Buka menu utama

Kumpulan Spring adalah salah sebuah kumpulan pop di Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1980-an iaitu pada tahun 1987. Nama kumpulan ini mula berada di puncak apabila single daripada album kedua mereka yang berjudul Sampai Hati merajai carta muzik Malaysia dan Indonesia pada tahun 1993. Setelah itu Spring melahirkan lebih banyak lagu nombor satu seperti Bourgenvilla, Persada Cintaku, Butakah Cinta, dan Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. Menerusi 8 buah studio album dan beberapa buah kompilasi, kumpulan ini berjaya menjual lebih 500,000 unit secara keseluruhan dan menjadi salah satu dari artis Malaysia dengan jualan album terbanyak dalam sejarah. Kumpulan ini pernah meraih anugerah Kumpulan Muzik Paling Popular 1994 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Kumpulan Spring
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreBalada, Pop rock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
Tahun aktif1987 - 2003
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
AhliAmeng - Vokal
Zahar - Gitar
Iskandar - Gitar
Empy - Bass
Acong - Dram
Bekas ahliYunus - Bass
Amat - Vokal

Isi kandungan

Permulaan kerjayaSunting

Bakat mereka mula dicungkil menerusi pertandingan muzik "War Rock 1" pada 1987 & "War Rock 3" pada 1989. Namun kumpulan Spring mula mencipta nama di dalam industri muzik tanah air pada awal 1990-an menerusi album pertama berjudul Spring yang mempertaruhkan lagu Sejiwa. Kumpulan Spring adalah kumpulan pop rock yang seangkatan dengan kumpulan Mega, Iklim, Exists & Ekamatra. Menerusi album pertama, kumpulan ini mencipta trademark tersendiri menerusi lagu-lagu cinta yang mendayu-dayu berkonsepkan pop rock, balada & kebanyakan rakaman juga dibuat dalam bentuk akustik.

Puncak kegemilanganSunting

Kumpulan Spring mula mendaki puncak populariti pada 1993 menerusi lagu Sampai Hati ciptaan bersama M. Nasir di mana lagu tersebut layak ke pertandingan akhir Pujaan 10 Nescafe dan Anugerah Juara Lagu ke-8 dalam kategori Balada. Sejak itu deretan hits seperti Bourgenvilla, Cempaka Di Rembulan dan Romantis meniti corong-corong radio, Kumpulan ini juga turut mempopularkan rakaman menerusi lagu lagu yang bercorak akustik seperti Butakah Cinta, Sejujur Mana Kata Kata dan Persada Cintaku hingga memberi pengaruh kepada banyak kumpulan pop selepas mereka seperti Exists, Slam, Ukays dan Umbrella. Fenomena itu menyebabkan mereka merakamkan kembali lagu popular yang memperkenalkan nama Spring iaitu Sejiwa di dalam versi akoustik menerusi album kompilasi Balada Gemilang. Walaupun pada pertengahan dan penghujung tahun 1990-an banyak kumpulan-kumpulan muzik baru yang muncul di industri muzik Malaysia dengan genre muzik serupa, namun kumpulan Spring masih utuh sebagai salah sebuah kumpulan muzik yang popular di Malaysia. Buktinya Spring kembali mendaki puncak populariti pada penghujung 1990-an menerusi lagu popular mereka iaitu Kita Di Takdirkan Jatuh Cinta, Kerana Budi Ku Jatuh Hati dan Pesanan Buat Kekasih sedangkan beberapa kumpulan seangkatan tidak lagi mampu meraih jualan memberangsangkan.

KeahlianSunting

1987-1990Sunting

  1. Ahmad Hafzan Abdullah (Amat) - Vokalis
  2. Mohd Azhar Mohd Yusof (Zahar) - Gitar Kedua
  3. Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail (Iskandar) - Gitar Utama
  4. Mohd Yunus Mokhtar (Yunus) - Bass
  5. Rozli Yahaya (Acong) - Dram

1991Sunting

  1. Wan Aminuddin Wan Ismail (Ameng) - Vokalis
  2. Zahar - Gitar Kedua
  3. Iskandar - Gitar Utama
  4. Yunus - Bass
  5. Acong - Dram

1992-1994Sunting

  1. Wan Aminuddin Wan Ismail (Ameng) - Vokalis
  2. Zahar - Gitar Kedua
  3. Iskandar - Gitar Utama
  4. Acong - Dram

- Pemain bass Spring pada ketika ini kerap bertukar ganti sehinggalah kemasukan Empy sebagai pemain bass tetap pada tahun 1995.

Spring 1995-2003Sunting

  1. Ameng - Vokalis
  2. Zahar - Gitar Kedua
  3. Iskandar - Gitar Utama
  4. Mohamad Riza Mahamad Amran (Empy/MP) - Bass
  5. Acong - Dram

Walaupun kumpulan Spring berasal dari Terengganu, hanya Ameng dan Iskandar sahaja yang berasal dari negeri tersebut manakala 3 anggota Spring yang lain iaitu Zahar, Empy dan Acong masing-masing berasal dari Johor, Perak dan Negeri Sembilan. Anggota Spring yang paling popular ialah vokalisnya, Ameng yang juga pernah mendirikan rumahtangga dengan dramatis/penerbit terkenal Zaidah Awang ataupun A. Aida pada tahun 1993 hingga 2002. Mereka pernah bercerai sekali dan rujuk semula sebelum kembali bercerai pada 2004.

