Utusan Melayu (Malaysia) Berhad atau Kumpulan Utusan ialah konglomerat penerbitan dan percetakan akhbar Malaysia. Ia telah diperbadankan pada tahun 1939 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Utusan terkenal dengan akhbar perdananya, Utusan Malaysia dan akhbar kembarnya, Kosmo!. Ia juga merupakan penganjur Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Syarikat ini dibubarkan pada 10 Oktober 2019 akibat masalah kewangan yang berterusan.

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Kumpulan Utusan
Nama dahulu
Utusan Melayu Press Limited (1939–1967)
Swasta
IndustriPenerbitan dan percetakan
NasibDibubarkan (saham Dilof dijual kepada Aurora Mulia)
Ditubuhkan29 Mei 1939; 81 tahun yang lalu (1939-05-29)
Dibubarkan10 Oktober 2019; 9 bulan yang lalu (2019-10-10)
Ibu pejabat44, Jalan Lima, Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Perancang utama
Bilangan pekerja
862 (sehingga Oktober 2019)
Anak syarikat
Laman sesawangwww.utusan.com.my

SejarahSunting

Sejarah Kumpulan Utusan bermula dan penerbitan akhbar pertamanya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan tulisan Jawi, akhbar ini dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British. Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman, telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.

Pada Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Kumpulan Utusan telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.

Pada tahun 1967, Kumpulan Utusan telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat awam berhad di bawah Akta Syarikat 1965, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, Kumpulan Utuan telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994. Meskipun telah mencapai kejayaan yang cemerlang, Kumpulan Utusan masih tidak berpuas hati. Pada tahun 1996, Utusan telah menceburi dunia multimedia dengan menubuhkan Utusan Multimedia Sdn. Bhd., yang tidak lama kemudian disusuli dengan pelancaran Utusan Online, akhbar dalam talian yang terulung di Malaysia dalam bentuk teks dan visual yang penuh dan lengkap.

Dunia multimedia juga telah membuka gerbang perniagaan baru bagi Kumpulan Utusan. Pada tahun 1997, Kumpulan Utusan menjadi penyedia perkhidmatan internet melalui penubuhan Jaring. Usaha ini telah menggalakkan pembentukan intranet Kumpulan Utusan sendiri dan penubuhan Net Space Learning Sdn. Bhd., sebuah syarikat pendidikan multimedia.

Dengan lebih daripada dua puluh buah syarikat di bawah naungannya yang terlibat dalam pelbagai perniagaan, dari penerbitan hingga ke pengurusan sistem komputer, Kumpulan Utusan kini cukup bersedia untuk menjadi gerbang masuk kepada peluang perniagaan bagi para pelabur tempatan dan antarabangsa yang berhasrat mengeksploitasi sepenuhnya tujahan Malaysia yang laju ke dalam era maklumat. Utusan mengendalikan aktiviti percetakan di kilangnya yang terletak di Bandar Baru Bangi, Prai, Kuala Terengganu dan Johor Bahru.

Operasi perniagaan Kumpulan Utusan menjadi kritikal selepas pilihan raya umum ke-14 apabila edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! semakin merudum. Kumpulan ini turut kehilangan sasaran pengiklanan RM4 juta sebulan menyebabkan aliran tunai Utusan semakin tenat.[1][2]

Pada Disember 2018, Anak syarikat milik penuh Utusan, Mediamony Sdn Bhd, melupuskan pejabat kedai lima tingkat di Petaling Jaya dengan harga RM7 juta kepada Eden Resources Sdn Bhd, ia bertujuan untuk digunakan sebahagiannya untuk membiayai keperluan modal kerja untuk membiayai operasi harian, termasuk pembayaran kepada pemiutang, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan operasi lain.[3][4]

Utusan pada 30 Ogos 2019 mengumumkan telah dinyahsenarai daripada Papan Utama Bursa Malaysia selepas tidak memfailkan rayuan terhadap penggantungan itu dan kemudiannya menyekat sahamnya dari bursa tempatan. Syarikat itu telah diberikan notis oleh Bursa Malaysia Securities Bhd pada 20 Ogos bagi penggantungan dan belian perdagangan saham.[5][6][7]

Pada 7 Oktober 2019, Kumpulan Utusan telah melupuskan 70% peratus kepentingan dalam anak syarikatnya, Dilof Sdn. Bhd. dan menjualnya kepada Aurora Mulia, syarikat yang berkaitan dengan hartawan, Syed Mokhtar Al-Bukhary. Akibatnya, dua akhbar terbitan Utusan, Utusan Malaysia dan Kosmo! menamatkan operasinya pada 9 Oktober sekaligus pembubaran Kumpulan Utusan.[8][9][10]

Hadiah Sastera Kumpulan UtusanSunting

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ialah hadiah kesusasteraan yang dianjurkan oleh Utusan. Pertama kali diadakan pada 1985, Hadiah ini memberi penelitian khusus kepada karya kreatif yang diterbitkan dalam ruangan sastera pelbagai bahan cetakan terbitan Kumpulan Utusan termasuk majalah dan akhbar mingguan. Ia dibahagikan kepada empat kategori: Cerpen, Puisi, Novel Remaja dan Kajian & Rencana Sastera.[11]

Anak syarikatSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Surin Murugiah (9 Oktober 2019). "Utusan Melayu ceases operations". The Edge Markets. Dicapai pada 10 Oktober 2019.
  2. ^ Hidayah Hairom (9 Oktober 2019). "Utusan Melayu sah henti operasi hari ini". Sinar Harian. Dicapai pada 10 Oktober 2019.
  3. ^ "Utusan disposes office building in PJ for RM7mil". New Straits Times. 4 Disember 2018. Dicapai pada 29 Ogos 2019.
  4. ^ "Anak syarikat Utusan jual bangunan kedai pejabat". Berita Harian. 4 Disember 2018. Dicapai pada 29 Ogos 2019.
  5. ^ "Utusan to delist today after 25 years". The Malaysian Reserve. 30 Ogos 2019. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  6. ^ "Utusan Malaysia publisher to be delisted tomorrow". New Straits Times. 30 Ogos 2019. Dicapai pada 29 Ogos 2019.
  7. ^ "Utusan to delist from Bursa Malaysia on Aug 30". The Malay Mail. 30 Ogos 2019. Dicapai pada 29 Ogos 2019.
  8. ^ "Utusan Group ceases operations, staff told to vacate offices by 1pm Wednesday (Oct 9)". The Star. 9 October 2019. Diarkib daripada yang asal pada 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  9. ^ "End of the road for Utusan". Free Malaysia Today. 9 October 2019. Diarkib daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  10. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  11. ^ "Hadiah Sastera Kumpulan Utusan". Goodreads. Dicapai pada 19 Julai 2017.

Pautan luarSunting