Tragedy (kumpulan muzik)
Kumpulan Tragedy merupakan nama asal kumpulan XPDC. Kumpulan Tragedy dianggotai oleh arwah Mael (penyanyi) Izo (gitar utama), Man Tobey (gitar bass) dan Yazid (drum) diasas dan diuruskan oleh Eddy Badry pada tahun 1985 di Kuala Lumpur. Meraka hanya sempat menyiapkan antara 65% proses rakaman mereka sehingga pada tahun 1989 Eddy Badry dan kumpulan Tragedy bersetuju dengan idea mahir arwah Zul Adnan Mohd Razali@J.S Kevin mencipta nama Ekpedisi secara kebetulan disingkatkan dengan huruf (XPDC) bagi menukarkan nama Tragedy kepada XPDC. Satu-satunya perkataan istimewa dan sangat menarik diejakan di dalam huruf. Mereka bersepakat dan bersetuju jenama Tragedi dimansuhkan kerana ia bermaksud ke arah negatif.
Pada tahun 1990 pengunduran dua anggota XPDC telah berlaku iaitu Man Tobey dan Yazid. Maka disitulah tinggal Mael dan Izo sahaja adalah anggota asal kumpulan Tragedy dan menyambung perjuang dalam seni hiburan jenama kumpulan bernama XPDC. Sehingga kini kumpulan XPDC masih wujud dan popular dikalangan peminat setia metal. Setelah nama kumpulan Tragedy berpuluh tahun menyepi, Eddy Badry kembali mengaktifkan kumpulan tersebut dan real XPDC kerana mahu membantu kelangsungan hidup anak arwah Mael yang masih bersekolah setelah arwah mael meninggal dunia pada 27 April 2023 pada usia 56 tahun.
Anggota Asal
sunting- Mael - penyanyi utama (telah meninggal dunia)
- Izo - gitar utama
- Man Tobey - gitar bass (telah meninggal dunia)
- Yazid - drum