Rio (kumpulan muzik)
Rio merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia. Mereka menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Rio | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Quinta Child (1984–1987) |
Asal | Muar, ![]() ![]() |
Genre | Rock |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1984–1997 2003 2024–kini |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Kegiatan berkaitan | EYE, Arrow |
Anggota semasa | Shafie (vokal) Aman Zakaria (Man/Zack) (gitar utama) Hazel Desmond (gitar kedua) Alias (ketua kumpulan) (bes) Taufiq (dram) |
Bekas anggota | Aidit Alfian (gitar utama) Hamka (vokal) Ary (vokal) |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Rio merupakan kugiran pertama yang menandatangani kontrak dengan Fantasia Music City (FMC). [1] Salah satu lagu-lagu mereka yang terkenal adalah Layu di Hujung Mekar.
Sejarah
sunting1984–1985: Quinta Child
suntingKumpulan Rio ditubuhkan pada tahun 1984 di Muar, Johor oleh Mohd Alias Haron (Alias) sebagai pemain bes dan ketua kumpulan. Turut dibarisi oleh Aidit Alfian (gitar utama), Man Penang (penyanyi utama), Adie (gitar kedua) dan Man Saarip (dram), kumpulan yang pada asalnya menggunakan nama Quinta Child. Kumpulan ini sejak ditubuhkan apabila kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan di pesta ria, kelab, konsert-konsert mini dan majlis-majlis perkahwinan di seluruh Malaysia. Antara pengaruh awal bagi Quinta Child ketika itu adalah kumpulan rock dan heavy metal dari luar negara seperti Aerosmith, Queen, Iron Maiden dan Black Sabbath. Walaupun bakat mereka masing-masing masih di cungkil, terlalu mentah dan tiada pengalaman namun mereka menunjukkan kesungguhan mereka untuk berhibur di tempat-tempat kecil dan majlis perkahwinan dengan nama Quinta Child.
1986-1992 : Penyertaan Shafie & Man, Album Pertama
suntingKemudian pada tahun 1986, Adie, Man Penang dan Man Saarip mengambil keputusan keluar dari Quinta Child. Selepas tiga orang keluar dari Quinta Child, Adie ingin diserap sebagai pemain gitar utama untuk menubuhkan kumpulan Maiden Child dan seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Kumpulan Mega manakala dengan dua orang itu, Man Penang ingin menyertai kumpulan Mega dan Man Saarip kembali aktif dengan kumpulan May. selaku pemain gitar kedua telah meninggalkan Quinta Child kerana ingin diserap sebagai pemain gitar utama untuk menubuhkan kumpulan Maiden Child dan seterusnya mereka menukar nama kepada menubuhkan nama Kumpulan Mega. Tinggallah Alias dan Aidit sahaja dan secara rasmi akan berkubur kumpulan ini dengan kekosongan pemain gitar kedua, penyanyi dan dram. Pada tahun yang sama, kembali mengaktifkan kumpulan ini, kebetulan Alias yang sudah mengenali Taufiq yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Crossfire seorang pemain dram, Alias meminjam khidmat Taufiq. Aidit pula memperkenalkan Shafie kepada Alias seorang penyanyi. Alias tertarik dengan karekter dan aksi Shafie menggalas sebagai penyanyi utama dan terus mempelawa Shafie menyertai kumpulan Quinta Child untuk menggantikan tempat Man Penang sebagai penyanyi utama. Tidak lama secara kebetulan Taufiq sekaligus menyambung khidmatnya bersama Quinta Child. Pada April 1987, pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Quinta Child kepada Rio. Nama Rio diinspirasikan dari sebuah bandar Brazil kegemaran Aidit iaitu “Rio de Janeiro” lalu disingkatkan menjadi Rio. Sah Rio di bentuk dalam 4 orang anggota iaitu Shafie (penyanyi), Aidit (gitar), Alias (gitar bes) dan Taufiq (dram).
Kemudian pada tahun 1992, mereka selepas membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan dari situlah, mereka mula mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman antarabangsa iaitu Fantasia Music City Sdn. Bhd. (FMC). Pada penghujung tahun 1992, album sulung Rio iaitu Dunia 1001 mula mendarat di pasaran, di mana salah satu lagu dari album tersebut, Layu Di Hujung Mekar, menjadi hits yang melonjak nama Rio dalam persada industri muzik Malaysia.
1993–Kini : Ceria, Ikhlas, Album Seterusnya & Rio Reunion
suntingKemudian pada tahun 1993, Rio telah melancarkan album kedua mereka berjudul Ceria di bawah label yang sama. Album Ceria telah melonjakkan nama Rio di persada muzik tempatan apabila album ini terjual sebanyak 200,000 unit dengan hampir kesemua lagu dalam album ini hit dan keluar di stesen-stesen radio tempatan. Antara lagu yang popular dalam album Ceria ialah Cintamu Kepada Mu. Album ini kemudiannya diiktiraf sebagai album yang mencatatkan jualan terbanyak di Malaysia pada ketika itu sebelum rekod mereka dipecahkan oleh kumpulan XPDC pada tahun 1994 menerusi album Kita Peng-Yu yang mencatatkan jualan sebanyak 350,000 unit dan kumpulan U.K's pada tahun 1995 menerusi album Tajam Menikam 250,000 unit dalam tempoh 6 bulan.
