The Muffins

(Dilencongkan dari Kumpulan The Muffins)


Kumpulan The Muffins merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu berentak Indie Pop Rock walaupun pada mulanya sering disalah anggap sebagai sebuah kumpulan dari Indonesia. Berjaya menghasilkan sebuah album sendiri dan album kedua yang tidak dapat dikeluarkan kerana masalah dengan syarikat rakaman.

The Muffins
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2000 - Sekarang
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Ahli(Apex) Zulkarnain bin Zainal
(Bard) Badrul Hisham bin Abdullah
(Ajak) Abdul Razak bin Ramli @ Mohd Shah
(Wan) Mohd Herwan bin Sairon
(Nick) Mohd Azrul bin Hayat Ismail

Berpaksikan kepada muzik dari kumpulan seperti Radiohead, The Beatles, The Ramones, The Verve, Dewa, Padi dan lain-lain, hasilnya adalah sebuah album yang lebih bersifat ekperimen. Olahan dan adunan muzik yang bersahaja tetapi mantap, dan dengan persembahan pentas yang menghiburkan dan bertenaga dengan aksi lompatan-lompatan pentas mereka, kerana mereka percaya bahawa penonton yang hadir ke persembahan pentas mahukan hiburan, bukan sekadar mendengar lagu.

Ahli-ahli sunting

Kumpulan The Muffins dibarisi lima remaja,

  1. (Apex) Zulkarnain bin Zainal - Penyanyi.
  2. (Bard) Badrul Hisham bin Abdullah - Gitar
  3. (Ajak) Abdul Razak bin Ramli @ Mohd Shah - gitar
  4. (Wan) Mohd Herwan bin Sairon - Bass
  5. (Nick) Mohd Azrul bin Hayat Ismail - Drum.

Menurut Apex, mereka meminati muzik yang dipopularkan oleh Beatles, Radiohead, Dewa dan Padi. Konsep lagu yang akan mereka perjuangkan ialah alternatif. Jelas Apek, sebelum penubuhan The Muffins, Ajak pernah menganggotai kumpulan Stiff River manakala Badrul pula bekas ahli kumpulan Flop Poppy.

Kami bertemu di satu studio di Kuala Lumpur. Waktu itu masing-masing baru selesai menjalani latihan di situ.

Pada pertemuan itu, Badrul telah mencetuskan idea untuk menubuhkan The Muffins.

Menyedari kami mempunyai minat yang sama lalu idea itu menjadi kenyataan. Namun sebagai percubaan dan untuk melihat sejauh mana pendengar boleh menerima kehadiran The Muffins dalam persada seni, NSR mahu Mimpi Lagi dimuatkan dalam The Bands.

“Lagu itu adalah ciptaan kami sendiri.

“The Muffins sangat berbesar hati kerana NSR sudi memuatkan lagu ciptaan kami dalam album itu. Sebagai orang baru tentu sekali peluang itu terus menaikkan semangat kami dan lebih optimis untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh ini.

Kini Mimpi Lagi sudah diputarkan di corong semua stesen radio. Kami harap Mimpi Lagi tidak mengecewakan kerana pada Julai atau Ogos ini kami akan hadir dengan album studio penuh,” kata Apex.

Kelima-lima anak muda itu mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Kerana minat yang membara di jiwa, mereka tidak mahu untuk mengenepikan bakat seni itu begitu saja.

Paling mustahak mereka sudah menamatkan pelajaran masing-masing sekali gus hasrat ibu bapa tertunai sudah.

Jadi tidak salah jikalau kami meneruskan minat seni ini. Kelulusan yang ada boleh dijadikan sandaran masa depan sekiranya The Muffins tidak diperlukan dalam industri,” ujar Apex mewakili kawan-kawannya.

Antara lagu lain dimuatkan dalam The Bands, Masih (Flop Poppy - rakaman baru), Akustatik (OAG), Mama Tolonglah Percaya (Exists) dan Kekal (Spider). Album itu memasuki pasaran pada 3 Mei lalu.

Syarikat rakaman sunting

NSR

Diskografi sunting

Album sunting

  1. The Bands (Album gabungan dengan kumpulan lain termasuk Flop Poppy, OAG, Hard Jam, Exists, Spider dan Pretty Ugly.) (3 Mei 2004)
  1. Self-Titled debut album-The Muffins
  2. Unreleased Second Album.

Lagu-lagu sunting

  1. Mimpi Lagi
  2. Salahkah Aku
  3. Puteri
  4. Sampai Jumpa Lagi 11119
  5. Tinggal

Pautan luar sunting