Pelomedusa subrufa

(Dilencongkan dari Kura-kura Helmet Afrika)

Pelomedusa subrufa juga dikenali sebagai Kura-kura Helmet Afrika. Peniaga haiwan eksotik memanggilnya Kura-kura leher sisi Afrika. Haiwan ini bersifat maserba, berleher sisi dan dari keluarga Pelomedusidae. Spesies ini berasal dan boleh ditemui di kawasan berair sepanjang wilayah Sub-Sahara Afrika, dan selatan Yaman.

Kura-kura Helmet Afrika
Pelomedusa subrufa
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Pelomedusa

Wagler, 1830
Spesies:
P. subrufa
Nama binomial
Pelomedusa subrufa
(Lacépède, 1788)
Sinonim[1]
  • ? Testudo planitia
    Meuschen, 1778
  • Testudo subrufa
    Lacépède, 1788
  • Testudo galeata
    Schoepff, 1792
  • Testudo badia
    Donndorff, 1798
  • Testudo rubicunda
    Suckow, 1798
  • Emys galeata
    Schweigger, 1812
  • Emys olivacea
    Schweigger, 1812
  • Emys subrufa
    — Schweigger, 1812
  • Hydraspis galeata
    Bell, 1828
  • Pelomedusa galeata
    Wagler, 1830
  • Pelomedusa subrufa
    — Wagler, 1830
  • Chelys (Hydraspis) subrufa
    Gray, 1831
  • Hydraspis subrufa
    — Gray, 1831
  • Pentonyx capensis
    A.M.C. Duméril & Bibron, 1835
  • Pentonyx galeata
    — A.M.C. Duméril & Bibron, 1835
  • Emys (Emys) capensis
    Fitzinger, 1835
  • Hydraspis (Pelomedusa) galeata
    — Fitzinger, 1835
  • Hydraspis (Pelomedusa) olivacea
    — Fitzinger, 1835
  • Hydraspis (Pelomedusa) planitia
    — Fitzinger, 1835
  • Pentonyx gehafie
    Rüppell, 1835
  • Pelomedusa gehafiae [sic]
    Gray, 1844
    (ex errore)
  • Pentonyx americana
    Cornalia, 1849
  • Pelomedusa mossambicensis
    W. Peters, 1856
    (nomen nudum)
  • Pelomedusa mozambica
    W. Peters, 1856
    (nomen nudum)
  • Pelomedusa nigra
    Gray, 1863
  • Pelomedusa gasconi
    Rochebrune, 1884
  • Pelomedusa galeata damarensis
    Hewitt, 1935
  • Pelomedusa galeata devilliersi
    Hewitt, 1935
  • Pelomedusa galeata galeata
    — Hewitt, 1935
  • Pelomedusa galeata nigra
    — Hewitt, 1935
  • Pelomedusa galeata orangensis
    Hewitt, 1935
  • Pelomedusa galeata subrufa
    — Hewitt, 1935
  • Pelomedusa galeata gehafie
    Parker, 1936
  • Pelomedusa subrufa subrufa
    Mertens, 1937
  • Pelomedusa subrufa damarensis
    — Mertens, 1937
  • Pelomedusa subrufa gehafie
    — Mertens, 1937
  • Pelomedusa subrufa wettsteini
    Mertens, 1937
  • Pelomedusa subrufa orangensis
    — Hewitt, 1937
  • Pelomedusa subrufa olivacea
    Loveridge, 1941
  • Pelomedusa subrufa damaranus [sic]
    Heck, 1955
    (ex errore)
  • Pelomedusa subrufa nigra
    Bour, 1986

Ciri-ciri sunting

 
Pandangan sisi, menampakkan bahagian kuku dan bawah badannya

Secara purata, kura-kura ini bersaiz kecil, iaitu sekitar 20 cm (7.9 in) panjang. Namun terdapat juga spesimen yang saiznya mencapai 32.5 cm (12.8 in). Mempunyai karapas berwarna hitam atau coklat. Manakala bahagian atas ekor dan kaki-kakinya berwarna coklat kelabu. Perutnya pula berwarna kekuningan.

Kura-kura jantan mempunyai ekor lebih panjang dan tebal berbanding betina. Kura-kura betina memiliki karapas yang lebih luas. Seekor anak kura-kura yang baru menetas boleh mencapai saiz 3 cm (1.2 in) panjang, dan berwarna zaitun hitam. Mereka juga mempunyai dua tuberkel di bawah dagu dan kelenjar kesturi pada bahagian karapasnya.

Genus Pelomedusa tidak memiliki plastron berengsel. Walau bagaimanapun, kesemua spesies dari keluarga Pelomedusidae, mempunyai ciri-ciri seperti engsel dimana mereka boleh menyembunyikan kepala dan kaki hadapannya dengan menggunakan otot yang ada pada plastron dan karapas. Kura-kura ini memiliki otot leher yang kuat dan panjang menjadikan ia lebih mudah menterbalikkan badannya semula jika terbalik menggunakan kepala.[2]

Kajian terkini mengesahkan Pelomedusa mengandungi sekurang-kurangnya 10 spesies yang berlainan.[3]

Taburan sunting

Taburan habitat P. subrufa merangkumi sebahagian besar Afrika, iaitu dari Semenanjung Cape hingga ke Sudan. Spesies ini juga boleh ditemui bahagian barat seperti Ghana dan selatan benua Afrika, Cape Town. Malah ada juga ditemukan di Madagascar dan Yaman.[4]

Sejarah hidup sunting

 
Spesimen dewasa yang ditemui berlari menuju ke tasik
 
 
Kura-kura muda
 
Kepala dimasukkan ke cangkerang

Habitat sunting

P. subrufa ialah haiwan semi akuatik, menjadikan sungai, tasik, dan lumpur yang subur sebagai habitat.

Ciri-ciri fizikalnya menjadikan ia haiwan yang sesuai mendiami kawasan tadahan air seperti paya dan rawa. Walau bagaimanapun, haiwan ini tidak ditemui di kawasan-kawasan yang lebih jauh daripada tempat tadahan air seperti pergunungan, hutan tebal dan gurun.[5]

Diet sunting

Kura-kura ini bersifat maserba. Menjadikan serangga kecil dan hidupan akuatik sebagai makanan. Mereka menggunakan kuku kaki hadapan untuk menyiat daging mangsa.

Sekumpulan spesies P. subrufa pernah direkodkan menangkap dan melemaskan mangsa yang lebih besar daripada mereka seperti burung merpati; Dari atas permukaan air, perlakuan mereka sering disalahanggap seperti buaya yang sedang menerkam mangsa. Semua makanan yang dimakan dibawa masuk ke dalam air.[6]

Sesetengah mamalia besar seperti babi hutan, kerbau Cape, dan badak sumbu yang suka berkubang menggunakan khidmat kura-kura ini untuk membuang parasit pada badan mereka. Contohnya di Taman Hluhluwe-iMfolozi, mereka meletakkan dua ekor Kura-kura Helmet Afrika di dalam taman haiwan tersebut bagi membantu membuang kutu dan lalat penghisap darah dari badan babi-babi hutan yang dibela. Terdapat hubungan simbiotik tidak langsung antara kura-kura dan mamalia berkenaan. Kelakuan ini telah didokumenkan pertama kali melalui rencana Herpetological Review yang diterbitkan pada September 2015 oleh Andy dan Michelle Leighty Jones.[7]

Perlakuan bermusim sunting

Semasa musim hujan, P. subrufa selalunya meninggalkan kawasan air dan keluar mencari petempatan baru. Hanya apabila tiba musim kering, mereka akan menggali tanah dan menanam diri sendiri sehingga tiba musim hujan semula; selama berbulan-bulan atau bertahun. Proses hibernasi berlaku semasa musim terlalu sejuk, dan estivasi ketika musim panas dan kering.

Pembiakan sunting

Musim mengawan P. subrufa berlangsung selama setahun. Kura-kura jantan akan mengekori betina dan menganggukkan kepalanya di hadapan kura-kura betina. Jika tiada tindak balas, kura-kura betina akan pergi, namun jika diterima, kura-kura betina akan menganggukkan kepalanya dan membiarkan kura-kura jantan memanjat belakangnya untuk melakukan proses mengawan. Ketika mengawan kedua-dua kura-kura tersebut akan mengangguk-anggukan kepala mereka.

Secara purata, kura-kura betina mampu menghasilkan dua hingga sepuluh biji telur, terutamanya ketika hujung musim bunga dan awal musim panas. Telur-telur tersebut ditanam di dalam sarang tanah yang digali sedalam 10 ke 18 cm. Selepas 75– 90 hari, telur-telur itu akan menetas.[8]

Peliharaan sunting

Kura-kura Helmet Afrika sering dijadikan haiwan belaan kerana sifat unik kepalanya yang boleh dilipat ke dalam cangkerang.

Rujukan sunting

  1. ^ Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 344–346. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Baard EHW (1994). Cape Tortoises: Their identification and care. Cape Nature Conservation.
  3. ^ Fritz, Uwe; Petzold, Alice; Kehlmaier, Christian; Kindler, Carolin; Cambell, Patrick; Hofmeyr, Margaretha D.; Branch, William R. (2014). "Disentangling the Pelomedusa complex using type specimens and historical DNA (Testudines: Pelomedusidae)". Zootaxa 3795 (5): 501%u2013522.
  4. ^ Branch B (2001). Tortoises, Terrapins and Turtles of Africa. Cape Town: Struik Publishers. ISBN 978-1770074637.
  5. ^ Boycott R, Bourquin O (1988). The South African Tortoise Book. Johannesburg: Southern Book Publishers. p.60.
  6. ^ "Crocodile turtle or African helmeted turtle". Snakes-n-Scales. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-15. Dicapai pada 4 May 2014.
  7. ^ "Turtles Groom Warthog in Never-Before-Seen Behavior". nationalgeographic.com. 8 October 2015. Dicapai pada 7 April 2018.
  8. ^ Orenstein, Ronald (2012). Turtles, Tortoises and Terrapins: A Natural History. Firefly Books. 448 pp. ISBN 978-1770851191

Bacaan lanjut sunting

  • Boycott, Richard C.; Bourquin, Ortwin (2000). The southern African Tortoise Book – A Guide to southern African Tortoises, Terrapins and Turtles, Revised Expanded Edition. KiwaZulu-Natal: O. Borquin. 228 pp. ISBN 0-620-26536-1