Meet Uncle Hussain

(Dilencongkan dari Kumpulan Meet Uncle Hussein)

Meet Uncle Hussain atau (singkatan MUH) ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dram Flop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka.

Meet Uncle Hussain
Meet Uncle Hussain membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu.
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2000—2014
Syarikat rakaman
Satu Music Entertainment
Laman sesawang
Laman web rasmi
Bekas ahliLan (penyanyi/gitar)
Kudux (dram)
Taja (gitar/penyanyi latar)
Afat (bes/penyanyi latar)

Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.

Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROTTW pada tahun 2005. Pada tahun 2007, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia. Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu di Anugerah Juara Lagu ke-23.

Pada awal tahun 2009, Lan meninggalkan kumpulan itu setelah mengalami perselisihan faham dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, lantas menubuhkan 'kugiran satu ahli' yang bernama Azlan & The Typewriter.

Sejarah sunting

2002–06: Permulaan sunting

Pada tahun 2002, kumpulan Meet Uncle Hussain terbentuk daripada vokalis/pemain gitar Nor Azlan Rosle[1] (Lan) dan Nik Mustaza Nik Mustapha[1] (Taja), pemain gitar bes Mohd Fathi Mohd Darwis[1] (Afat), dan pemain dram undangan Mohamad Hirwan Hatta (Kudux), yang mula-mula bermain muzik bersama pada tahun 2000. Jelas Taja, mereka milih nama "Meet Uncle Hussain" kerana "kami mahu nama yang unik dan melambangkan irama kami, nama yang cukup mudah diingati ramai, jadi kami memilih nama Hussain. Jika Meet Uncle Patrick atau Ramli, pasti tidak menjadi."[2]

Selama enam tahun sejak ditubuhkan, kumpulan MUH hanya dikenali di kalangan peminat muzik bawah tanah, memenangi anugerah Band Terbaik dalam majalah ROTTW pada tahun 2005, dan pernah sekali mengeluarkan single "Halusinasi" di radio Xfresh FM sahaja.[3]

2007–09: KAMI dan arus perdana sunting

Meet Uncle Hussain mula mengambil jalan ke arah kemasyhuran di arus perdana apabila menyumbangkan dua lagu dalam runut bunyi KAMI. Lagu "La La La Kerjalah" menjadi lagu tema pembukaan siri TV lapan episod KAMI yang disiarkan di 8TV pada tahun 2007, mengisahkan perjuangan remaja mengharungi suka-duka kehidupan sambil memartabatkan muzik indie.[4] Sementara itu, "Lagu Untukmu" diketengahkan sebagai lagu tema seluruh projek KAMI dan diterima oleh stesen radio arus perdana sehingga menguasai carta-carta radio pada tahun 2008.

Sayangnya, Kudux selaku pemain dram undangan terpaksa berehat dari bermain bersama kumpulan MUH gara-gara mengalami masalah kesihatan, tetapi setelah sembuh beliau menyertai kugiran Pesawat[5], juga sebagai pemain dram.[6]

"Lagu Untukmu" begitu popular sehingga bukan sahaja menguasai corong radio, bahkan juga meraih anugerah yang ternilai kepada kumpulan yang mendendangkannya, terutama sekali gelaran juara keseluruhan Juara Lagu ke-23[7] dan Hits 1 musim ke-6[8] pada tahun 2009, di samping kugiran ini memenangi anugerah Artis Berkumpulan atau Duo Popular di Anugerah Bintang Popular dan Artis Baru Terbaik di AIM 2009 pada tahun yang sama.

2009–2014: Lan meninggalkan MUH sunting

Biarpun dihujani dengan sanjungan dan anugerah pada akhir dekad 2000-an, namun sepanjang saki-baki tahun 2009, kelihatannya keretakan antara anggota-anggota kugiran MUH. Ini mula terjadi apabila dilaporkan bahawa Lan didapati bermasalah disiplin dan bersikap lupa diri oleh teman-teman sekugirannya. Menurut rungutan Taja, Lan sukar mendengar kata dan sering enggan menerima nasihat apabila acap kali menimbulkan masalah sama tanpa sebarang perubahan.[1] Maka timbulnya desas-desus bahawa Lan akan disingkirkan dari MUH, tidak pun seluruh kugirannya akan bubar, sehinggalah akhirnya ketika masa membuat persembahan di KL Muzik Festival di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 5 Julai, Lan mengumumkan pengunduran dirinya dari kugiran MUH atas alasan "komitmen lain".[9] Selepas itu, Lan mengasaskan kugiran baru bernama Azlan & The Typewriter yang sebenarnya dianggotai oleh seorang ahli iaitu dirinya, diiringi pemuzik backup.[10]

 
Black(tengah) menjadi vokalis bagi lagu Drama King pada AJL 2010

Sejak pertengahan tahun 2009 hingga kini, Meet Uncle Hussain masih tercari-cari vokalis baru. Sementara itu, mereka menggunakan khidmat penyanyi lain secara sementara untuk mengambil tempat Lan ketika merakam lagu baru atau beraksi di gig atau persembahan seumpamanya, contohnya menampilkan Black ketika merakamkan single "Drama King". Lagu ini dinobatkan sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu ke-25 pada tahun 2011.

Buat masa ini, Meet Uncle Hussain bekerjasama dengan Hazama Azmi, seorang bekas peserta Akademi Fantasia 4, sebagai penyanyi undangan mereka. Mereka menafikan bahawa Hazama sudah betul-betul menyertai kugiran ini sebagai penyanyi tetap. Namun, Hazama telah dipanggil semula untuk menyertai Akademi Fantasia 9 dan akhirnya menjadi juara.[11]. Mereka sempat merakamkan lagu berjudul Pokok pada tahun 2011.

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2009 (AIM 16) Artis Baru Terbaik Menang
2010 (AIM 17) Lagu Rock Terbaik Drama King (menampilkan Black) Meet Uncle Hussain Tercalon Bunkface - Situasi
2011 (AIM 18) Lagu Rock Terbaik Pokok (menampilkan Hazama) Tercalon A.P.I. - Pelita
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2008 (AJL 23) Lagu Untukmu KAMI: The Album Taja, Tass & Lan Taja & Tass Pop/Rock Menang
Taja, Tass & Lan Taja & Tass Juara Lagu Menang
2010 (AJL 25) Drama King (menampilkan Black) Taja Tun Teja Terbuka Menang
  • Naib Juara
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2008 Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular Menang
2009 Penyanyi Duo/Kumpulan Popular Tercalon
2010 Artis Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
2011 Artis Duo/Berkumpulan Popular TBA
Hits 1 Musim ke-6 (2009)
  • Lagu Terbaik ("Lagu Untukmu")
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
  • Artis Berkumpulan / Duo Popular

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Zubir Mohd Yunus (2009-02-22). "Lan MUH mengaku degil". Berita Harian B*Pop. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-25. Dicapai pada 2010-01-14.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ Didi Ramlan (2007-11-01). "Introducing: Meet Uncle Hussain". KLue (109). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-26. Dicapai pada 2010-01-14.
  3. ^ Guapedia: Meet Uncle Hussain, gua.com.my. Dicapai pada 14 Januari 2010.
  4. ^ "Indie exposed". The Star. 2007-10-17. Dicapai pada 2010-01-14.
  5. ^ Sy Mussaddad Mahdi (2009-06-21). "Terbang sang Pesawat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2010-01-14.
  6. ^ "Soaring To Success: Pesawat". Junk Online. 2009-02-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-19. Dicapai pada 2010-01-14.
  7. ^ Siti Azira Abd. Aziz (2009-01-19). "AJL23 milik Lagu Untukmu!". mStar Online. Dicapai pada 2010-01-14.
  8. ^ Hits 1: Sejarah (Musim 6)[pautan mati kekal]. Dicapai pada 14 Januari 2010.
  9. ^ "Lan of Meet Uncle Hussain waves goodbye". Junk Online. 2009-07-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-02. Dicapai pada 2010-01-14.
  10. ^ Li Ee Kee (2009-07-08). "Lan (MUH) Tampil Dengan Azlan & The Typewriter". gua.com.my. Dicapai pada 2010-01-14.
  11. ^ MUH Tidak Pergunakan Hazama, mStar Online, 17 Februari 2011. Dicapai pada 18 Februari 2011.

Pautan luar sunting