Kyle Joseph George Lafferty (lahir 16 September 1987) ialah seorang pemain bola sepak kebangsaan Ireland Utara yang bermain sebagai penyerang untuk Norwich City dan pasukan kebangsaan Ireland Utara.

Kyle Lafferty
Lafferty bermain untuk Ireland Utara pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Nama penuh Kyle Joseph George Lafferty
Tarikh lahir (1987-09-16) 16 September 1987 (umur 36)[1]
Tempat lahir Enniskillen, Ireland Utara[1]
Ketinggian 6 ft 4 in (1.93 m)[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Norwich City
Nombor 19
Kerjaya remaja
2004–2005 Burnley
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2008 Burnley 83 (10)
2006Darlington (pinjam) 9 (3)
2008–2012 Rangers 104 (31)
2012–2013 Sion 25 (5)
2013–2014 Palermo 34 (11)
2014– Norwich City 31 (2)
2015Çaykur Rizespor (pinjam) 14 (2)
2016Birmingham City (pinjam) 6 (1)
Pasukan kebangsaan
Ireland Utara B17 5 (0)
Ireland Utara B19 6 (1)
2006 Ireland Utara B21 2 (0)
2006– Ireland Utara 58 (20)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Lafferty memulakan kerjaya bola sepak profesionalnya bersama pasukan Inggeris, Burnley dimana dia membuat 89 penampilan. Dia menandatangani kontrak bersama Rangers pada tahun 2008 dengan yuran perpindahan £3.25 juta. Bersama kelab itu, dia memenangi Liga Perdana Scotland tiga kali, Piala Scotland sekali dan Piala Liga Scotland dua kali. Pada tahun 2012, Lafferty memilih untuk tidak berpindah ke syarikat baru yang memiliki dan menguruskan Rangers. Dia kemudiannya berpindah ke kelab Switzerland, FC Sion. Dia menyertai kelab Serie B, Palermo pada tahun 2013 dan membantu mereka naik liga sebagai juara sebelum menyertai Norwich. Dia juga dipinjamkan kepada kelab Turki, Çaykur Rizespor dan kelab England, Birmingham City.

Dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk Ireland Utara pada tahun 2006 dan telah membuat lebih daripada 50 penampilan untuk negaranya. Dia merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman untuk negaranya dengan 20 gol, hanya dibelakang David Healy yang telah menjaringkan 36 gol.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Profile of Kyle Lafferty". Irish Football Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-19. Dicapai pada 25 March 2016.

Pautan luar sunting