The Times (kugiran)

(Dilencongkan dari Kumpulan The Times)

The Times (juga dikenali sebagai The Times AKA) ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada 2004. Setakat ini, kumpulan ini telah merakamkan tiga album studio, satu E.P dan dua album single.

The Times
Juga dikenali sebagai
The Times AKA
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre60 garage rock, rock n roll, indie rock
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Clockwork Records, Gizmo Records
Pengkarya berkait
OAG
AhliNatazar
Jibeng
Bakri
Bekas ahliHamzah
Nazreen
Alem
Irfan
Mono

SejarahSunting

Ditubuhkan pada 31 Ogos 2004 oleh dua orang adik-beradik yang juga bekas ahli OAG, Natazar dan Mono.[1] Ahli kumpulan yang menyusul kemudian ialah Alem (pemain gitar utama), Hamzah (pemain gitar kedua), Nazreen (keyboard) dan Irfan (dram). Membawakan muzik yang bercitarasakan 60's british Mod/rock and roll. Antara lagu mereka yang popular adalah "Nostalgia Curang Rock n Roll", "Pesona Algebra", "Gadisku Dalam Koma" iaitu lagu dari album pertama mereka Soda Pop Rok 'N' Roll. Album Ini telah dicalonkan di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) iaitu 'Artis Baru Terbaik' pada tahun 2005.[2]

Pada 2006, The Times telah mengeluarkan album berjudul Xtra Soda Pop Rok N Roll, dengan tambahan 2 buah lagu baru iaitu Kasanova & Retro Asmara.

Album kedua mereka telah dilancarkan pada tahun 2006 dengan judul Nada Melankolik Malaya. Album ini telah terjual lebih kurang 10 ribu salinan walaupun tanpa publisiti arus perdana. Tidak lama selepas album ini keluar, Alem telah dikeluarkan atas sebab masalah peribadi. Dan selepas itu Nazreen telah menarik diri daripada The Times atas sebab-sebab peribadi pada masa rakaman untuk album ketiga.

Pada tahun 2008, The Times telah melancarkan album ketiga mereka yang berjudul Modern Minimalis Glamour. Single pertama mereka dalam album ini ialah "Singapura Ke Kuala Lumpur". Single ini telah berjaya menduduki tangga teratas AMP Channel V selama 20 minggu. Album ini juga dicalonkan di Anugerah Industri Muzik Malaysia 2009 iaitu 'Top 5 Album Rock Terbaik'. Lagu Sisa-sisa telah berjaya memenangi 'Best Of Independent Songs Of The Year XFM' Anugerah AVIMA AWARDS 2010.

Pada tahun 2010, Naza telah menjemput Nuar iaitu gitaris kumpulan Sinopsis bagi posisi gitar utama. Manakala tempat Irfan pula digantikan oleh Zul. Pada konsert Rock The World 9, The Times telah membuat persembahan dengan ahli-ahli baru iaitu: Naza (gitar dan vokal), Nuar (gitar utama), Mono (bes) dan Zul (dram).

Pada tahun yang sama, kugiran ini juga telah melancarkan sebuah EP berjudul The Ballad Of Jimmy Acid secara bebas dan mengandungi 3 lagu baru. Band ini terlibat dengan pertikaian ekoran kegagalan label lama mereka membayar royalti album ketiga mereka. The Times juga turut berkonfrontasi dengan band Hujan.

Bekas ahli band iaitu Alem dan Irfan telah menubuhkan sebuah band baru bernama Relay di mana konsep muzik bawaan mereka hampir sama.

Pada tahun 2016, band ini kembali aktif dengan dikenali sebagai The Times AKA selepas 6 tahun menyepi, dengan ahli baru dari Kumpulan Sinopsis, kecuali Naza yang masih kekal menjadi vokalis untuk The Times. Ketika ini, The Times AKA sedang merakamkam sebuah projek baru yang bakal dikeluarkan pada tahun 2017, bagaimanapun, keluaran yang dijangka tidak berlaku.

Pada April 2019, kumpulan itu melancarkan dua single baru, "Separa Sedar" dan "Aries".[3]

Aktiviti lainSunting

Vokalis kumpulan ini, Natazar "Naza @ Nazareth" Mohamad ialah pemilik kedai rekod Sputnik Rekordz yang beroperasi sejak 2017 di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.[4] Pada tahun 2020, Naza bersama Adly Syairi Ramly mengarang buku Psyche Oh! A Go Go yang mendokumenkan tentang rahsia muzik pop Malaysia dan Singapura pada 1960an dan 1970an telah kehilangan maklumat rasmi. Buku ini disertakan dengan sampel CD khas yang mengandungi 22 lagu lama yang jarang dijumpai, ia dikeluarkan pada Ogos 2020 oleh Obscura Malaysia.[5]

Ahli kumpulanSunting

  • Natazar - Vokalis / Gitar Utama
  • Jibeng - Gitaris
  • Bakri - Dram[6]

Bekas ahliSunting

  • Hamzah - Gitaris
  • Mono - Bass
  • Alem - Gitaris
  • Nazreen - Gitaris
  • Jiboy - Gitaris
  • Irfan - Dram
  • Zul - Dram

DiskografiSunting

Album studioSunting

EPSunting

  • The Ballad of JImi Acid (2010)

Lagu dan singleSunting

  • "Cicak-Man" (2007)
  • "Separa Sedar" (2019)
  • "Aries" (2019)

RujukanSunting

  1. ^ The Times, ex OAG & Polythene Malaysian Underground Music Garage. 29 Mac 2008. Dicapai pada 9 September 2011.
  2. ^ The Times and OAG in an impressive showcase at Hard Rock The Star Online (5 April 2005). Dicapai pada 8 November 2010.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Mei 2019). Gah melangkah - The Times Harian Metro. Dicapai pada 9 September 2019.
  4. ^ Azizul Rahman Ismail (18 September 2020) Down memory lane The Sun, Malaysia. Dicapai pada 25 September 2020.
  5. ^ S. Indramalar (7 Ogos 2020). Record shop owner sells his vintage T-shirts to fund book on lost Malaysian 1960s music The Star Online. Dicapai pada 9 September 2020.
  6. ^ Shazwan Zulkifli (2 Mac 2016). Interview: Irfan of legendary M’sian indie band, The Times Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 November 2016.

Pautan luarSunting