Iklim (kumpulan)
Kumpulan Iklim merupakan sebuah kumpulan Rock menjadi fenomena yang bermula pada tahun 1985; terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia pada sekitar tahun 90'an. Iklim terbentuk secara rasmi pada tahun 1990 dan menyanyikan lagu-lagu Melayu bergenre Rock dan Slow Rock. Iklim menjadi siulan zaman itu kerana popular dengan lagu “ Suci Dalam Debu “. Hingga kini lagu iklim sentiasa putar dicorong radio.
Iklim | |
---|---|
Berasal dari | Terengganu, Malaysia |
Genre | Blues, Rock, Hard rock, Heavy metal, Glam metal, Pop rock, Rock kapak |
Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik / Penggubah lagu |
Instrumen | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 1985-1998 2003-2005 2014-kini |
Syarikat rakaman | Suara Cipta Sempurna (1990 - 1994) Warner Music Malaysia (1994-1999) Nova Music (2003-2004) GP Records Indonesia |
Ahli | Azmani - vokal Umarul - gitar utama Mohalim - bass Huzali - keyboard/gitar kedua Kama - Dram |
Bekas ahli | Saleem - vokal (meninggal dunia) Khir Rahman - vokal |
Lagu hits adalah Suci Dalam Debu, Bukan Aku Tak Cinta, Mimpi Yang Pulang, Hakikat Sebuah Cinta dan Seribu Kali Sayang. Album Suci Dalam Debu terjual 1,000,000 unit di Indonesia,[perlu rujukan] dan mengangkat nama iklim sebagai kumpulan terkenal dan berjaya di negara jiran tetangga tersebut sehingga kini.
Sejarah
suntingKumpulan Iklim bermula daripada gabungan dua kumpulan dari Pantai Timur Tanah Air (Kumpuln The Kids & Kumpulan Midnight) apabila Mohalim, Fadil, Kama dan Umarul dengan ketiadaan penyanyi tetap,dengan izin Tuhan telah mendapat seorang penyanyi dengan suara yang mantap ia itu A. M. Salim Abdul Majeed di Kg Setiu pada tahun 1985 yang mana semuanya berasal dari empat anak muda Terengganu. Kumpulan Iklim telah pun mendapat pelawaan sebagai artis dari sebuah syarikat rakaman ketika itu, untuk memantapkan lagi muzik Iklim telah menambah seorang lagi pemuzik ia itu Huzali berperanan sebagai pemain keyboard. Apabila siap demo tiga lagu Kumpulan Iklim terus menjaja demo setiap syarikat rakaman pada tahun 1988. Penubuhan kumpulan tersebut adalah menyahut seruan kerajaan setiap nama Kumpulan muzik dikehendaki dalam bahasa Malaysia, pada asalnya nama kumpulan Khatulistiwa, oleh kerana nama itu sudah pun digunapakai, jadi terpaksa dibubarkan dan mencadangkan nama lain sebagai ganti, maka lahirlah nama kumpulan Iklim adalah sempena muzik Iklim berbagai corak dimainkan sama ada panas, sejuk, gelora, tenang dan sebagainya dalam muzik sama lah cuaca dunia. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial / kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.
Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah:
- Suci Dalam Debu[1]
- Hakikat Sebuah Cinta
- Satu Kesan Abadi
- Sandiwara Cinta Semusim [2]
- Amarah Bujang Kota [3]
- Seribu Penghargaan[4]
Namun lagu Suci Dalam Debu begitu gah ketika itu sehinggakan populariti kumpulan IKLIM naik mendadak secara tiba-tiba, melalui single Suci Dalam Debu juga IKLIM telah dinobatkan beberapa anugerah menerusi Industri Muzik Malaysia & Indonesia pada sekitar tahun 1990, 1991 & 1992. Antara anugerah yang diperolehi ialah:
- Anugerah Seri Angkasa RTM 1990 - IKLIM
- Anugerah Bintang Popular 1990 - IKLIM
- Juara Lagu 1990 Suci Dalam Debu Tempat ke-2
- Lirik Terbaik , Persembahan Terbaik Tempat 3
- Pujaan 10 Radio Satu RTM
- NESCAFE 1990 - Suci Dalam Debu, 10 Minggu Berada Di Tangga Pertama Dalam Carta Radio Pujaan 10 Nescafe
Lagu Suci Dalam Debu telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanah air dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu , Suci Dalam Debu juga telah memecah rekod Jay Jay & CAFERE menerusi Single mereka Rindu Bayangan yang paling lama pernah bertahan di tangga Pertama selama 6 minggu di carta Radio Pujaan 10 Nescafe . Lagu Suci Dalam Debu juga berjaya menambat hati peminat di tanah air dan juga di Indonesia, ini kerana hasil sentuhan alunan irama lagu oleh Fadhil pada masa itu dan mempunyai Roh yang tersendiri yang membuatkan lagu ini meletup naik. Hasil sentuhan gitar oleh Fadhil juga berjaya memukau peminat IKLIM menerusi intro Suci Dalam Debu. Pada tahun 1991 Fenomena IKLIM bersama Suci Dalam Debu Dianuggerahkan pula menerusi Anugerah Triple Platinum 1991 Di Malaysia - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit , IKLIM juga telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci Dalam Debu" di bawah arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991 yang dibintangi oleh Julia Rais , Sidi Oraza , Imuda , Khairil Anwar & pelakon pelakon Veteran Iaitu Aziz Sattar , Aziz Singah , Mak Mah & Affida Es. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem ini kurang menonjol dan boleh di pertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal hingga akhir filem Suci Dalam Debu . Fenomena Suci Dalam Debu terus berlarutan hingga tahun berikutnya iaitu pada tahun 1992 Iklim dinobatkan menerusi dua anugerah dari Indonesia iaitu Anugerah HDX Awards Indonesian MUSIC INDUSTRY menerusi Suci Dalam Debu - Lagu Terbaik 1992 & Album Suci Dalam Debu menerusi Jualan Terbaik pada 1992 iaitu 1 Juta Unit
Setelah itu, Populariti IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90-an hingga sekarang adalah seperti berikut:
- Gerhana Cinta Luka
- Blues Terengganu Kita
- Bukan Aku Tak Cinta
- Di Pintu Mahligai
- Sheila
- Bukan Niatku
artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.
Sejarah Ahli-ahli
suntingPada asal penubuhannya , Kumpulan IKLIM dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Mereka terdiri daripada A.M Saleem Abdul Majid, Umarul Mahdzar, Mohd Salim, Kamaruddin & Fadhil Suhaimi. Namun perpecahan berlaku apabila pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung kerana perselisihan faham antara Saleem. Namun begitu Fadhil Suhaimi tetap di hati IKLIM kerana beliau adalah pengasas Kumpulan Iklim, dan banyak idea fikiran untuk IKLIM diberikan beliau. Jasa-jasa Fadhil Suhaimi juga membuatkan nama IKLIM meletup naik dan digemari oleh peminat dari seluruh pelusuk tanah air. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain papan nada, Huzali Ali memandangkan instrumen papan nada banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990). Fadhil suhaimi juga banyak membantu semasa rakaman album IKLIM walaupun beliau sudah menarik diri dari Kumpulan IKLIM. Pada masa yang sama juga Fadhil pernah dipelawa untuk meanggotai kumpulan CROMOK tetapi beliau menolak pelawaan tersebut kerana ingin fokuskan kerjanya dan kumpulan IKLIM. Berikut adalah senarai ahli anggota IKLIM dari 1988 - 2020 (termasuk selepas kematian Saleem):
1985 - 1990
- A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis [5]
- Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
- Mohd Salim (Mohalim)- gitar bass
- Fadhil Suhaimi (Fadhil)- gitar kedua
- Kamaruddin (Kama)- drum
1990 - 1994, 2015 - 2018
- A.M Saleem Abdul Majid (Saleem)- Vokalis
- Umarul Mahdzar (Umarul)- gitar elektrik & akustik
- Mohd Salim (Mohalim)- Gitar bass
- Kamaruddin (Kama)- drum
- Huzali Ali (Huzali)- papan nada
1994 - 1996
- Saleem - Vokal
- Mohalim - Gitar bass
- Kama - Drum
- Huzali - Papan nada
1996 - 1997
- Mohalim - Gitar bass
- Kama - Drum
- Huzali - Papan nada
- Azmani - Vokalis undangan
1997 (bergabung khas untuk album Dirgahayu)
- Saleem- Vokalis
- Mohalim- Gitar bass
- Kama- Drum
- Huzali- Papan nada
1998 - 1999
- Mohalim- Gitar bass
- Kama- Drum
- Huzali- Papan nada
- Khir- Vokal
- Zaini- Gitar
2003 - 2004 (reunion Iklim)
- Saleem - Vokal
- Umarul - Gitar utama
- Mohalim - Gitar bass
- Kama - Drum
- Huzali - Papan nada
2007 - Iklim & Frenz - Nuansa '07
- Umarul - Gitar utama
- Mohalim - Gitar bass
- Kama - Drum
- Huzali - Papan nada
- Vokalis undangan -
- Faizal (AF)
- Aris Ariwatan
- J. Yantzen
- Mus (May)
- Joey (BPR)
2007 - 2015
- Umarul - gitar
- Mohalim - bass
- Kama - drum
- Huzali - papan nada
Pada awal tahun 2015 Iklim mengumumkan reunion.
