Soutul Amal

kumpulan nasyid Malaysia
(Dilencongkan dari Kumpulan Shoutul Amal)

Soutul Amal ialah sebuah kumpulan penyanyi nasyid di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu dan berasal dari Terengganu. Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang iaitu Mohd Subri Abdullah, Mohd Firdaus Sahiddin, Abdul Alim Zakaria dan Mohd Fakhrurrazi Hussin

Shoutul Amal
Latar belakang
Berasal dariTerengganu Terengganu, Malaysia
GenreNasyid
InstrumenVokal
Penampilan sulung
melalui karya "Amal Kerana Allah" (1998)
Tahun aktif1998 - kini
Syarikat rakaman
Bustanul Amal Production
Soutul Amal Records
Pengkarya berkait
Daqmie, Rabbani, UNIC, Fadzli Aziz, Hijjaz
Laman sesawang
Soutul Amal
AhliMohd Subri Abdullah
Mohd Firdaus Sahiddin
Abdul Alim Zakaria
Mohd Fakhrurrazi Hussin

Penubuhan sunting

Soutul Amal ditubuhkan pada 5 Jun 1998 di Terengganu, Malaysia di bawah pengurusan Bustanul Amal Production[1], kemudiannya di bawah pengurusan sendiri iaitu Soutul Amal Records. Kumpulan ini pada asalnya merupakan gabungan antara Unit Amal Syabab dan Unit Amal Walad yang pernah menjadi johan selama dua tahun dalam pertandingan nasyid dan tiga tahun dalam pertandingan azan di Jambori Amal Peringkat Kebangsaan[2].

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • Amal Kerana Allah (1998)
  • Gema Perjuangan (2001)
  • Soutul Amal [Edisi Khas]
  • Langkah Pejuang (2015)
  • Raya & Usia (2015)
  • #DutaKasihSayang (2016)
  • Untukmu Pejuang (2018)

Album kompilasi sunting

  • Satu Analisa (2005)
  • Seru Pembelaan (2015)

Single sunting

  • Langkah Pejuang (2015)
  • Raya & Usia (2015)
  • Murabbi Ummah (2015)

Pencapaian sunting

Tahun Anugerah Lagu Album Pencipta lagu Penulis Lirik Keputusan
2017 Anugerah Nasyid 2017 Seru Pembelaan #DutaKasihSayang Mohd Firdaus Sahiddin Mohd Firdaus Sahiddin Tercalon di peringkat separuh akhir
Tujuh Dinar Terakhir #DutaKasihSayang Alfa Booty Kesuma Mohd Firdaus Sahiddin Tercalon di peringkat separuh akhir
2019 Anugerah Nasyid 2019 Awwal Kalam #DutaKasihSayang Mohd Firdaus Sahiddin Mohd Firdaus Sahiddin & Tuan Guru Haji Muhammad Zawawi Abdullah Tercalon di peringkat separuh akhir

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "SOUTUL AMAL ANTARA MUNSYID YANG KEKALKAN DENGAN TEMA PERJUANGAN MELALUI LAGU NASYID". Komuniti Pencinta Nasyeed. 25 Julai 2016. Dicapai pada 26 Mac 2023.
  2. ^ "Profil Kumpulan Shoutul Amal". Laman Web Shoutul Amal. Dicapai pada 26 Mac 2023.