Kumpulan Tentera Darat B

Kumpulan Tentera Darat B adalah nama tiga kumpulan tentera darat berlainan Jerman yang bertempur dalam Perang Dunia II.

Bendera Panglima Kumpulan Tentera Darat 1941–1945

Pertempuran untuk Perancis

sunting

Yang pertama telah terlibat dalam Kempen Barat tahun 1940 di Belgium dan Belanda yang mana sasarannya untuk menakluki jambatan Maas selepas tindakan askar payung terjun Jerman di Rotterdam. Kumpulan Tentera Darat B memiliki kira-kira 300,000 anggota yang terlibat dalam operasi ini yang berlaku pada bulan Mei 1940.

Barisan Timur

sunting

Kumpulan Tentera Darat B yang kedua telah dibentuk apabila Kumpulan Tentera Darat Selatan dipecahkan kepada dua formasi untuk penyerangan musim panas tahun 1942. Kumpulan Tentera Darat B telah diberi tugas melindungi rusuk utara Kumpulan Tentera Darat A, dan termasuklah serangan Tentera Darat Ke-6 ke atas Stalingrad.

Pada Februari 1943, tinggalan Kumpulan Tentera Darat B dan Kumpulan Tentera Darat Don telah digabungkan bagi mewujudkan sebuah Kumpulan Tentera Darat Selatan yang baru.

Itali dan utara Perancis

sunting

Kumpulan Tentera Darat B yang baru telah dibentuk di utara Itali dibawah Fil Marsyal Erwin Rommel pada tahun 1943, untuk mempertahankan Itali dari kemungkinan serangan Bersekutu disana.

Kumpulan Tentera Darat B kemudian dipindahkan ke utara Perancis untuk mempertahankan taklukan Perancis daripada pendaratan D-Day, pada 6 Jun 1944. Pada 19 Julai, Fil Marsyal Günther von Kluge mengambil alih daripada Rommel. Hampir sebulan kemudian, pada 17 Ogos, Fil Marsyal Walter Model menggantikan Kluge. Dari tahun 1944 hingga 1945, kumpulan tentera darat tersebut berjuang didalam kempen Perancis. Kumpulan Tentera Darat B terlibat dalam Pertempuran Normandy. Berpindah ke Negeri-Negeri Pamah, Model terkejut apabila Markasnya terletak di Osterbeek berhampiran dengan Arnhem semasa permulaan Operasi Market Garden pada 17 September[1]dan kumpulan tentera darat beliau mengambil bahagian pula dalam Pertempuran Bulge. Akhirnya, Kumpulan Tentera Darat B telah terasing dalam Kelompok Ruhr di utara Jerman dan, selepas dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, bahagian terakhir telah menyerah kalah pada 21 April 1945.

Para Panglima

sunting

Barisan Barat

Barisan Timur

Utara Itali/Utara Perancis

Senarai tempur

sunting

Pasukan Markas Kumpulan Tentera Darat

sunting
  • Rejimen Ke-537 Semboyan
  • Rejimen Ke-605 Semboyan (barisan ke2)

Unit-unit bawahan

sunting
Tarikh Ketumbukan bawahan
1939
November 1939 Tentera Darat Ke-4, Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-18
1940
Mei 1940 Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-18
Jun 1940 Tentera Darat Ke-9, Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-4, Kumpulan Panzer Kleist
Julai 1940 Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-4
Ogos 1940 Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-4, Tentera Darat Ke-6
September 1940 Tentera Darat Ke-18, Tentera Darat Ke-4, Tentera Darat Ke-6
1941
Januari 1941 Tentera Darat Ke-18, Tentera Darat Ke-4, Tentera Darat Ke-17, Kumpulan Ke-2 Panzer, Panglima tentera dalam Kerajaan Umum
Mei 1941 Tentera Darat Ke-9, Tentera Darat Ke-4
1942
Ogos 1942 Tentera Darat Ke-2, Tentera Darat Ke-2 Hungary, Tentera Darat Ke-8 Itali, Kor XXIX, Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-4 Panzer
September 1942 Tentera Darat Ke-2, Tentera Darat Ke-2 Hungary, Tentera Darat Ke-8 Itali, Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-4 Panzer
Oktober 1942 Tentera Darat Ke-2, Tentera Darat Ke-2 Hungary, Tentera Darat Ke-8 Itali, Tentera Darat Ke-4 Panzer, Tentera Darat Ke-3 Romania, Tentera Darat Ke-4 Romania
November 1942 Tentera Darat Ke-2, Tentera Darat Ke-2 Hungary, Tentera Darat Ke-8 Itali, Tentera Darat Ke-3 Romania, Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-4 Panzer, Tentera Darat Ke-4 Romania
Disember 1942 Tentera Darat Ke-2, Tentera Darat Ke-2 Hungary, Tentera Darat Ke-8 Itali
1943
Januari 1943 Tentera Darat Ke-2, Tentera Darat Ke-2 Hungary, Tentera Darat Ke-8 Itali, Detasmen Ketumbukan Fretter-Pico
Februari 1943 Tentera Darat Ke-2, Detasmen Ketumbukan Lanz, Tentera Darat Ke-8 Itali, Tentera Darat Ke-2 Hungary
September 1943 Kor LI, Kor II SS, Kor LXXXVII
Disember 1943 dibawah OKW di Denmark
1944
Mei 1944 Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-15, panglima Wehrmacht di Belanda
Jun 1944 Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-15, panglima Wehrmacht di Belana, Kumpulan Panzer Barat
Ogos 1944 Tentera Darat Pertama, Tentera Darat Ke-5 Panzer, Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-15, panglima Wehrmacht di Belanda
September 1944 Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Para Pertama, Tentera Darat Ke-15
November 1944 Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-5 Panzer, Kumpulan Tentera Darat Student
Disember 1944 Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-5 Panzer
1945
Januari 1945 Tentera Darat Ke-7, Tentera Darat Ke-5 Panzer, Tentera Darat Ke-6 Panzer, Tentera Darat Ke-15
Februari 1945 Tentera Darat Ke- 7, Tentera Darat Ke-5 Panzer, Tentera Darat Ke-15
April 1945 Tentera Darat Ke-15, Tentera Darat Ke-5 Panzer, Detasmen Ketumbukan von Lüttwitz

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Builder, Banks, Nordin, p. 106

Bibliografi

sunting
  • Builder, Carl H., Bankes, Steven C. & Nordin Richard, Command concepts: a theory derived from the practice of command and control, RAND, Santa Monica, CA, 1999

Templat:Pertempuran Stalingrad