Kumutha Raman

ahli politik Malaysia

Kumutha Raman (Tamil: குமுதா ராமன்; 19 Mei 1979 – 13 Julai 2021)[1] ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa India dan beragama Hindu. Beliau merupakan Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS Malaysia. Beliau telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Kumutha Raman
குமுதா ராமன்
Kelahiran
Kumutha a/p Raman

19 Mei 1979
Meninggal dunia13 Julai 2021
Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan
KerakyatanMalaysia
Terkenal keranaCalon bukan Islam pertama bagi parti Islam di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia

Kehidupan sunting

Kumutha ialah anggota Kelab Penyokong PAS, sebuah kelab yang ditubuhkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi penyokong bukan Islam mereka. PAS, menurut perlembagaan parti mereka, hanya membenarkan orang Islam sebagai anggotanya. Penubuhan kelab penyokong ini dilihat sebagai langkah awal bagi membuka keanggotaan parti tersebut kepada bukan Islam.

Kumutha ialah seorang penganut Hindu dan bukan Islam pertama yang bertanding untuk PAS[2]. Walau bagaimanapun, beliau bertanding di bawah lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan perlembagaan PAS tidak membenarkan bukan Islam bertanding menggunakan lambangnya. Ia berjaya dilakukan dengan persetujuan khas daripada PKR bagi pilihan raya umum Malaysia 2008 yang ketika itu bekerjasama di bawah Barisan Alternatif.

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya ditandingi Kumutha Raman
Tahun Peringkat Kawasan Individu Undi Lawan Undi Majoriti
2008 PRU DUN N40 Tiram Kumutha Rahman (PKR) 8,827 Maulizan Bujang (BN-UMNO) 17,005 8,178
2013 PRU DUN N40 Tiram Kumutha Rahman (PAS) 16,273 Maulizan Bujang (BN-UMNO) 23,716 7,443
2018 PRU DUN N42 Johor Jaya Kumutha Rahman (PAS) 2,605 Liow Cai Tung (PH-DAP) 32,342 15,565
Tan Cher Puk (BN-MCA) 16,777

Meninggal dunia sunting

Kumutha meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada tengah hari 13 Julai 2021 disebabkan COVID-19 semasa pandemik berlaku di Malaysia.[3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Special officer to Deputy Minister dies from Covid-19 complications". New Straits Times. 13 July 2021. Dicapai pada 14 July 2021.
  2. ^ Ahmad Pathoni (7 Mac 2008). "Malaysian Hindu woman embraces Islamic party". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-05. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  3. ^ "PAS supporters club women's wing chief Kumutha passes away due to Covid-19". The Star (Malaysia). 13 July 2021. Dicapai pada 13 July 2021.
  4. ^ "Presiden PAS ucap takziah kepada keluarga mendiang Kumutha". Harakah. 13 July 2021. Dicapai pada 14 July 2021.

Pautan luar sunting