2020 - kini
- Azmani - Vokal
- Umarul - Gitar
- mohalim - bass
- kama - Drum
- huzali - Papan Nada
Garis Masa
suntingDiskografi
suntingAlbum studio
- Satu Kesan Abadi (1990)
- Bulan Jatuh Ke Riba (1991)
- Budi (1992)
- Iklim (1994)
- Bukan Niatku (1995)
- Salam Perpisahan (1996)
- Pergimu Satu Tanda (1998)
- Bunga Emas (2003)
Single
- Mawar Kasturi (2020)
- Cintai Aku (2023) - komposer & penulis lirik oleh Azam Dungun,Iklim,Tapai
Album Kompilasi
- Dunia Iklim (1993)
- Saleem ( Iklim ) (1993)
- Seribu Penghargaan - IKLIM (1995)
- Sambutlah Tanganku - IKLIM (1997)
- Emas Selamanya - IKLIM (1997)
- Dirgahayu - IKLIM (1997)
- Iklim & Saleem - MTV Karaoke (1998)
- Saleem IKLIM & Rahmat EKAMATRA (2000)
- Best Of The Best IKLIM & SEARCH (2002)
- Iklim EMAS UNPLUGGED (2003)
- Iklim EMAS MYSTERPICE (2003)
- Iklim EMAS MODERATE (2003)
- Iklim Sesuatu Yang Abadi (2003)
- Iklim Musim Bermusim (2004)
- Iklim Memori Hit (2005)
- Iklim ( KEUNGGULAN Saleem & Iklim ) (2007)
- Iklim ( Nyanyian Syahdu / Saleem & Iklim Terunggul ) (2007)
Filem & Konsert
suntingTahun | Tajuk | Pengarah | Pelakon |
---|---|---|---|
1991 | Suci Dalam Debu | Zulkifli M.Osman | Sidi Oraza , Julia Rais , Imuda & IKLIM ) |
1991 | Riang Tirana | Arief Karmahani |
|
Konsert
- KONSERT IKLIM - di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (19 Jun 1994)
- KONSERT ROCK SALEEM , bersama MAY, BPR & Nike Ardilla di Stadium Negara, Kuala Lumpur (8 September 1992)
Anugerah dan Pencapaian
suntingAnugerah Sri Angkasa RTM | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
1990 | Kumpulan Muzik Terbaik | Menang |
1991 | Kumpulan Muzik Terbaik | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
1990 | Artis Berkumpulan Paling Popular | Menang |
1991 | Artis Berkumpulan Paling Popular | Menang |
1992 | ( Top 5 ) Kategori Kumpulan Muzik Popular Album | Pencalonan |
1994 | ( Top 5 ) Kategori Artis Berkumpulan Popular | Pencalonan |
Anugerah Industri Muzik | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya
Tercalon |
Keputusan |
1993 | Kategori Rakaman Album Terbaik | N/A | Menang |
Album - Dunia Iklim Collection (1993) | N/A | ||
Album - Dunia Iklim - Best Vokal Group In Album | N/A | ||
Kategori Video Muzik Terbaik | Pencalonan | ||
1995 | Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album | N/A | Pencalonan |
1995 | Kategori Video Muzik Terbaik | Di Pintu Mahligai | Pencalonan |
1996 | Kategori Kulit Album Terbaik | N/A | Pencalonan |
2005 | Kategori Rakaman Album Terbaik | N/A | Pencalonan |
HDX Awards Indonesian Music Industry | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
1992 | Lagu Terbaik | Suci Dalam Debu | Menang |
1992 | Album Jualan Terbaik | Suci Dalam Debu (1 juta unit) | Menang |
TV SINGAPORE ( SBC RIA ) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
1993 | Kumpulan Muzik Terbaik | Bukan Aku Tak Cinta | Menang |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Keputusan |
1990 (AJL 5) | Suci Dalam Debu | Wan Zul | S. Amin Shahab | Juara Lagu Tempat ke-2
|
1994 (AJL 9) | Bukan Aku Tak Cinta | Adinda Amiro | Rosyid Somantri | Tercalon |
1995 (AJL 10) | Di Pintu Mahligai | |||
1995 (AJL 10) | Suci Dalam Debu | Wan Zul | S. Amin Shahab | Suci Dalam Debu (Best Lyrics) |
• MUZIK - MUZIK Semi Final 1991 - Lagu / Gerhana Cinta Luka
• MUZIK MUZIK Semi Final 1992 - Lagu / Mimpi Yang Pulang
Lain - Lain
Tahun | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|
1991 | Anugerah Triple Platinum | Album Satu Kesan Abadi Jualan 350,000 Unit |
1992 | Anugerah Plantinum | Album Budi |
1993 | Anugerah Platinum | Album Dunia Iklim |
1994 | Anugerah Platinum 1994 | Album Dunia Iklim - Jualan 200,00 Unit |
1995 | Anugerah Platinum | Album Iklim 94 - Jualan 120,00 Unit |
1995 | Anugerah Platinum Berkembar Tiga | Album Iklim |
1996 | Anugerah Platinum | Album Iklim Bukan Niatku |
1997 | Anugerah Platinum | Album Emas Selamanya Iklim - Jualan 200,000 unit |
1997 | Anugerah Platinum | Album Dirgahayu Iklim - Jualan 150,000 Unit |
2004 | Anugerah Emas | Album Bunga Emas Iklim - Jualan 50,000 Unit |
Pujaan 10 Radio Satu RTM / NESCAFE | |
---|---|
Tahun | |
1990 | Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio (Rekod) |
1991 | Lagu , Gerhana Cinta Luka 6 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio |
1992 | Lagu , Mimpi Yang Pulang 5 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio |