Senario (kumpulan muzik)
Senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon, penyanyi dan penulis lirik dari Malaysia yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan.
Senario | |
---|---|
![]() Logo terkini kumpulan Senario | |
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Senariounion |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Lawak, Pop, Irama Malaysia, Blues |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, penyanyi, penulis lirik |
Penampilan sulung | melalui karya sitkom Senario (1996-2012) & album muzik Senario (1997) |
Tahun aktif | 1996–2013, 2017–kini |
Syarikat pengurusan | Ambang Klasik (1996-2001) Tiga Event Sdn Bhd (2001-2003) Media Prima (2004-2013) |
Syarikat rakaman | Ambang Klasik (1996-2002) Sistem Televisyen Malaysia Berhad (2005) |
Pengkarya berkait | Kumpulan Aku Kaya, Kumpulan Serba Salah |
Laman sesawang | http://www.instagram.com/senariounion |
Ahli | Azlee Jaafar (1996-kini)
Abdul Wahid (1996-kini) Lan Pet Pet (1996-kini) Saiful Apek (1998-2004, 2017-kini) Yassin Yahya (1999-2002, 2017-kini) Hamdan Ramli (1996-1998, 2017-kini) Ilya Buang (1996-1998, 2017-kini) |
Bekas ahli | Shamsul Ghau Ghau (1996), Farouk Hussain (1996) |
Kumpulan ini bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996. Ahli asal seramai tujuh orang, iaitu Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang dan Hamdan Ramli, seterusnya diikuti oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya menjadikan jumlah ahli seramai sembilan orang.[1]
Sketsa-sketsa yang dinukilkan serta dipersembahkan para anggota kumpulan ini dilihat penting sebagai penunjuk cerminan masyarakat kelas pertengahan yang menikmati karya-karya mereka melalui tema yang disampaikan kaku mengena citarasa kelas tersebut.[2] Karya komedi mereka turut ada dipengaruhi penerbitan lawak yang masyhur ketika itu, seperti Gila-Gila.[2]
Pada tahun 2017, Senario akhirnya kembali semula ke industri tanah air sebagai Senariounion bersama kesemua anggota Senario. Pada 14 Mac 2020, kumpulan Senario merupakan artis pertama di Malaysia mengendalikan konsert tanpa kehadiran penonton dalam Konsert Minggu Ini: Anje Anje Senariounion. Kumpulan tersebut berbuat demikian bagi menyahut seruan kerajaan untuk mengekang penularan penyakit COVID-19 yang melanda negara.
Pada tahun 2021, kumpulan Senario akan menyambut ulang tahun mereka yang ke-25.
KeanggotaanSunting
Ahli awal (Jun 1996)Sunting
1997-1998Sunting
April 1998-1999Sunting
1999-2002Sunting
2002-2004Sunting
2004-2013Sunting
Senariounion (2017-kini)Sunting
Garis MasaSunting

SejarahSunting
Kumpulan Senario telah ditubuhkan pada 1996 hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1995 bilamana pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad menjadi naib juara tersebut.
Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk Hussain selaku yang mengetuai kumpulan Senario, serta anggota kumpulan iaitu Wahid, Ilya, Hamdan, Shamsul, Azlee dan Mazlan. Nama Senario ini diambil daripada idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario Setelah dilhamkan kembali oleh Shamsul Ghau Ghau. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama Senario pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan yang membawa watak komedi. Ternyata, sitkom komedi itu telah mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3.
Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar daripada Senario dan mereka bergerak berlima sehinggalah Ilya dan Hamdan turut mengundurkan diri sekitar tahun 1998. Kemudian Senario menjadi empat selepas kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin Yahya. Senario ialah kumpulan pelawak yang paling terkenal ketika berlima dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan, Yassin dan Saiful Apek. Namun, pada tahun 2002, Yassin telah terpaksa menarik diri daripada Senario kerana kontraknya telah tamat dan berlaku kontroversi sehingga nama Senario sedikit tercalar. Seterusnya, Saiful Apek juga telah mengundurkan diri daripada Senario kerana ingin bergerak secara solo pada tahun 2004. Selepas tahun 2005, Azlee, Lan dan Wahid merupakan anggota Senario yang tinggal dan aktif sehingga tahun 2013. Setelah itu, kumpulan tersebut telah kurang mendapat publisiti disebabkan kehadiran pelawak-pelawak baru yang mula menyinar.
Pada Tahun 2014, Kumpulan Senario dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman. Kesemua ahli Kumpulan Senario hadir bersama-sama di Anugerah Lawak Warna 2014 untuk menerima pengiktirafan tersebut.
Bermula tahun 2017, Kumpulan Senario bersama bekas anggota kumpulan tersebut seperti Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin telah bergabung semula dengan membentuk nama baru iaitu Senariounion. Kumpulan ini juga ingin menjemput semula anggota yang terawal seperti Shamsul Ghau-Ghau dan Farouk Hussein (penampilan jemputan).[perlu rujukan]
Senario merupakan kumpulan lawak pertama yang menyertai Anugerah Juara Lagu sehingga ke separuh akhir pada tahun 2000 (Cari Tapak) dan tahun 2003 (Joget Berbalas Pantun). Untuk final Anugerah Juara Lagu pula pada tahun 2000 dengan lagu Cepat Kaya dan tahun 2006 dengan lagu Zapin Cinta SMS bersama Adibah Noor. Ini merupakan satu sejarah dalam dunia muzik di tanahair kerana Senario berjaya memberikan saingan kepada penyanyi-penyanyi yang lain serta mempunyai lirik yang berunsurkan nasihat walaupun bukan daripada bidang nyanyian dan ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna bagi Senario sendiri.
Senario juga merupakan antara kumpulan pelawak yang mempunyai filem lebih banyak daripada pelawak yang lain dengan pengarah filem yang berbeza seperti Aziz M. Osman yang mengarahkan 5 buah filem bersama Senario iaitu Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), Lagi-Lagi Senario (2001), Senario XX (2005) dan Senario Pemburu Emas Yamashita (2006). Pengarah lain yang mengarahkan filem-filem Senario adalah seperti Lang Buana (2003) arahan Mamat Khalid, Senario The Movie: Episod 1 (2008) dan Senario The Movie: Episode 2 - Beach Boys (2009) arahan Ahmad Idham, Senario Asam Garam (2010) arahan Hatta Azad Khan dan Senario The Movie Ops Pocot (2011) arahan Ismail 'Bob' Hashim.
DiskografiSunting
Album studioSunting
Tahun | Judul | Jualan |
---|---|---|
1997 | Senario
|
100 000 unit [1] |
1998 | Senario 2
|
|
2000 | Senario 3 - Seantero
|
Melebihi 125,000 unit |
2001 | Senario Can Mali Can
|
|
2001 | Senario 4
|
|
2005 | Senario 5
|
|
2007 | Terunggul Vol 1 (kompilasi)
|
Lagu-laguSunting
- Sebelum Dan Sesudah
- Tahi Lalat
- Kerja
- Janji Kerepot
- Lip Lap Lip Lap
- Orang Kampung
- Cinta Berkarat
- Anje Anje
- Jeling Jeling
- Joget Senda Gurau
- Senario Theme
- Zapin Usik Mengusik ft Eisya
- Dikir Barat Siang Malam
- Sayangku Ooi
- Adik Adik
- Motor Kapchai
- Joget Toleh Menoleh
- Oh Ya Ye Tungau Cinta
- Laut, Udara, Darat
- Hatiku Di Kampung
- Calon Isteri
- Cari Tapak
- Cepat Kaya
- Cuba Teka Zapin Apa?
- Hukum
- Petani
- Cinta Sate
- Kang Kong Tong
- Blues Tunggang Langgang
- Rumah Tak Bertangga
- Nyanyian Hujan (Yassin Senario ft Elly Mazlein)
- Mulut
- Ceti Oh Ceti
- Kerja Baik Kerja Jahat
- Joget Berbalas Pantun
- Simpanlah Duit
- Al Kisah Pak Mat
- Kereta Piang
- Cekau Cekau
- Tanggungjawab Kahwin
- Rock & Roll Roti Canai
- Langgar Lari
- Sakit Dado Den
- Zapin Cinta SMS ft Adibah Noor
- Senarioria Fiesta
- Kekasih Lama
- Senario XX
- Darab
- Ole-Ole Kasih
- Jamilah
- Eh... Eh...
- Doi Didodoi Ibu Ayah
- Medley Senario
- Di Hari Yang Mulia(XS)
- Dulu Dan Sekarang(XS)
- Terima Kasih Cikgu(Senariounion)
- Musim Kenduri Kahwin (Senariounion)
LAGU-LAGU YANG BERKAITAN DENGAN KUMPULAN SENARIO
Sendi Yang Hilang
Penyanyi-Farouk Hussein
CATATAN
- Ini ialah lagu solo kepada Farouk Hussein
- Farouk Hussein ialah salah seorang ahli kumpulan Senario
- Lagu ini menceritakan tentang pentingnya memandu dengan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang kemalangan
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario
Lagu Hits Buatmu
Penyanyi-Syamsul Azhar/Syamsul Ghau Ghau
CATATAN
- Syamsul Azhar juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Senario
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario
Oh Ya Ya
Penyanyi-Syamsul Azhar/Syamsul Ghau Ghau
CATATAN
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario
Joget Senandung Raya
Penyanyi-Syamsul Azhar/Syamsul Ghau Ghau duet bersama Zakiah Anas
CATATAN
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario
Kampung Halamanku
Penyanyi-Azlee Jaafar
CATATAN
- Lagu ini merupakan satu-satunya lagu solo Azlee Jaafar
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario yang masih aktif hingga kini
Senandung Malam
Penyanyi-Kumpulan Sedozen ft Waheeda
CATATAN
- Merupakan lagu tema kepada filem Jangan Pandang Belakang Congkak lakonan Mazlan Ahmad sendiri bergandingan bersama Shaheizy Sam,Cat Farish & Azlee Jaafar
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Mazlan Ahmad walaupun lagu ini diluar projek Senario
Di Antara Kita
Penyanyi-Wahid Senario ft Eisya
CATATAN
- Merupakan lagu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan filem Lagi-Lagi Senario
- Eisya sebelum ini pernah bergandingan bersama kumpulan Senario menerusi lagu Zapin Usik Mengusik
- Lagu ini boleh didengar dalam filem Lagi-Lagi Senario ketika babak Wahid sedang meluangkan masa bersama-sama Mazlin(salah satu watak dalam filem Lagi-Lagi Senario lakonan Wardina Safiyah) dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan cinta antara Wahid dan Mazlin
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario
Ubat Luka
Penyanyi-Jep Sepahtu,Shuib Sepahtu,Ilya Buang & Rahim R2
CATATAN
- Merupakan lagu tema kepada sitkom Sepahtu Reunion
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Ilya Buang walaupun lagu ini diluar album Senario
- Penglibatan nyanyian Ilya Buang di dalam lagu ini membuktikan Ilya Buang merupakan satu-satunya pelawak yang telah menganggotai dua kumpulan pelawak yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia walaupun di zaman yang berbeza iaitu Kumpulan Senario & Kumpulan Sepahtu
Aspallela
Penyanyi-Saiful Apek
CATATAN
- Merupakan lagu tema kepada filem Duyung lakonan Saiful Apek sendiri bergandingan bersama Dato' Awie Wings,Maya Karin & Yassin Yahya
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario
Lady Boss
Penyanyi-Saiful Apek
CATATAN
- Merupakan lagu tema kepada filem Lady Boss lakonan Saiful Apek sendiri bergandingan bersama Yusry Abdul Halim & Ning Baizura
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario
Joget Ikutkan Hati
Penyanyi-Saiful Apek
CATATAN
- Lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario
Hua Hua Hua
Penyanyi-Saiful Apek
CATATAN
- Lagu ini seharusnya diberi perhatian juga oleh peminat kumpulan Senario kerana lagu ini dinyanyikan oleh salah seorang ahli kumpulan Senario walaupun lagu ini diluar projek Senario
Konsert SenarioSunting
- Konsert Senario sempena pelancaran album pertama (1996)
- Konsert Senario Anti-Lanun(1997)
- Konsert Senario sempena pelancaran album ke-2 Senario(1998)
- Konsert Pop Okestra Kuala Lumpur bersama Senario(1999)
- Konsert Senario Live in Singapore (2000)
- Konsert Senario Live in Brunei (2000)
- Konsert Senario sempena Tahun Melawat Perak (2000)
- Konsert Senario Live in Johor Bahru (2001)
- Konsert Senario Live in Brunei (2003)
- Konsert Komedi Astro Warna Senariounion(2017)
- Konsert Minggu Ini RTM (2020)
- Konsert Mega Lawak - Astro Warna (2022)
FilemografiSunting
FilemSunting
- Senario The Movie (1999)[3]
- Senario Lagi (2000)
- Lagi-Lagi Senario (2001)
- Lang Buana (2003)
- Senario XX (2005)
- Senario Pemburu Emas Yamashita (2006)
- Senario The Movie: Episode 1 (2008)
- Senario The Movie Episod 2: Beach Boys (2009)
- Senario Asam Garam (2010)
- Senario The Movie Ops Pocot (2011)
- Jaga-Jaga Senariounion (2022) -
Sitkom/Drama/KartunSunting
- Senario (1996-2012)
- Senario: Misteri BamBoo (2011-2012)
- Senario Toons (2016)
TelefilemSunting
- Senario Musang Berjanggut (2003)
- Senario Ejen 003 (2010)
- Senario: Sayang Ayah (2012)
- Senario: Misteri Malam Raya (2013)
Rancangan RealitiSunting
- Senario Gelak Kaya (2004) - sebagai pengacara
PencapaianSunting
MUZIK MUZIK & ANUGERAH JUARA LAGU
Anugerah Juara Lagu | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
2000 | Cepat Kaya | Senario 3 - Seantero | Azmeer | Zira, Azlee, Wahid | Irama Malaysia | Tercalon |
2006 | Zapin Cinta SMS | Senario 5 | Anuar Dahlan | Anuar Dahlan | Tercalon | |
Separuh Akhir Muzik Muzik | ||||||
2000 | Cari Tapak | Senario 3 - Seantero | Azmeer | Zira, Azlee, Wahid | Pop Rock | Kandas |
Cepat Kaya | Irama Malaysia | Terpilih | ||||
2003 | Joget Berbalas Pantun | Senario 4 | Ijat | Senario | Kandas | |
2006 | Zapin Cinta SMS | Senario 5 | Anuar Dahlan | Anuar Dahlan | Terpilih |
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN
Tahun | Anugerah | Penerima | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1998/99 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998/99 | Senario | Penghibur TV Popular | Menang |
2000 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang | |
Penghibur TV Popular | Menang | |||
2001 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang |
ANUGERAH SKRIN
Tahun | Anugerah | Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1997 | Anugerah Skrin 1997 | Senario
( dalam episod - Umar Asmara) |
Rancangan Hiburan Terbaik | Menang |
1999 | Anugerah Skrin 1999 | Senario
( dalam episod - Ibu Mertuaku) |
Tercalon | |
2007 | Anugerah Skrin 2007 | Senario | Menang |
ANUGERAH LAWAK WARNA
Tahun | Anugerah | Penerima | Kategori |
---|---|---|---|
2014 | Anugerah Lawak Warna 2014 | Senario | Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman |
BukuSunting
- Komik "Senario" (1999)
GaleriSunting
RujukanSunting
- ^ Saiful Apek dah tak lakon komedi?
- ^ a b The Senario of Malaysian Television Culture (1996-2003). Siniar produksi BFM 89.9. Wawancara oleh Haniff Baharuddin bersama Luqman Lee. 23 Disember 2019.
- ^ https://mbasic.facebook.com/notes/filemkitacom/10-filem-senario-1999-2011/408576482526018/
Pautan luarSunting
- Senario Diarkibkan 2013-08-14 di Wayback Machine di The 8 Unit
- Lirik lagu Senario
- http://www.senariotv3.com/ (laman web rasmi dari 2000 sehingga 2002
- http://www.senariotv3.com.my
| below =
- Lihat Juga: Sinaran Pasport Kegemilangan
}}(laman web rasmi sejak 2003 sehingga 2006)
- http://www.instagram.com/senariounion/ (laman rasmi Instagram kumpulan Senario)