Kumpulan Res 2 (kadangkala diolah sebagai Res2) merupakan sebuah kumpulan gadis Malaysia yang ditubuhkan pada 1993 dan merupakan kumpulan muzik pertama di bawah payung syarikat rakaman Suria Records. Kumpulan ini mula dikenali umum menerusi lagu hits mereka, "Kepastian Pengertian" yang dimuatkan dalam album sulung mereka, 3C: Cita-Cita dan Cinta.

Res'2
Res2-1993b.jpg
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Res'2, Res2
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, hip hop
InstrumenVokal
Tahun aktif1993 - 1997
Syarikat rakaman
Suria Records (1993 - 1997)
Bekas ahliErin
Baby Arin
Umie
Watie
Yatie
Dida

SejarahSunting

Kumpulan Res2 - disebut sebagai Restu - ditubuhkan pada penghujung 1992 ketika demam muzik rap sedang melanda Malaysia. Mungkin berinspirasikan nama kumpulan rap yang sedang popular iaitu 4U2C, maka Res2 juga memilih nama yang menggunakan nombor sebagai pengganti (sebahagian) perkataan. Pada mulanya pihak media cetak agak bercelaru untuk menulis nama Res2, ada yang menulisnya sebagai Rest-2 dan ada pula yang menulisnya sebagai Res'2. Hanya selepas album mereka dikeluarkan tidak lama kemudian barulah ejaan nama Res2 dapat dipastikan.

Anggota Res2 semasa awal kemunculan mereka ialah Baby Arin (15 tahun), Erin (18 tahun), Ezza (17 tahun), Yati (17 tahun) & Wati (17 tahun). Mereka berlima pada asalnya merupakan penari sambilan dalam kumpulan Tag Dancers pimpinan Shawal. Tugas mereka ketika itu ialah sebagai penari iringan kepada penyanyi-penyanyi popular yang membuat persembahan pentas. Pengarah Promosi syarikat rakaman Suria Records (SRC) iaitu Mas Omar telah mengesan bakat mereka dan seterusnya membentuk mereka menjadi sebuah kumpulan penyanyi.

Pada 28 Februari 1993, album pertama Res2 berjudul 3C: Cita-Cita & Cinta telah dilancarkan. Album lagu-lagu pop, tarian dan berunsur rap itu mendapat perhatian meluas dan dilaporkan menerima tempahan awal sebanyak 30 ribu unit. Antara lagu popular Res2 ialah Kepastian Dan Pengertian yang muziknya digubah oleh kumpulan hip hop terawal Malaysia, Krash Kozz. Lagu-lagu lain dalam album tersebut ialah 3C, Rasa Sayang, Pesta Res2, Jejaka Idaman, Wawasan & Remaja. Sebuah lagi lagu yang berjudul Sentuhan Cinta ialah saduran daripada lagu popular "(Dying Inside) To Hold You" nyanyian asal penyanyi dari Amerika, Timmy Thomas.

Pada 1994, Res2 telah ditampilkan sebagai penyanyi undangan dalam filem Putera arahan Zulkeflie M. Osman. Pada waktu itu juga mereka mula ditonjolkan oleh majalah-majalah hiburan dalam gaya dan imej yang seksi, terutama sekali anggota dua beradik, Baby Arin & Erin. Mereka kemudiannya muncul dengan album kedua, Kiriman Rindu pada 10 April 1995

Pada 12 November 1996, Res2 muncul dengan album ketiga, Rindu dan ini merupakan album terakhir mereka bersama Suria Records sebelum kontrak mereka tamat pada awal 1997.

Ekoran Krisis Kewangan Asia 1997, Res2 secara rasminya dibubarkan.

Ahli-ahliSunting

  • Baby Arin (Lily Zarina Khalil)[1]
  • Erin
  • Yati
  • Wati (meninggalkan Res2 selepas album pertama)
  • Umie
  • Dida (menyertai Res2 untuk album ketiga)

DiskografiSunting

Album studio
Lagu-lagu
  1. Kepastian Dan Pengertian
  2. 3C
  3. Sentuhan Cinta
  4. Wawasan Remaja

RujukanSunting