Kutu jagung (bahasa Inggeris:maize weevil), nama saintifiknya Sitophilus zeamais, dikenali di Amerika Syarikat sebagai greater rice weevil (kutu beras besar)[1][2] ialah spesies kumbang dalam famili Curculionidae. Kutu jagung dapat dijumpai di banyak kawasan tropika seluruh dunia, dan di Amerika Syarikat, dan merupakan serangga perosak utama jagung.[3] Spesies ini menyerang tanaman dan produk bijirin yang disimpan, termasuk gandum, beras, betari,[4][5][6] oat, barli, rai, gandum kuda,[6] pea, dab biji kapas. Kutu jagung juga merosakkan jenis produk bijirin lain yang diproses dan disimpan, seperti pasta, ubi kayu,[5] dan pelbagai bijirin kasar dan kisar. Kutu jagung dikenali menyerang buah-buahan semasa disimpan, seperti epal.[7]

Kutu jagung
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. zeamais
Nama binomial
Sitophilus zeamais

Deskripsi sunting

Saudara terdekat kutu beras,[6] kutu jagung mempunyai panjang 2.5 mm hingga 4 mm.[1][2] Kutu jagung kecil yang berwarna perang ini mempunyai empat tompok berwarna perang kemerahan pada penutup sayap. Kutu jagung mempunyai muncung kecil, panjang, dan antena bengkok .[6] Sitophilus zeamais kelihatan serupa dengan kutu beras (Sitophilus oryzae), tapi mempunyai tanda tompok yang lebih jelas pada penutup sayap, dan lebih besar.[2] Kutu jagung dapat terbang.[6]

Walaupun kutu jagung dan kutu beras kelihatan sama, dan senang dikelirukan daripada satu sama lain, terdapat beberapa ciri berlainan:[7]

Kutu jagung (S. zeamais) Kutu beras (S. oryzae)
 
 
 
 

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "PestWeb | Greater Rice Weevil". Agspsrv34.agric.wa.gov.au. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 2010-07-29.
  2. ^ a b c "Greater Rice Weevil (Sitophilus zeamais)". Ozanimals.com. Dicapai pada 2010-07-29.
  3. ^ "Greater Rice Weevil (Sitophilus zeamais)". Ozanimals.com. Dicapai pada 2010-08-01.
  4. ^ http://agspsrv34.agric.wa.gov.au/ento/pestweb/Query1_1.idc?ID=-1055010548 Diarkibkan 2011-09-28 di Wayback Machine>
  5. ^ a b Control of Sitophilus zeamais Mots., 1958 and Sitophilus oryzae (L., 1763) weevils (Coleoptera, Curculionidae) in stored rice grain (Oryza sativa l.) with insecticide pirimiphos methyl (Actellic 500 CE) B. Alleoni1, W. Ferreira 9th International Working Conference on Stored Product Protection
  6. ^ a b c d e "Maize weevil". Grainscanada.gc.ca. 2009-12-21. Dicapai pada 2010-07-29.
  7. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-03. Dicapai pada 2021-08-29.