Aktres Sofia Jane, Zizie Ezette dan pelawak Sharifah Shahora adalah antara artis wanita yang pernah muncul dalam muzik video kumpulan Spring.

Isu narkotik, perpecahan & reunionSunting

Kumpulan Spring terutama vokalisnya, Ameng tidak surut dari dikaitkan dengan kontroversi berkaitan penyalahgunaan dadah. Kumpulan ini mengambil keputusan untuk berpecah pada tahun 2004 biarpun jualan album terakhir mereka Hati Mahu Baik disifatkan memberangsangkan. Sejak itu, Ameng meneruskan karier sebagai penyanyi solo.

Selepas 15 tahun mereka tidak beraksi sebagai sebuah kumpulan, akhirnya mereka telah mengadakan mini showcase di mana mereka telah bergabung semula walaupun kekurangan 2 ahli iaitu Iskandar dan Acong kerana tuntutan masa dan kesihatan. Namun begitu, Acong turut hadir memberikan sokongan kepada anggota Spring yang menjayakan persembahan iaitu Ameng, Zahar dan juga Empy. Mini showcase tersebut telah berlangsung pada 9 Mac 2018 di Restoran D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur.

DiskografiSunting

Album studioSunting

Tahun Tajuk Jualan
1991 Spring
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1991
  • Format : Kaset
  • Label : Sony Music
1992 Sampai Hati
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1992
  • Format : Kaset
  • Label : Sony Music
1994 Bourgenvilla
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1994
  • Format : Kaset
  • Label : Sony Music
1995 Jujur
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Format : Kaset, CD
  • Label :
1996 Spring
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1996
  • Format : Kaset, CD
  • Label :
1997 Luahan
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1997
  • Format : Kaset, CD
  • Label :
1998 Kerana Budi
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1998
  • Format : Kaset, CD
  • Label :
2001 Hati Mahu Baik
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2001
  • Format : Kaset, CD
  • Label :

Album HimpunanSunting

Album KompilasiSunting

Kemunculan LainSunting

  • War Rock 1 (1987)
  • War Rock 3 (1989)

SingleSunting

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1991 "Sejiwa" Spring
"Coretan Terbiar"
1992 "Sampai Hati" Sampai Hati
1993 "Kemarau Kasih"
"Sinar Abadi"
1994 "Butakah Cinta" Bourgenvilla
"Bourgenvilla"
"Wakaf"
"Sepi Tanpa Cinta"
"Tamu Beradu" Pasti Hits
1995 "Cempaka Di Rembulan" Pujaan Gemilang
"Kasih Yang Tak Pasti"
menampilkan Opie
"Sejujur Mana Kata-kata" Jujur
"Jinak Merpati"
"Keadaan Memaksa"
1996 "Jurang Kasih"
"Hampa"
"Romantis" 5
"Persada Cintaku"
"Sesekali Terlupa"
"Nirwana"
"Sejiwa" (Akustik) Balada Gemilang
1997 "Asmara Palsu"
"Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta"
"Dulu dan Sekarang"
"Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta" Luahan
"Luahan"
1998 "Ku Lepaskan Kau Pergi"
"Kerana Budi Ku Jatuh Hati " Kerana Budi
"Utusan Lama"
"Semoga Cinta Kita Bahagia"
1999 "Diam Merindu"
"Pesanan Buat Kekasih" Galeri Gemilang
"Inginku Takluki Hatimu"
"Terangi Kembali" Terus Gemilang
2000 "Menggapai Sinarmu"
2001 "Sambutlah Cintaku" Hati Mahu Baik
"Hati Mahu Baik"
2003 "Teringat Kembali" Kegemilangan Spring

Anugerah dan pencapaianSunting

ANUGERAH JUARA LAGU

  1. 1993 - FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE 8 / SAMPAI HATI
  2. 1996 - FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE 11 / ROMANTIS


SEMI FINAL MUZIK-MUZIK

  1. 1994 - BOURGENVILLA
  2. 1998 - KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA
  3. 1999 - PESANAN BUAT KEKASIH


ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

  1. 1993
    1. MENANG - VIDEO MUZIK TERBAIK (SAMPAI HATI)
    2. TOP 5 (VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album SAMPAI HATI)
    3. TOP 5 (KULIT ALBUM TERBAIK album SAMPAI HATI)
  2. 1995 - TOP 5 (VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK album BOURGENVILLA)
  3. 1996 - TOP 5 (ALBUM ROCK TERBAIK / JUJUR - SPRING)


ANUGERAH BINTANG POPULAR

  1. 1993 - TOP 5 (PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR)
  2. 1994 - MENANG - PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR
  3. 1995 - TOP 5 (PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR)


ANUGERAH PLATINUM

  1. ALBUM :
    1. BOURGENVILLA (1994)
    2. LUAHAN (1997)
    3. GALERI SPRING (1999)

RujukanSunting

Pautan luarSunting