hampir 2 tahun. Dalam tempoh tersebut, Shahrul kerap berulang-alik ke Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu dengan ditemani bapanya untuk menyiapkan rakaman lagu-lagu yang bakal dimasukkan ke dalam album pertama mereka. Pada masa yang sama, Cikgu Salilholdin telah menukar nama kumpulan kepada Ekamatra yang berasal dari dua perkataan Sanskrit iaitu Eka yang bermaksud satu dan Matra yang bermaksud dimensi, perjalanan atau tekanan. Dengan penggunaan Ekamatra sebagai nama baharu, maka terhasillah album pertama berjudul Satu Tekanan Irama yang dikeluarkan pada tahun 1989.

 
Anggota asal Ekamatra

Anggota kumpulanSunting

Anggota Ekamatra terdiri daripada 6 orang anak muda yang kesemuanya berasal dari Kota Tinggi, Johor iaitu :

  1. Engku Rahmat bin Engku Ismail (Rahmat) - vokal[4]
  2. Md Shahrulhadi bin Salilhaldin@Salilholdin (Shahrul) - gitar utama
  3. Md Nurulazman bin Salilhaldin@Salilholdin (Nurul) - gitar kedua
  4. Eddie bin Ahmad (Eddie) - keyboard
  5. Dr. Syed Ahmad Faizal bin Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) - bass
  6. Mohd Rashib bin Ibrahim (Rashib, Acid, Atan) - dram

DiskografiSunting

Tahun Tajuk Jualan
1989 Satu Tekanan Irama
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 1989
  • Label: EMI
Melebihi 150,000 unit

Album kompilasiSunting

  • Memori Hit Rahmat & Ekamatra - 1989-1995 (2009)
  • Lagenda Hit Rahmat & Ekamatra (2010)
  • Memori Hit 3 Kumpulan Pop Rock Terhebat - Ekamatra, Lestari, Screen (2009)

Anugerah dan pencapaianSunting

Album Satu Tekanan Irama telah terjual melebihi 150,000 unit iaitu satu pencapaian yang cukup baik bagi sebuah kumpulan rock baru pada waktu itu. Kejayaan ini melayakkan Ekamatra menerima anugerah cakera platinum berkembar tiga.

Kejayaan tertinggi Ekamatra dalam dunia muzik ialah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1990 dengan dua buah lagu iaitu Sentuhan Kecundang dan Pusara Di Lebuhraya. Bagaimanapun, rezeki kemenangan tidak berpihak kepada kedua-dua lagu tersebut.

Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1990 yang berlangsung pada awal tahun 1991 telah menyenaraikan Ekamatra sebagai salah satu finalis Top 5 kategori Penyanyi Berkumpulan Popular. Kategori tersebut dimenangi oleh kumpulan Iklim.

TriviaSunting

  • Setelah hampir 29 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, Ekamatra sepatutnya berbangga kerana kesemua ahlinya kini merupakan pemuzik-pemuzik handalan baik dari penyanyinya sehinggalah ke pemain dramnya. Mereka sering mendapat undangan dari beberapa artis dalam mengiringi satu-satu persembahan.
  • Pemain gitar kumpulan Ekamatra, Shahrul dan Nurul adalah adik-beradik. Ini menjadikan Ekamatra salah satu daripada tiga kumpulan rock 80-an di Malaysia yang mempunyai gitaris adik-beradik selain Search (Kid dan Din) & Mega (Adie dan Sam).
  • Shahrul dan Nurul juga merupakan anak kepada pasangan berdarah seni yang sama-sama menganggotai kumpulan muzik 60-an, De' Fictions iaitu Salilholdin atau S. Dina (gitar utama) dan A. Nandong (vokalis).
  • Salilholdin yang juga seorang guru, merupakan orang yang banyak berjasa dalam kumpulan ini di mana beliau sendiri telah memberi nama Ekamatra untuk menggantikan nama asal iaitu Diamond Head. Beliau jugalah yang memperkenalkan Ekamatra ke dunia muzik selain menjadi pengurus kumpulan ini.
  • Shahrul, Nurul dan Pacai telah membentuk kumpulan yang dinamakan Eka dan menghasilkan sebuah album berjudul Kelahiran pada tahun 1992. Bagaimanapun, kumpulan ini juga tidak dapat bertahan lama dan akhirnya kesemua mereka membawa haluan masing-masing.
  • Eddie dan Rashib kemudiannya menubuhkan kumpulan yang dinamakan Kemala yang bernaung di bawah syarikat IzP dan menghasilkan sebuah album berjudul Kemala selepas Ekamatra berpecah. Sepertimana Eka, kumpulan ini juga tidak dapat bertahan lama dan akhirnya kesemua mereka membawa haluan masing-masing.
  • Rahmat telah menubuhkan kumpulan muzik baharu yang diberi nama RAHMAT pada tahun 1991. Lagu hitsnya, Rajuk dan Menanti Kasih Di Hujung Hari telah melonjakkan nama Rahmat di persada muzik tempatan setelah meninggalkan Ekamatra. Malangnya, kumpulan ini terpaksa dibubarkan selepas album yang berjudul RAHMAT dikeluarkan dan beliau kemudiannya meneruskan kerjaya secara solo. Kini, nama beliau terpahat sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik Malaysia dalam genre balada dan pop rock.
  • Shahrul, Eddie dan Pacai juga meneruskan karier dalam bidang muzik. Mereka kini merupakan antara pemuzik handalan yang berpengalaman serta seringkali menjadi pilihan penyanyi-penyanyi ternama untuk mengiringi persembahan pentas. Mereka juga kerap menjadi sessionist dan juga penggubah lagu.
  • Shahrul pernah menghasilkan sebuah album solo gitar bertajuk Transfigurasi pada tahun 1995. Beliau juga kerap mengendalikan kelas-kelas untuk peminat yang ingin mempelajari teknik bermain gitar.
  • Selepas Kemala berpecah, Eddie kemudiannya menganggotai kumpulan pop rock terkenal Malaysia, Slam dalam album studio kedua mereka yang berjudul Kesan Terbukti pada tahun 1994. Hal ini disebabkan Shah menyedari bahawa lagu-lagu Slam memerlukan penggunaan keyboard dan beliau ditugaskan sebagai pemuzik undangan pada ketika itu. Selepas kejayaan album tersebut, barulah Eddie diserap sebagai anggota tetap Slam.
  • Eddie juga merupakan salah seorang sessionist tetap bersama 2 orang bekas anggota kumpulan Bloodshed, Opie & Rawita yang membantu kumpulan Fotograf dalam penghasilan lagu-lagu mereka bermula dari album ketiga pada tahun 1994. Ini disebabkan Fotograf hanya tinggal 3 orang anggota sahaja iaitu Shamrin (vokal), Almi (gitar) & Ringgo (dram) berikutan krisis dalaman yang menyebabkan dua anggotanya iaitu Shahrul@Abul (gitar utama) & Said (bass) meninggalkan kumpulan tersebut.
  • Pacai kini antara komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair. Beliau juga kerap diberi tugas menggarap album runut bunyi untuk filem-filem tempatan.
  • Acid kini banyak menerima undangan untuk memberi ceramah agama dengan menggunakan nama Rashib Rasta dan sering menceritakan pengalamannnya ketika bersama kumpulan Ekamatra. Selain itu, beliau juga kerap mengadakan busking di sekitar Kuala Lumpur.
  • Ketika Ekamatra mara ke pertandingan akhir Juara Lagu '90, Rahmat tidak bersama mereka untuk membuat persembahan pada malam itu. Tempat Rahmat kemudiannya digalas oleh Halim yang merupakan adik kepada Ayai, vokalis kumpulan Ilussi. Halim dibawa khas dari Johor Bahru ketika anugerah tersebut bakal berlangsung sehari sahaja lagi.

RujukanSunting

Pautan luarSunting