Kumpulan Gembala

Kumpulan Gembala (Bahasa Inggeris: Herding Group) ialah nama sebuah kumpulan baka anjing, digunakan oleh kelab kenel untuk mengelaskan koleksi tertakrif baka anjing. Kumpulan ini tidak merujuk sebarang jenis anjing tertentu. Cara Kumpulan Gembala ditakrifkan berubah-ubah dalam kelab kenel berlainan, dan kelab kenel berlainan mungkin tidak menyertakan baka sama dalam Kumpulan Gembala mereka. Sesetengah kelab kenel tidak menggunakan istilah Kumpulan Gembala. Persatuan kelab kenel antarabangsa, Persekutuan Kinologi Antarabangsa, tidak mempunyai sebuah Kumpulan Gembala, dan menyertakan kebanyakan anjing pastoral dalam Kumpulan 1 Anjing Biri-biri dan Anjing Lembu (kecuali Anjing Lembu Switzerland) dan Kumpulan 2 Pincer dan Schnauzer - Baka Molossoid - Anjing Gunung Switzerland.[1]

Baka Kumpulan GembalaSunting

American Kennel ClubSunting

Kumpulan Gembala American Kennel Club, dicipta pada 1983, ialah pengelasan AKC terbaharu. Kumpulan ini terdiri daripada anjing gembala dan anjing penjaga haiwan ternakan yang dahulu merupakan anggota Kumpulan Pekerja.

Anjing dalam Kumpulan Gembala American Kennel Club ialah:[2]

Anjing Brie Anjing Beauce Buhund Norway
Collie Collie Berjanggut Collie Sempadan
Corgi Wales Cardigan Corgi Wales Pembroke Anjing Gembala Australia
Anjing Gembala Belgium Anjing Gembala Iceland Anjing Gembala Inggeris Lama
Anjing Gembala Jerman Anjing Gembala Pyrénées Anjing Gembala Shetland
Anjing Gembala Sweden Anjing Gembala Tanah Pamah Poland Anjing Gunung Entlebuch
Anjing Kanaan Anjing Lap Finland Anjing Lembu Australia
Anjing Lembu Flandre Anjing Malines Belgium Puli
Anjing Tervueren Belgium

Lihat jugaSunting

RujukanSunting