Kupu-kupu raja

(Dilencongkan dari Kupu-kupu Monarch)

Kupu-kupu raja (Danaus plexippus) ialah satus spesies kupu-kupu yang tergolong dalam cabang Danainae dalam keluarga Nymphalidae.[3] Ia boleh dikatakan sebagai kupu-kupu yang paling terkenal di seluruh Amerika Utara. Sejak abad ke-19, ia turut ditemui di New Zealand serta juga Australia sejak tahun 1871.[4][5][6] Ia juga mendiami Kepulauan Canaria, Azores, dan Madeira, dan adakalanya berpindah ke Eropah Barat dan jarang sekali United Kingdom.[7]

Kupu-kupu raja
betina
jantan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Kluk, 1802
Spesies:
D. plexippus
Nama binomial
Danaus plexippus
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Danaus archippus (Fabricius, 1793)[1]
Danaus menippe (Hübner, 1816)[2]

Kupu-kupu ini terkenal dengan corak jingga hitam yang menonjol pada kepaknya yang lebarnya 8.9–10.2 sentimeter.[8] Salah satu kelompok kawanannya mendapat perhatian dari tabiat berpindah-randah besaran-besaran secara berulang-alik mengikut musim dari Kanada ke Mexico dan Baja California yang mengambil masa hayat tiga atau empat keturunan kupu-kupu berkenaan. Kelompok spesies kupu-kupu ini yang berhijrah musiman antara Amerika Utara ini telah diisytiharkan terancam oleh IUCN pada 2022.[9]

Penamaan sunting

Kupu-kupu ini diberi namanya (dalam bahasa Inggeris: monarch butterfly) sempena Raja William III dari England kerana penampilan badan serangga ini yang kejinggaan atau "oren"; "Putera Oren" (Prince of Orange, Prins van Oranje) merupakan gelaran kedua utama dikurniakan kepada baginda.[10]

Ciri fizikal sunting

Spesies ini dibezakan dari kupu-kupu wizurai yang serupa saiz, warna dan coraknya melainkan adanya satu jalur hitam tambahan pada kepak belakangnya. Kupu-kupu betina lebih gelap urat pada kepaknya, sementara yang jantan mempunyai bintik androconium yang merembeskan feromon di pusat setiap kepak belakang[11]. Yang jantan juga lebih besar sedikit berbanding yang betina.

Rujukan sunting

  1. ^ Committee On Generic Nomenclature, Royal Entomological Society of London; Of Entomology, British Museum (Natural History) Dept (2007-05-23) [1934]. The Generic Names of British Insects. Royal Entomological Society of London Committee on Generic Nomenclature, Committee on Generic Nomenclature. British Museum (Natural History). Dept. of Entomology. m/s. 20. Dicapai pada 2008-06-04.
  2. ^ Scudder, Samuel H. (1989). The butterflies of the eastern United States and Canada with special reference to New England. The author. m/s. 721. ISBN 0-665-26322-8. Dicapai pada 2008-06-04. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Agrawal, Anurag (7 March 2017). Monarchs and Milkweed: A Migrating Butterfly, a Poisonous Plant, and Their Remarkable Story of Coevolution. Princeton University Press. ISBN 9781400884766.
  4. ^ "Wanderer Butterfly". Australian Museum: nature culture discover. Australian Museum, Sydney, Australia. Dicapai pada 15 Julai 2010. External link in |work= (bantuan)
  5. ^ "Regal the monarch butterfly". Critters of Calamvale Creek. Robert Doolan. 2007. Dicapai pada 15 Julai 2010.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Wanderer Butterfly". Online Learning Resources. School of Biological Sciences,The University of Sydney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-21. Dicapai pada 2010-07-15. External link in |publisher=, |work= (bantuan)
  7. ^ UK Butterflies - Monarch - Danaus plexippus from UK Butterflies
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Garber tidak disediakan
  9. ^ Daly, Natasha (21 Julai 2022). "Monarch butterflies are now an endangered species". National Geographic. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  10. ^ Adams, Jean Ruth (1992). Insect Potpourri: Adventures in Entomology. CRC Press. m/s. 28–29. ISBN 978-1-877743-09-2.
  11. ^ "Monarch, Danaus plexippus". Dicapai pada 2008-08-27.

Pautan luar sunting