Pada tahun 1995, Rio telah melancarkan album ketiga mereka berjudul Ikhlas terjual sebanyak 175,000 unit. Walaupun jumlah jualan album ini agak rendah berbanding sebelumnya, ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular daripada album ini ialah Apa Sebabnya.
Namun pada pertengahan tahun 1996, Shafie dan Aidit Alfian mengambil keputusan untuk meninggalkan Rio. Ini sebab Shafie mengambil keputusan untuk berkahwin secara peribadi manakala Aidit Alfian pula ingin menubuhkan kumpulan yang di beri nama BABA sekaligus menjadi komposer terkenal, dan kekosongan itu digantikan oleh Hamka dan Aman Zakaria (Man/Zack). Selepas album tersebut, anggota-anggota Rio mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing, tambahan pula ketika itu pemain dramnya, Taufiq mendapat tawaran untuk menyertai kumpulan EYE.
Pada tahun 2002, Rio telah diaktifkan kembali dengan gabungan Man, Alias dan Taufiq bersama line-up baharu iaitu Ary (penyanyi). Man, Alias dan Taufiq bersama line-up baharu ini telah menghasilkan album kelima Rio iaitu Terus Bsrsinar pada tahun 2003, sekali lagi di bawah label FMC Music. Namun selepas album Terus Bersinar, ketika inilah Rio dilanda perpecahan apabila Man, Alias dan Taufiq mengambil keputusan untuk fokus dengan kerjaya solonya masing-masing.
Pada tahun 2024, Rio telah bersatu semula di mana Shafie telahpun kembali menggalas peranan sebagai vokalis dan barisan pemuzik Rio kini ialah Alias selaku pemain bes & ketua kumpulan, Man (pemain gitar utama), Hazel Desmond (pemain gitar kedua) dan Taufiq (pemain dram).
Ahli-ahli
suntingQuinta Child 1984 - 1986 :
- Man Penang - Vokal
- Aidit Alfian - Gitar Utama
- Adie - Gitar Kedua
- Alias - Bass
- Man Saarip - Dram
Rio 1987 - 1995 :
- Shafie - Vokal
- Aidit Alfian - Gitar Utama
- Alias - Bass
- Taufiq - Dram
Rio 1996 :
- Hamka - Vokal
- Man - Gitar Utama
- Alias - Bass
- Taufiq - Dram
Rio 2003 :
- Ary - Vokal
- Man - Gitar Utama
- Alias - Bass
- Taufiq - Dram
Rio 2024 - kini :
- Shafie - Vokal
- Man - Gitar Utama
- Hazel Desmond - Gitar Kedua
- Alias - Bass
- Taufiq - Dram
Media lain
suntingKumpulan Rio turut disebut dalam 2 novel, iaitu:-
Diskografi
suntingLagu-lagu
suntingDunia 1001 (1992)
sunting- Hipokrit
- Haruskah
- Taman Sementara
- Layu Di Hujung Mekar
- Bumi Dipijak
- Janji Terpaksa
- Topeng
- Kota Impian
- Adat Dunia
- Dugaan 1000
Ceria (1993)
sunting- Ceria
- Semusim Rindu
- Buta
- Lunturan Kasih
- Lepak Saja
- Akal Nyawa Saksi
- Jauhari Kaca
- Sekiranya Kau Membalas Cintaku
- Payung Megah
- Cintaku Kepada Mu
Ikhlas (1995)
sunting- Apa Sebabnya
- Ikhlas
- Sulaman Kasbi
- Nilai Kasihmu
- Menara Impian
- Merah Kuning
- Di Ambang Mesra
- Jalan Jalar
- Demi Sekeping Kertas
- Pulau Pura Pura
Kembali Menyerlah (1996)
sunting- Ku Sangat Gembira
- Atmosfera
- Apa Salahnya Ku Pilih Kau
- Gadis
- Maafkanlah
- Ulat Kota
- Tak Ku Pinta Balasan
- Aku Tahu Kau Menipuku
- Hari Ini Kasih Tercipta
- Berlian
Rio - Kenangan Lalu (2007)
suntingCD 1:
- Layu Dihujung Mekar
- Semusim Rindu
- Bumi Di Pijak
- Cintaku Kepada Mu
- Apa Sebabnya
- Ceria
- Jauhari Kaca
- Pulau Pura-pura
- Kota Impian
CD 2:
- Taman Sementara
- Haruskah
- Sekiranya Kau Membalas Cintaku
- Ikhlas
- Hipokrit
- Akal Nyawa Saksi
- Nilai Kasihmu
- Sulaman Kasih
- Janji Terpaksa
Album
sunting- Album pertama Rio ini berjudul Dunia 1001 diterbitkan pada tahun 1992.
- Ceria (1992)
- Ikhlas (1995)
- Kembali Menyerlah (1996)
- Rio - Kenangan Lalu (2007)
Pencapaian
suntingAntara kejayaan kumpulan Rio adalah memasuki peringkat akhir Konsert Puncak Pujaan 10 tahun 1993 menerusi lagu Layu Di Hujung Mekar.