Kumpulan The Sand Blues

Kumpulan The Sand Blues diasaskan di Singapura semasa era kegemilangan muzik Pop Yeh Yeh sekitar tahun 1960-an dahulu.[1] Nama Sandblues diambil sempena nama panggilan rakan-rakan kepada penyanyi Hussein Ismail sebagai "Sand ... Sand..." serta muzik genre blues yang pernah dipersembahkan kugiran ini di awal pembabitannya dalam dunia seni suara.[2]


Rakaman bersama Hussein Ismail sunting

Penyanyi pertama yang bekerjasama dengan The Sand Blues ialah Hussein Ismail.[3] Pada tahun 1966, Hussein Ismail dan The Sandblues telah merakam buat kali pertama di bawah Olympic Records dengan lagu-lagu Bertemu Sekejap, Menyesal, Tersenyum dan Ratapan Si Anak Yatim. Seterusnya mereka merakamkan lagi lagu-lagu hits di bawah label yang sama seperti Oh Poniah, Menanti Dinda dan Hamidah. Hussein Ismail dan The Sandblues turut merakam di bawah label lain seperti Ngee Fat/Playboy dan EMI Singapura pada tahun 1967 - 1968.


Rakaman bersama penyanyi-penyanyi lain dari Singapura dan Malaysia sunting

Kerana kepopularitian The Sand Blues, kugiran ini tuut merakam bersama-sama penyanyi-penyanyi lain seperti A. Hodzaine (Olympics) dan Don Aimin (Ngee Fat/Playboy).


Rakaman bersama penyanyi-penyanyi dari Brunei sunting

Ketika membuat persembahan di Brunei pada 1968, salah seorang ahli pemuzik The Sandblues membuat keputusan untuk menetap terus di sana setelah bekahwin dengan seorang gadis di Brunei. Namun begitu, hal ini memuka peluang pula kepada para penyanyi Brunei pada masa itu untuk memuat rakaman nyanyian masing-masing di Singapura bersama The Sandblues.

Di antara penyanyi Brunei ang telah merakam dengan The Sandblues termasuklah Awangku Emran, M.Y. Muhammad, Awangku Tajudin (lagu: Membisu), Dayangku Aminah (lagu: Jangan Mengenang) dan Norsiah A. Hamid (lagu: Chinchin Kenangan).

Semenjak itu, semakin ramai penyanyi Brunei mendapat tawaran merakam di syarikat-syarikat piring hitam di Singapura.


Perpecahan kugiran The Sandblues dan kewujudan kugiran-kugiran serpihan sunting

The Sand Blues mula berpecah pada 1968. S. Adzim Tjan yang merupakan salah satu komposer untuk kugiran itu kemudiannya menubuhkan kugiran serpihan dipanggil The Sands. Arwah dan The Sands sempat merakam sebuah EP di bwah Olympic Records dengan lagu hitnya Oh Faridah. Kemudian kugiran ini berpech lagi dan ditubuhkan pula kugiran baru bernama The Sandpipers, juga diketuai oleh S. Azim Tjan, yang mana mereka merakam dengan Olympic Records, Ngee Fat/Playboy dan beberapa syarika rakaman kecil lain.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting