Kumpulan Tentera Darat Selatan

Kumpulan Tentera Darat Selatan (Jerman: Heeresgruppe Süd) adalah nama beberapa kumpulan tentera darat Jerman semasa Perang Dunia II.

Kempen Poland sunting

Jerman menggunakan dua kumpulan tentera darat untuk menceroboh Poland pada tahun 1939: Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat Selatan. Di dalam kempen ini Kumpulan Tentera Darat Selatan telah dipimpin oleh Gerd von Rundstedt dan ketua stafnya Erich von Manstein.

Barisan Timur sunting

Kumpulan Tentera Darat Selatan merupakan salah sebuah daripada tiga kumpulan tentera darat yang mana pihak Jerman menyusun bala tentera mereka untuk Operasi Barbarossa. Objektif utama Kumpulan Tentera Darat Selatan ialah untuk menawan Ukraine dan ibu negaranya Kiev. Ukraine adalah pusat utama industri dan perlombongan Soviet serta memiliki tanah kebun yang baik sesuai dengan rancangan Hitler untuk Lebensraum ('ruang kehidupan').

 
Mesyuarat di markas Kumpulan Tentera Darat Selatan di Poltava pada 1 Jun 1942.

Kumpulan Tentera Darat Selatan kemudian mara ke Sungai Volga, mengalahkan bahagian-bahagian Tentera Merah dan dengan itu membuka laluan untuk Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat Tengah mara kearah Leningrad dan Moscow.

Untuk melaksanakan tugas-tugas awal ini, senarai tempur termasuklah Kumpulan Pertama Panzer dan Tentera Darat Ke-6, Tentera Darat Ke-17 dan Tentera Darat Ke-11 Jerman, dan Tentera Darat Ke-3 dan Tentera Darat Ke-4 Romania.

Tentera Darat Ke-6 Jerman, yang berjuang dalam Pertempuran Stalingrad yang membinasakan itu, telah dibentuk semula dan kemudian menjadi sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan.

Sebagai persediaan untuk Operasi Blue, kempen tahun 1942 di selatan Rusia dan Caucasus, Kumpulan Tentera Darat Selatan telah dipecahkan kepada dua: Kumpulan Tentera Darat A dan Kumpulan Tentera Darat B.

Pada Februari 1943, Kumpulan Tentera Darat Don dan tinggalan Kumpulan Tentera Darat B telah digabungkan dan direka semula Kumpulan Tentera Darat Selatan. Kumpulan Tentera Darat B yang baru menjadi sebuah formasi di tempat lain.

Pada 4 April 1944, Kumpulan Tentera Darat Selatan telah direka semula sebagai Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara. Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara wujud dari 4 April hingga 28 September.

Pada September 1944, Kumpulan Tentera Darat Ukraine Selatan telah direka semula sekali lagi sebagai Kumpulan Tentera Darat Selatan.

Senarai Tempur Kumpulan Tentera Darat Selatan, Oktober 1944 sunting

Kumpulan Tentera Darat Ketumbukan darat Kor Divisyen Catatan
 
South
Gen Friessner
Jerman
Tentera Darat Ke-6
Gen Fretter-Pico
Kor IV Panzer
LtGen Kleeman
Divisyen Ke-24 Panzer
 
Kor LXXII
LtGen Schmidt
Divisyen Ke-76 Infantri
 
Hungarian
Kor VII
MajGen Vörös
Hungary
Divisyen Ke-8 Simpanan
 
Hungary
Divisyen Ke-12 Simpanan
 
Kor III Panzer
LtGen Breith
Divisyen 1 Panzer
 
Divisyen Ke-13 Panzer
 
Divisyen Ke-23 Panzer
 
Feldherrnhalle
Divisyen Panzergrenadier
 
Divisyen Ke-22 Kavalri SS
Maria Theresa
 
Divisyen Ke-46 Infantri
 
Batalion Ke-503 Kereta Kebal Berat
 
Jerman
Tentera Darat Ke-8
Gen Wöhler
Jerman
Kor XVII
LtGen Kreysing
Jerman
Divisyen Ke-8 Jäger
 
Hungary
Divisyen Ke-27 Infantri
 
Hungary
Briged Ke-9 Sempadan
 
Hungary
Kor IX
BrigGen Kovács
Jerman
Divisyen Ke-3 Gunung
 
Hungary
Divisyen Ke-2 Gantian
 
Jerman
Kor XXIX
LtGen Röpke
Jerman
Divisyen Ke-8 Kavalri SS
Florian Geyer
 
Jerman
Divisyen Ke-4 Gunung
 
Hungary
Tentera Darat Kedua
LtGen von Dalnoki
(Diserapkan ke
Jerman
Tentera Darat Ke-6)
Hungary
Kor II
MajGen Kiss
Hungary
Divisyen Ke-2 Armor
 
Hungary
Divisyen Ke-25 Infantri
 
Jerman
Divisyen Ke-15 Infantri
 
Hungary
Grup Finta
BrigGen Finta
Hungary
Divisyen Ke-7 Gantian
 
Hungary
1 Gantian
Briged Gunung
 
Hungary
2 Gantian
Briged Gunung
 
Tentera Darat Simpanan
LtGen von Dalnoki
Hungary
Divisyen Ke-9 Gantian
 
Hungary
Tentera Darat Ketiga
LtGen Heszlényi
Hungary
Kor VIII
MajGen Lengyel
Hungary
Divisyen Ke-23 Simpanan
 
Hungary
Divisyen Ke-5 Gantian
 
Hungary
Divisyen Ke-8 Gantian
 
Hungary
Divisyen 1 Armor
 
Jerman
Kor LVII Panzer
LtGen Kirchner
Divisyen Ke-4
Panzergrenadier SS
 
Hungary
Divisyen Ke-20 Infantri
 
Hungary
Divisyen 1 Kavalri
 
Tentera Darat Simpanan
LtGen Heszlényi
Hungary
Szent László
Divisyen Infantri
 

Pada penghujung Perang Dunia II di Eropah, Kumpulan Tentera Darat Selatan sekali lagi dinamakan semula. Sebagai Kumpulan Tentera Darat Ostmark, saki baki Kumpulan Tentera Darat Selatan mengakhiri perang dengan pertempuran di Austria dan Czechoslovakia. Kumpulan Tentera Darat Ostmark merupakan salah sebuah formasi besar terakhir tentera Jerman yang menyerah kalah kepada pihak Bersekutu.