Lestari (kumpulan muzik)

Kumpulan Rock Malaysia
(Dilencongkan dari Kumpulan Lestari)

LESTARI ,kumpulan pemuzik berasal dari Klang, Selangor Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1985 dan mendapat tawaran rakaman album pertama pada tahun 1991 dari syarikat rakaman Perdana Muzikal Industri. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock balada Melayu. Mereka telah menghasilkan lapan album studio dan empat buah album kompilasi. Mereka dikenali kerana mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya adalah lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Airmata Saksi Cintaku, Wangian Cintamu, Sekelip Mata Kau Berubah, Airmata Dihari Persandinganmu, Biar Pedih Kasih Terhiris, Terserah Padamu, Tatirana, Malang, Rindu Dipuncak Mahligai, Cinta Itu Ketawa Dan Air Mata, Terima Kasih Segalanya dan banyak lagi.

LESTARI
Juga dikenali sebagai
RESTU (1985-89)
Berasal dariKlang, Selangor Selangor, Malaysia Malaysia
GenreSlow Rock/Balada
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1985–1998, 2000–Kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Stings, Kamal Halim, Kamal Bahrin, Lan Laga, Juwie, LY & Baiduri
AhliWan - Vocalist
Amir - 1st Guitarist
Carlos - Bassist
Kanang - Drummer Arbond–Keyboardist
Bekas ahliKamal - 2nd Guitarist
Hamzah - Guitarist
Ilham - Guitarist
Rehan - Bassist
John - Bassist
Sham - Drummer

Sejarah sunting

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama RESTU dan diasaskan oleh pemain gitarnya, Kamal. Pada tahun 1991 Lestari pada asalnya adalah beraliran heavy metal dan berpenampilan rambut panjang ala glam rock metal. Ketika itu mereka aktif menyertai pelbagai pertandingan muzik yang diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bakat dan kemahiran mereka membuatkan mereka berjaya ditawarkan menjadi artis rakaman. Pada tahun 1989 nama Restu kemudiannya diganti menjadi Lestari yang bermaksud Kekal Abadi. Lestari berjaya memasuki pertandingan akhir pujaan 10-Nescafe anjuran RTM tiga tahun berturut-turut. Ternyata lagu-lagu dendangan Lestari diminati ramai di seluruh nusantara dan menjadikan Lestari antara kumpulan muzik yang amat popular pada era 90an.

Ahli-ahli sunting

Awal penubuhan (Restu 1985-1989) sunting

  • Man Kala / Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Ilham (gitar)
  • Rehan (bass)
  • Kanang (dram)

Album Fieza Khalila (1991) sunting

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Hamzah (gitar)
  • Rehan (bass)
  • Kanang (dram)

1993-1995 sunting

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Amir (gitar)
  • John (bass)
  • Kanang (dram)

1996-2000 sunting

  • Wan (vokal)
  • Kamal (gitar)
  • Amir (gitar)
  • Carlos (bass)
  • Kanang (dram)

Album Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000) sunting

  • Wan (vokal)
  • Amir (gitar)
  • Kamal (gitar)
  • Carlos (bass)
  • Kanang/Samsul (dram)

Album Dua Jiwa Satu Cinta (2004) sunting

  • Wan (vokal)
  • Amir (gitar)
  • Kamal (gitar)
  • John (bass)
  • Syam (dram)

Diskografi sunting

Album studio sunting

  1. Fieza Khalila (1991)
  2. Tatirana (1993)
  3. Terima Kasih (1995)
  4. Aku Yang Terpilih (1996)
  5. Satu Hati (1997)
  6. Airmata Saksi Cintaku (1998)
  7. Dua Jiwa Satu Cinta (2004)

Album kompilasi sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting