Sons of Adam

(Dilencongkan dari Kumpulan SonOfAdam)

Kumpulan SonsOfAdam merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang ditubuh pada tahun 1969, era hippie dan psychedelic rock, dibawah nama The Gypsies sebelum mengubah nama kepada SonsOfAdam pada tahun 1972. Pada masa itu, kumpulan ini telah merakamkan sebuah EP dibawah Butterflies Record Enterprise, di Ipoh, dengan penyanyi M.Jeybond

SonsOfAdam
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanKumpulan Rock
Tahun aktif1909 - semasa
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
https://www.facebook.com/SonsOfAdam.Malaysia/
AhliRuzlan Omar a.k.a Lan (band leader / drummer asal)
Adli Putra Mashudi a.k.a Deli Putra (gitar dan vokal)
Sunny Awaa Rashid (bass dan vokal)
Fahmy Abdul Jalil (gitar)
Ahmad Satiman Ismail (dari 2017)
Bekas ahliDilla Hussein

Pada era 80-an kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu bahasa Melayu mengikut trend 'rock kapak' zaman 80-an, dan berjaya mengeluarkan dua buah album, sebelum dibubar. Pada tahun 2010, pemain drum asal yang masih aktif dibidang muzik, menghidupkan semula kumpulan SonsOfAdam dengan anggota baru dengan memberi tumpuan kepada genre classic rock and blues dan menyampai lagu-lagu Melayu dan bahasa Inggeris.

Ahli kumpulan asal 1969 sunting

  • Harun Mat'Arof atau lebih dikenal sebagai Harun Santana (pemain gitar dan ketua kumpulan)
  • Ruzlan Omar (pemain drum)
  • Zain Musa (pemain gitar)
  • Mohd Hashim Mohd Noor (pemain bass)

Ahli kumpulan 2010 - 2020 sunting

  • Ruzlan Omar (ketua band dan pemain drum)
  • Adli Putra Mashudi atau lebih dikenal sebagai Deli Putra (vokalis utama dan pemain gitar)
  • Sunny Awaa Rashid (pemain bass gitar dan vokal, bekas kumpulan Falcons dan Made in Malaysia)
  • Fahmy Abdul Jalil (pemain gitar dan vokal)

Anggota tambahan tahun 2017:

  • Ahmad Satiman Ismail (pemain keyboard dan vokal, bekas kumpulan Shima 'n the Boys)

Bekas anggota:

  • Dilla Hussein (vokalis)[1]
  • Harun Santana (gitar)

== Ahli Kumpulan 2022-2024

  • Ojie (Vokalis)
  • Arie (Gitar)
  • Mann (Bass)
  • Famy (Keyboard)
  • Fann (Drum)
  • Namat (Trompet)

Diskografi sunting

Album sunting

  • Memori Duka (1987)
  • Sons of Adam (1988)

Lagu popular sunting

  1. Memori Duka
  2. Luka Di Hati
  3. Lepaskanku Ke Langit Ungu

Rujukan sunting

  1. ^ Esme Johari Wahab (2011/04/22). "Sons of Adam kembali". myMetro. Dicapai pada 25 Jun 2013. Check date values in: |date= (bantuan)