Buka menu utama

Kusinero Cinta merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2014 arahan Mohd Feroz Abd Kader terbitan Global Station Sdn. Bhd., dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Jericho Rosales. Siri ini memulakan siaran serentak di Astro Mustika HD bermula 26 Mei dari 7 Oktober 2014.[1][2]

Kusinero Cinta
GenreDrama, cinta
PengarahFeroz Kadir
Dibintangi oleh
Tiz Zaqyah
Aaron Aziz
Jericho Rosales
Lagu pembukaan"Takdir Cinta" oleh Awi Rafael
Lagu penutup"Takdir Cinta" oleh Awi Rafael
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Tagalog
Bilangan episod60
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adila Ramly
Zetty Alia Ramly
PenerbitZaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Mustika HD
Astro Prima
Siaran asal26 Mei 2014 – 7 Oktober 2014

SinopsisSunting

Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya. Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana. Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,

Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.

Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Menurut penerbit Datin Zaiton Mohd Jiwa, 'Kusinero' bermaksud 'cef lelaki' dalam bahasa Tagalog. Penggambaran drama ini dijalankan di Kuala Lumpur, Singapura dan Manila.

Muzik dan runut bunyiSunting

Lagu tema Kusinero Cinta ialah "Takdir Cinta" dipersembahkan oleh Awi Rafael.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (10 Jun 2014). "Kusinero Cinta". Sinar Harian. Dicapai 15 Julai 2014. 
  2. ^ "Kusinero Cinta satukan Jericho Rosales, Tiz Zayah dan Aaron Aziz". Galaksi Media. 22 Mei 2014. Dicapai 15 Julai 2014. 
  3. ^ Khadijah Ibrahim (11 Julai 2018). Takdir Cinta Awi Rafael Kosmo! (7 September 2014). Dicapai pada 9 Ogos 2015.

Pautan luarSunting