Kumpulan Machinchang

Kumpulan Machinchang ialah sejenis kumpulan formasi batuan berusia Kambria hingga Ordovisi Awal yang terdapat di Langkawi, Kedah, Malaysia.

Kumpulan Machinchang terdiri daripada 4 formasi batuan iaitu Formasi Hulor, Formasi Anak Datai, Formasi Chinchin dan Formasi Jemurok.

Sejarah Pengkajian sunting

Kumpulan Machinchang asalnya dikenali sebagai Formasi Machinchang sebelum dinaiktaraf berikutan perkembangan kajian dan penemuan geologi.

Nama Machinchang pada Formasi Machinchang diberikan oleh Jones (1973) bersempena nama Pergunungan Machinchang di barat laut Pulau Langkawi di mana batuan formasi ini banyak tersingkap.

Lee (1983) kemudian membuat kajian lanjutan dengan membahagikan Formasi Machinchang kepada 3 ahli.

Formasi ini kemudian dinaiktaraf oleh MT-JGSC (2015) dengan mengekalkan nama Machinchang berdasarkan kajian semasa yang dilakukan di samping untuk menselaraskan jujukan batuan dengan kumpulan dan formasi-formasi batuan yang berlitologi sama yang tersingkap di Pulau Tarutao, Thailand.

Litologi sunting

Kumpulan Machinchang mempunyai ketebalan keseluruhan 2,830 meter.

Formasi Machinchang umumnya terdiri daripada batu pasir berbutiran halus hingga sederhana dengan kehadiran sedikit batu pasir berbutiran kasar, konglomerat dan syal di beberapa pelapisan.

Lee (1983) mengelaskan Formasi Machinchang kepada 3 ahli[1], sebelum MT-JGSC (2015) menaiktarafnya sebagai kumpulan dengan 4 ahli formasi[2];

Bil. Pengelasan oleh Lee (1983) Pengelasan oleh MT-JGSC (2015)
Ahli Ciri-ciri Ahli Ciri-ciri
1 Ahli Bawah Batuan umumnya berciri areno-argilit. Formasi Hulor Batu pasir berlempung berbutiran halus, batu pasir berbutiran halus dan batu lodak berwarna kelabu. Batuan sabak, filit dan batu lodak bermika berwarna kelabu-perang kehijauan melapisi bahagian terbawah.
2 Ahli Tengah Fasies batu pasir berbutiran kasar dan konglomerat. Formasi Datai Batu pasir berlapisan sederhana hingga tebal dengan pelapisan batu pasir berpebel dan konglomerat. Batuan tuf berbutiran kasar terdapat di Pulau Anak Datai.
3 Fasies nipis batu pasir berlapisan ombak dengan kehadiran pebel di beberapa bahagian pelapisan. Formasi Chinchin Ahli Temurun Batu pasir dan batu lodak kelabu hingga ungu cerah dengan kehadiran pelapisan tuf asid berbutiran halus berwarna ungu dan hijau dan argilit gelap bertuf.
4 Fasies sederhana hingga tebal batu pasir berbutiran halus dan batu lodak berlapisan lurus. Ahli Tengkorak Batu pasir berbutiran halus berlapisan sederhana hingga tebal, batuan asid tuf berbutiran sangat halus dan batu lumpur bertuf. Struktur sekunder pelapisan silang, "load cast", bola dan bantal serta nendat wujud.
5 Ahli Atas Batuan umumnya berciri areno-argilit. Formasi Jemuruk Pelapisan selari batu pasir berbutiran halus hingga kasar, batu lodak dan abtu lumpur dengan sedikit lapisan batu lumpur bertuf. Lapisan batu kapur - batu lumpur terdapat di Teluk Sabong.

Kajian terhadap Formasi Machinchang turut mengelaskannya kepada tujuh unit batuan[3];

Bil Unit Batuan (paling bawah ke atas) Lokaliti
1 Syal dominan dengan sedikit lapisan batu pasir berbutiran halus yang nipis. Teluk Datai
2 Selang lapis syal - batu pasir berbutiran sederhana yang bergred menghalus ke atas. Teluk Datai
3 Batu pasir dominan dengan laminasi selari dan lapisan silang bersudut rendah. Tanjung Hulur
4 Batu pasir berklas dengan lapisan silang planar dan palungan. Teluk Chinchin

Pondok Nibong

Pulau Anak Datai

5 Batu pasir berbutiran kasar, berlapisan tebal dan berlapisan silang. Air Terjun Temurun

Pasir Tengkorak

Pulau Anak Datai

6 Batu pasir dominan berfosil kesan. Pulau Jemuruk
7 Selang lapis nipis batu pasir - batu kapur. Tanjung Sabung

Penentuan Usia sunting

Penentuan usia Kumpulan Machinchang adalah berdasarkan penemuan fosil dari jenis brakiopod, trilobit dan iknofosil (fosil kesan) pada singkapan Ahli Tengah (Formasi Chinchin) di Tanjung Buta dan Pulau Jemuruk. Kedua-dua jenis fosil ini hanya hidup pada usia Kambria Atas.

Terdapat 14 jenis spesies fosil dan iknofosil yang ditemui pada singkapan Formasi Machinchang yang berusia Kambria Atas:

Bil Jenis Fosil Spesies Usia
1 Trilobit
  • Saukia sp.
  • Saukiodes sp.
  • Acontheus sp.
  • Eosaukia sp.
Kambria Atas
2 Brakiopod Eoorthis sp. Kambria Atas
3 Iknofosil (fosil kesan)
  • Phycodes pedum Seilacher
  • Teichichnus stellatum Baldwin
  • Palaeophycus sp.
  • Chondrites sp.
  • Palaeodictyon sp.
  • Arenicolites sp.
  • Plantolites sp.
  • Thallasinoides sp.
  • Skolithos sp.
Kambria Atas

Sekitaran Pengendapan sunting

Berdasarkan kepaca ciri fasies sedimen, struktur sedimen dan rekod fosil yang ditemui, Kumpulan Machinchang ditafsirkan terendap di sekitaran delta, laut cetek dan lagun.

Rujukan sunting

  1. ^ Lee,C.P., Stratigraphy Of The Tarutao And Machinchang Formations, Workshop On Stratigraphic Correlation Of Thailand And Malaysia, 1983
  2. ^ The Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee, MT-JGSC, Geological Conservation and Geological Tourism in Langkawi - Tarutao Islands, Geological Papers Volume 13, 2015
  3. ^ Kamal Roslan Mohamed, Stratigrafi Malaysia, Stratigrafi Semenanjung Malaysia, Geologi Kepulauan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia