Kurniawan Dwi Yulianto

Kurniawan Dwi Yulianto (lahir di Magelang, Jawa Tengah, 13 Julai 1976) adalah mantan pemain bola sepak Indonesia yang juga dianggap sebagai salah seorang yang terbaik dimiliki Indonesia. Beliau ketika ini menjadi jurulatih untuk Sabah FA di Liga Super Malaysia. Beliau mempunyai berketinggian 173 cm.

Kurniawan
Maklumat peribadi
Nama penuh Kurniawan Dwi Yulianto
Tarikh lahir (1976-07-13) 13 Julai 1976 (umur 44)
Tempat lahir Magelang, Indonesia
Ketinggian 173 cm (5 ka 8 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sabah FA
Kerjaya remaja
1993-94 Sampdoria Primavera
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1994–1995 FC Luzern 12 (3)
1995–1999 Pelita Bakrie 36 (18)
1999–2001 PSM Makassar 58 (37)
2001–2003 PSPS Pekanbaru 50 (28)
2003–2004 Persebaya Surabaya 28 (14)
2004–2005 Persija Jakarta 18 (10)
2005–2006 Sarawak FA 31 (29)
2006–2007 PSS Sleman 16 (11)
2007–2008 Persitara Jakarta Utara 32 (14)
2008–2009 Persisam Putra Samarinda 22 (10)
2009–2010 Persela Lamongan 24 (7)
2010–2011 Tangerang Wolves 16 (6)
2011–2012 Pro Duta 27 (9)
2012–2013 Persipon Pontianak 18 (9)
Jumlah 406 (200)
Pasukan kebangsaan
1995–2005 Indonesia 59 (33)
Pasukan diurus
2018 Indonesia (asisten)
2019 Indonesia U-23 (asisten)
2020 Sabah FA
2020 Kuching FA(asisten)
2021- Sabah FA
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Biasa bermain sebagai penyerang, Kurniawan adalah salah satu dari sedikit pemain Indonesia yang pernah bermain di Eropah. Pada awal kerjayanya dia sempat bermain di pasukan remaja Sampdoria sebelum kemudian pindah ke FC Lucerne di Switzerland akibat masalah dengan PSSI.

Pemain yang akrab digelari "Ade" dan "Kurus" kerana posturnya yang kecil ini lalu kembali ke Indonesia dan bermain di Liga Indonesia dan bermain dengan beberapa kelab: PSM Makassar, PSPS Pekanbaru, PS Pelita Bakrie, Persebaya Surabaya, Persija Jakarta dan terakhir di Persitara Jakarta Utara. Antara Disember 2005 hingga Mei 2006, Kurniawan memperkuat Sarawak FC di Malaysia, namun ia dianggap gagal kerana jarang menyumbat gol dan ditamatkan kontrak.

Pautan luarSunting