Retro (kumpulan muzik)

(Dilencongkan dari Kumpulan Retro)

Retro merupakan sebuah kugiran berempat Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu berbahasa Melayu. Nama kumpulan ini diambil sempena corak muziknya yang menonjolkan muzik masa yang lebih awal, yang cukup popular di sekitar tahun 70-an, tetapi disusun dan diatur dengan lebih progresif. Kumpulan Retro mengetengahkan konsep serta mood yang riang dan funky ibarat sebuah party band.

Retro
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
Tahun aktif1990an–2000an
Syarikat rakaman
EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. (Asal)
BMG Music
New Southern Music Sdn Bhd (2008)

Kumpulan Retro menjadi artis rakaman di bawah naungan syarikat EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.[1] Dituruti dengan syarikat BMG Music Sdn. Bhd. dengan rakaman lagu "Pedih Luka Jiwa Merana".[2] Lagu ini turut disiarkan dalam rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik pada 1 Disember 1999.[3] Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut antaranya Pedih Luka Jiwa Merana, Ini Bukannya Mimpi Lagi, Hei Dengarkanlah, Buat Buatlah Sedar, Warisan Pujangga, Duit Al Kisah dan beberapa lagi.

Lagu ini kemudiannya telah dikeluarkan kembali dengan album kompilasi berjudul Juara Karokey - Volume 2 di bawah syarikat New Southern Music Sdn Bhd pada 2008.

Ahli sunting

  • Zamani Abdul Rahman (Man - gitar utama),
  • Yusaszly Mohd. Yousuf (Boy - vokal),
  • Ghazali Hassan (Toyok - pemain bes)
  • Norhisham Mohd. Bakri (Sham - pemain dram)[1]

Diskografi sunting

Album sunting

  • Retro (album swa-judul)

Lagu sunting

 
  • Pedih Luka Jiwa Merana
  • Tak Mengapa (lagu popular A. Rahman Hassan)
  • Episod cinta kedua
  • Duit Al-kisah
  • Buat-buatlah Sedar
  • Warisan Pujangga
  • Jiranku Penghulu Kampung
  • Nyanyian Gemalai Jiwa
  • Hei Dengarkanlah
  • Bukannya Aku
  • Ini bukannya Mimpi Lagi
  • Aku Di Suatu Masa

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Retro lahirkan muzik lebih progresif", Utusan Malaysia. 1 Ogos 1999.
  2. ^ Retro popularkan konsep muzik 60-an
  3. ^ Nasir Ismail (1999) "Pilihan Berssama Radio Muzik". Utusan Malaysia. Diambil pada 2011-03-06.

Pautan luar sunting