Lips (kumpulan muzik)

(Dilencongkan dari Kumpulan Lips)


Kumpulan Lips merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu yang mula dikenali semenjak tahun 2006.[1]

Lips
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Kumpulan Lips ini dianggotai oleh tiga orang gadis iaitu Oshin, Adila dan Shela. Pembabitan mereka dalam bidang seni bermula dengan sesi uji bakat di PRO Studio, Cheras milik syarikat rakaman SRC, mereka akhirnya ditemukan. Sungguhpun Oshin dan Shela berasal dari Kuala Lumpur sementara Adila berasal dari Sungai Petani, Kedah tetapi mereka diastukan dalam satu album, iaitu single pertama yang menampilkan lagu Cintakan Bersatu.

Mereka yang pertama kali bertemu pada Ogos 2005 buat pertama kali untuk menubuhkan kumpulan Lips. Kemudian pada Oktober mereka memasuki studio untuk rakaman album pertama mereka. Mereka memilih nama Lips atau bibir sebagai nama kumpulan mereka, kerana ia melambangkan kewanitaan dan kecantikan. Mereka yakin kumpulan trio mereka akan mampu mengharungi dunia seni yang penuh cabaran jika mereka saling bekerjsama dan berusaha ke arah itu, menurut Oshin.

Menyedari cabaran tersebut, sepanjang sesi rakaman album mereka, dalam seminggu sekurang-kurangnya tiga kali Shela dan Adila yang tinggal di Kuala Lumpur pergi ke rumah Oshin untuk berlatih menyanyi dan menari, sementara album mereka muncul pada Mac 2006. Bagi mengadakan persembahan, mereka diajar oleh koreografer Fathee Abdullah dan Ricky sebagau usaha mereka untuk memberikan persembahan yang memukau penonton ketika di pentas.

Ahli-ahli sunting

  1. Adila
  2. Shela
  3. 0shin

Diskografi sunting

Album sunting

  1. Apa Erti

Lagu-lagu sunting

  1. Bintang-Bintang
  2. Katakan
  3. Cinta Pudar
  4. Cintakan Bersatu
  5. Hari Yang Mulia Hari Bahagia

Rujukan sunting

  1. ^ "Lips tidak mahu bersandar pada rupa.
    hiburan - Utusan online
    Oleh MUZLINA ABU BAKAR"
    . Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-14. Dicapai pada 2018-01-14.

Pautan luar sunting