Kutu kepala
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Kutu kepala ialah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Genus: | Pediculus
|
Spesies: | P. humanus
|
Nama binomial | |
Pediculus humanus L., 1758
| |
Nama trinomial | |
Pediculus humanus capitis Charles De Geer, 1767
| |
Sinonim | |
Pediculus capitis (Charles De Geer, 1767) |
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Tanda-tanda
sunting- Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
- Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
- Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
Penyebab kutu
suntingKutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
- Sikat rambut.
- Perhiasan rambut.
- Tuala.
- Topi.
- Tudung kepala.
Apa yang perlu dilakukan?
sunting- Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
- Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
- Basuh cadar dsb dengan air panas.
- Gunakan alat pembersih vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
- Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.
Ubat-ubat
sunting- Crotamiton
- Benzene hexachloride
- Malathion
Cara merawat
sunting- Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
- Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
- Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.