Khalifah (kumpulan muzik)

(Dilencongkan daripada Kumpulan Khalifah)

Kumpulan Khalifah telah ditubuhkan pada tahun 2006 setelah penyanyi asal kumpulan tersebut iaitu Yabang dan gitaris Harry yang pernah mencipta lagu “Kasihnya Laila” dan juga menjadi fenomena hit muzik single terhangat suatu ketika dulu, telah mengundurkan diri dari kumpulan Jinbara akibat ketidaksefahaman di antara mereka. Ahli yang membentuk kumpulan Khalifah ketika itu adalah Yabang selaku ketua kumpulan dan vokalis utama yang menerajui kumpulan tersebut, manakala Harry yang merupakan gitaris, manakala Moy dijadikan selaku pemain bass dan Tony (adik kepada Harry) sebagai pemain drum.

Khalifah Band
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreDangdut, rock, heavy metal, pop rock
PekerjaanVokal, pemuzik
Tahun aktif2006 - kini
Syarikat rakaman
LIFE Records
MVM Production
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Jinbara
AhliYabang (Vokal)
Apak (Gitar)
Moy (Gitar bes)
Tony (Dram)
Bekas ahliDedy

Penyanyinya, Yabang berkemampuan untuk berqhasidah telah membawa kemahirannya mengawal suara bagi mengalunkan lagu seperti Kasihnya Laila, Siapa Laila, Suara Khalifah dan Satu Kalimah. Khalifah merupakan satu kumpulan yang lain dari lain dimana mereka boleh membawa pelbagai rentak lagu. Sungguhpun sudah lebih 10 tahun Yabang mengundur diri daripada Jinbara dan menubuhkan kumpulan Khalifah, masih ramai segelintir pihak juga membabitkan kisah tersebut yang mengaitkannya dengan kumpulan itu.

Biografi

sunting

Pembentukan (2006 - 2010)

sunting

Kumpulan Khalifah tidak mengambil masa lama untuk mengembangkan genre muzik rock tidak lama selepas kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2006 apabila diberikan peluang merakaman album Kelahiran bersama Life Record (2007). Tiga tahun selepas itu, mereka berpeluang menerbitkan album bersama MVM & Universal Music dan hasilnya lahirlah album Cintaku Dewi Kamala (2009). Ini diikuti album Ni Hao Ma (2010). Melalui album ketiga ini, Khalifah cepat membuka mata audiens apabila single pertamanya dari album ini berjudul `Lagu Untuk Adinda’ telah menduduki carta radio THR untuk beberapa minggu dan mendapat tempat stesen-stesen radio stesen-stesen radio kerajaan seperti Lagu Untuk Adinda, Cikgu Ayu, Satu Hikayat Cinta dan Ni Hao Ma.

(2013 - 2016)

sunting

Setelah agak lama menyepi, pada penghujung 2012 mereka muncul dengan single terbaru bertajuk “Cinta dan Sayang” hasil ciptaan Mala dan Mie Rawo. Lagu “Cinta dan Sayang” ini telah di terima baik oleh pendengar setia dan selalu di dengar di corong-corong radio seperti THR, Suria FM dan juga Sinar FM. Lagu “Cinta dan Sayang” ini juga turut mendapat tempat di hati pengguna Maxis Apabila lagu tersebut di pilih sebagai “Artist of the Month”.

(2016 - kini)

sunting

Pada bulan Mac 2016, mereka telah muncul dengan single terbaru bertajuk "Hang Pi Mana" hasil ciptaan Harry dan Yabang sendiri. Lagu "Hang Pi Mana" telah membangunkan semula nama Khalifah dimata umum. Lagu tersebut juga telah diterima baik oleh pendengar dan sering dimainkan di radio dan juga media sosial.

Empat bulan selepas single "Hang Pi Mana" dikeluarkan mereka telah mengeluarkan single terbaru yang bertajuk "Assalamualaikum Ustazah". Untuk makluman, kumpulan Khalifah ini adalah berbeza dengan syarikat Khalifah Media Networks yang terkenal di Facebook[1].

Gaya Muzik

sunting

Kumpulan ini lebih menggunakan style Heavy Metal dan kemudiannya digabungkan dengan dengan alunan muzik Kerohanian, Dangdut dan sedikit soft rock

Diskografi

sunting

Single

sunting
Lagu
Tahun Lagu Komposer Pencipta Lagu Penulis Lirik
2016 Hang Pi Mana Harry Khalifah - Yabang Khalifah
Assalamualaikum Ustazah
Hang Pi Raya
Assalamualaikum Lebaran
2018 TTTTTM (feat. Floor 88) - Ardi, Upiak & Hezron Rayner -

Anugerah dan Pencalonan

sunting
Anugerah Juara Lagu
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2016 Hang Pi Mana Cerita Kita Harry Yabang Persembahan Terbaik Menang


Lain-lain
Tahun Anugerah Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Tercalon

Pautan luar

sunting
  1. ^ "KHALIFAH MEDIA NETWORKS". KHALIFAH MEDIA NETWORKS (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-10. Dicapai pada 2024-02-11.