Prana merupakan sebuah kumpulan muzik rock rege Malaysia yang ditubuhkan pada 1999.[1] Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada Eric Ruffin (vokal), Jamir Adiong (gitar dan vokal), Pablo Torrejon (bes), Jeffrey Little (dram) dan Jeremy Little (turntable). Sebelum keluaran album pertama, Prana mula diperkenalkan kepada umum dalam industri muzik Malaysia menerusi lagu "Copore" yang dimuatkan dalam album kompilasi Family Day pada 2000. Album pertama kumpulan ini, Have A Nice Jay Walk (2001), melayakkan Prana menerima pencalonan Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-9.

Prana
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreRock, funky rapcore, reggae
Tahun aktif
  • 1999–2006
  • 2007
  • 2009–2014
  • 2016
Syarikat rakaman
Posse Records (2000-2002)
Laguna Records (2002-2014)
Pengkarya berkait
Syarul (Love Me Butch), Duan (Seven Collar T-Shirt), Spiderman, Poster
Bekas ahli

Sejarah sunting

Prana ditubuhkan pada 1999 dan diasaskan oleh dua beradik Jeffrey dan Jeremy Little, yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris. Penyertaan Eric Ruffin, Jamir Adiong (berasal dari Filipina) dan Pablo Torrejon (berasal dari Chile) menjadikan ahli kumpulan ini seramai lima orang. Mereka kini sepakat menjadikan Prana sebagai salah satu kumpulan muzik underground yang berjaya di Malaysia bersandarkan bakat dan kemahiran mereka dalam dunia muzik. Kumpulan ini dijemput untuk mengadakan persembahan untuk salah satu konsert rock terbesar yang diadakan di Stadium Negara. Mereka menghasilkan single sulung yang berjudul, "Copore" untuk album kompilasi Family Day yang diterbitkan pada 2000.[2][3]

Pada tahun 2001, syarikat rakaman Posse Records menawarkan mereka kontrak rakaman album.[4] Album pertama mereka, Have A Nice Jay Walk telah dikeluarkan pada lewat 2001, album ini melayakkan mereka tercalon dalam kategori Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002. Antara lagu-lagu hits dalam album ini ialah "Better Than That" dan "What You Need".[2]

Pada tahun 2002, pengasas kumplan ini, Jeffrey Little dan adiknya, Jeremy menubuhkan syarikat rakaman mereka yang diberi nama Laguna Records (kemudian dinamakan Laguna Music). Album kedua band ini, Greenhouse Effect muncul pada 2003 dan merupakan keluaran sulung syarikat rakaman itu.[5] Antara lagu-lagu hits dalam album ini ialah "If Life Was So Sweet" dan "Bird Song" yang mendapat sambutan yang menggalakan dari pendengar.[2]

Pemain bes kumpulan ini, Pablo Torrejon, vokalis Eric Ruffin dan turntablis Jeremy Little meninggalkan kumpulan ini pada 2004 untuk menyambung pelajaran mereka. Meninggalkan kumpulan ini dengan hanya dua anggota asalnya, Jamir Adiong dan Jeffrey Little. Azman Ali menyertai kumpulan ini bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh tiga anggota asal band ini. Pada tahun 2005, album ketiga mereka Disc 03 telah dilancarkan dengan lagu-lagu hits seperti "Greenberet" dan "Chao Phra Ya". Band ini kemudiannya berehat dari aktiviti muzik mereka pada 2006.[2]

Selepas berehat panjang, Prana telah bangkit semula dengan sebahagian besar anggota asal mereka. Dengan Eric kembali sebagai vokalis band ini, ditemani oleh dua beradik, Jeffrey dan Jeremy Little, Pablo yang terbang ke Malaysia untuk seketika untuk menerbitkan album keempat mereka, 10 tahun selepas pelancaran album sulung mereka. Pada tahun 2011, Prana muncul dengan single terbaru mereka, "Get Up, Stand Up".[2]

Pada 8 April 2014, pemain turntable dan ahli pengasas kumpulan ini, Jeremy Little meninggal dunia sewaktu mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah, Arab Saudi. Beliau meninggal dunia pada usia 31 tahun akibat penyakit Leukemia yang telah dihidapinya sejak sekian lama. Jenazahnya telah dikebumikan di sana.[6]

Majlis tahlil Allahyarham telah diadakan di Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada 10 April 2014. Beberapa rakan seperjuangan Allahyarham di dalam industri muzik Malaysia juga turut melahirkan ucapan takziah di atas pemergian beliau.[7][8]

Setakat pada 2016, ahli asal kumpulan ini masih aktif mengadakan persembahan.

Ahli kumpulan sunting

  • Eric Ruffin - vokal (1999-2004, 2009-2014, 2016)
  • Jamir Adiong - gitar/vokal (1999-2009)
  • Pablo Torrejon - bes (1999-2004, 2009-2014, 2016)
  • Jeffrey Little - dram (1999-2014, 2016)
  • Jeremy Little - turntable (1999-2004, 2009-2014)
  • Azman Ali - bes (2004-2007; menggantikan Torrejon)

Diskografi sunting

Album studio sunting

Single sunting

  • "Copore" (2000)
  • "Is That All" (2010; tidak dikeluarkan)
  • "Get Up, Stand Up" (2011)

Anugerah dan pencapaian sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2002 Anugerah Industri Muzik ke-9 Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik Prana Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Old Malaysian Indie Bands You Need to Know Eris Goes To (30 Mei 2017). Dicapai pada 12 Jun 2017.
  2. ^ a b c d e Laguna Music: Profile - Prana Diarkibkan 2019-06-08 di Wayback Machine Laguna Music. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  3. ^ Gerald Chuah (9 November 2000). "Striding out, Prana style". The Malay Mail. Dicapai pada 18 Disember 2020.
  4. ^ Nor Akmar Samudin (7 November 2000). "Penantian Prana berakhir". Harian Metro. Dicapai pada 18 Disember 2020.
  5. ^ Haswari Ali (6 Disember 2003). "Prana pilih funky rapcore reggae". Berita Harian. Dicapai pada 22 September 2020.
  6. ^ Jeremy Little: Musician, producer, entrepreneur passes away in Mecca The Star Online (9 April 2014). Dicapai pada 12 Jun 2014.
  7. ^ Brianne Aeria (25 Oktober 2016). A Band’s Final Tribute Red Bull. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  8. ^ Joanna Renisa (19 April 2015). Remembering Jeremy Little Daily Seni. Dicapai pada 12 Jun 2015.

Pautan luar sunting